BAB 7

85 9 0
                                    

Hari sukan universiti..yeahhh. Aku memakai topi pantai. Gaya dah macam over sangat. Padahal duduk kat tempat teduh je pun. Apa pun gaya tetap nombor satu. Heheheh.

Tiupan wisel menghentikan lamunan dapat ku lihat dari arah kedudukan para ajk yang bertugas sedang berlari anak-anak mengambil peralatan.

Aku pula? Sudah semestinya di bahagian booth pertolongan cemas. Melaram je lebih bergaya pakaian. Takpe sekali sekala kan.

Game yang seterusnya sudah semestinya hide and seek yang kami rancangkan beberapa bulan lepas.

Yeah sudah tiga bulan berlalu kejadian yang berlaku antara Khairunnisa dan Khairul.

Lepas saja kejadian hari tu Khairunnisa bertindak untuk keluar dari group whatsapp kami dan menyekat kami.

Sebagai kawan hanya mampu mendiamkan diri dengan tindakan yang dia buat.

Semua pelajar berkumpul di padang dan para pensyarah berdiri di anjung. Special la katakan.

Masing mengambil nombor cabutan setelah penerangan game hide and seek.

Peraturan game senang saja, lawan perlu menconteng tag nombor di belakang baju, sekirannya menjumpai musuh di tempat persembunyian. Kirannya macam show running man yang dari korea tu. Banyak bergelut.

Memikirkan je pun dah penat. Ni konfem esok otak kaki aku sakit. Mana lagi kaki merasa cram malam malam.

Aku memutar tag nama. Nombor 13. My lucky number.Hati bahagia.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Di mana lah aku nak cari pasangan dah la beribu orang. Aku duduk diam di tempat ku sambil mata meliau mencari tag yang sama denganku.

Jumpa!! Sipi sipi nampak macam nombor 13. Takpe tanya dulu. Elok dah ni aku dapat teamates perempuan.

"13 patner." Mendengar nombor ku di panggil aku pusing ke belakang melihat gerangan yang memanggilnya.

Ayaz!! Dah kenapa mamat ni tersengih sengih.

"Tadaaa! Kita satu team la." Katanya dan menunjukkan tag nombor. Sengih lagi. Aku rasa nak lari. Sangat terkejut boleh pula berpasangan dengan si Ayaz.

Ehh habis tu perempuan tadi? Aku memandang ke arah perempuan yang ku sangka teammate. Salah seorang memasang tag nombor dan tu diaa nombor 18 rupannya. Ciss! Aku dah terkena.

Aku memberikan tumpuan semula kepada Ayaz. Senyum janggal.

"Hah yupss kita satu team, kecilnya dunia." Jawabku pasrah. Ni boleh dah ni buat buku musuh ku kawan ku menjadi kekasihku. Ehh dah melalut. Aku menggelengkan kepala.

"Nah pasangkan tag aku." Ayaz menghulurkan tagnya. Aku sambut dan tampal di belakang. Selepas itu, aku menegur perempuan yang berada di belakang ku untuk memasangkan tag.

Janggal gila! Dalam ramai ramai manusia kenapalah aku boleh team dengan dia.

Dahla handsome dia tu buat aku rasa kerdil dengan yang tak berupa. Sedih sungguh. Nak juga lawa. hmm

Masing masing berdiri dengan pasangan. Setelah di tiupkan wisul semua bergerak ke tempat persembunyian masing masing.

Pen maker aku pegang erat. Takut terlepas. Ayaz memimpin pergerakan kami. Belakang tandas pensyarah menjadi tempat persembunyian.

Peliknya, dalam banyak tempat tandas juga kena pilih. Tapi macam strategik pula tempat sunyi.

Belum sempat aku bertanya. Ayaz membuat isyarat untuk aku mendiamkan diri dan fokus mendengar keadaan sekeliling.

Bunyi orang berjalan mengalihkan perhatian kami.

"Sini takde orang la line clear, kita boleh hide sini." Suara lelaki itu berkata dengan pasangannya.

His Anjell LifeWo Geschichten leben. Entdecke jetzt