BAB 2

113 15 2
                                    

Pada hujung minggu aku kerja di rumah. Maklumlah selain mengharapkan ptptn aku kena juga mencari kerja sambilan untuk masa kecemasaan nanti. Hidup orang susahlah katakan.

Nasiblah aku mempunyai kemahiran dalam pengeditan dapatlah juga aku menerima upah untuk menyiapkan slide presentation , resume dan bermacam macam lagi khidmat yang memerlukaan perekaan digital.

Bunyi lonceng rumah menghentikan pergerakkan jari jemari ku yang lincah menekan papan keyboard komputer. Aku bangun dari kerusi meregangkan badan dan tidak lupa juga tudung sarung ku gapai lalu dipakai serta membuka pintu bilik.

Kaki ku laju menuruni tangga dan pintu ku buka terpacul muka seketul Aini yang hanya tersengih.

"Amra ." Katanya tersengih seperti kerang busuk.

Pintu aku buka luas memberi ruang kepadanya untuk masuk ke dalam rumah.

"Jom bantu aku angkat barang dalam kereta." Dan aku yang masih sedikit blur dengan kelakuan Aini hanya ikut bagai lembu di cucuk hidung.

Bonet kereta Aini aku buka, segala kotak memenuhi ruang bonet tersebut.

"Banyak-banyak ni ada apa Aini?" Soalku.

"Kann nak buat girls night." Sambungnya. Dahiku mengerut takkan ramai orang datang ke rumahnya malam ini sedangkan hanya mereka berdua.

"Ramai ke orang datang?" Tanyaku sambil mengambil satu kotak yang ringan dan Aini turut membuat perkara yang sama.

"Tak ramai pun ada lima orang je." Katanya sambil ikut melangkah masuk ke dalam rumah.

Kotak diletakkan di tepi sofa dan mengambil kotak di bonet kereta Aini.

"Habis tu kenapa banyak sangat kotak?" Tidak berhenti ku bertanya kerana jawaban yang diberikan Aini tidak memuaskan hatiku.

"Semua kotak ada macam-macam barang contoh baju kita, perhiasaan punya tempat, hadiah masing masing untuk kita dan barang barang untuk aktiviti malam ni." Terangnya dengan jelas dan aku hanya menganggukan kepala tanda memahami apa yang disampaikannya.

Selesai mengunggah semua kotak dari bonet dan dalam kereta Aini aku menuju ke dapur. Kabinet atas aku buka dan mengambil 2 gelas dan di letakkan atas meja. Pintu peti sejuk di buka jus oren diambil lalu di tuangkan dalam gelas.

Kelibat Aini membatalkan niatku yang hampir membawakannya jus tersebut ke dalam ruang tamu. Gelas di hulur.

"Tengah hari ni kita mula buat persiapaan tau." Katanya setelah menghabiskan segelas jus oren.

"Okayy, kalau macam tu aku nak ke bilik sebelum kita mula ada kerja... dan yeah macam biasa buat like u own house. " Sambungku lalu berlari anak-anak menuju tingkat atas rumah dan masuk bilik.

 " Sambungku lalu berlari anak-anak menuju tingkat atas rumah dan masuk bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suara riuh rendah di tingkat bawah menyedarkan ku dari tidur lena. Selepas sahaja selesai membuat resume dan beberapa tempahan poster aku hanya baring-baring sambil menekan telefon.

His Anjell LifeWhere stories live. Discover now