EPILOUGE

302 22 1
                                    

Bunyi berdas-das tembakan tanpa henti bergabung dengan suara teriakan dan letupan bom cukup melemahkan semangatku.

Kakiku lemah untuk berdiri dengan keadaan ku sekarang yang hanya cukup untuk aku mampu berserah pada yang maha esa. Aku duduk disebuah kerusi diikat dengan ketat.

Badan cuba ku gerak gerakan bagi melonggarkan ikatan walaupun aku tidak mempunyai sisa tenaga yang cukup.
Terbayang wajah orang-orang yang ku sayangi.

Setiap kali hati ku berdetik untuk berusaha kerana ada yang menunggu ku.

Bunyi pintu di tendang menghentikan pergerakanku, tangan ku semakin sejuk. Sosok lelaki yang meliau melihat keadaan sekeliling membuatkan esakan tangisan ku keluar kembali setelah beberapa hari ku tahan.

Sosok lelaki tersebut berlari ke arah ku apabila melihat kelibatku. Semakin kuat esakan tangisan ku. Dapat ku lihat kerisauan pada wajahnya.

Tali yang mengikat badanku dirungkaikan olehnya. Segera si dia melihat anggota badan ku yang mungkin untuk melihat kecedaraanku.

Dan aku hanya mampu tersedu sedan akibat sisa tangisan sebentar tadi. Tangan ku semakin sejuk, tenaga ku semakin kurang dan pernafasan ku semakin perlahan.

' you're safe with me'...

Dan aku hanya membiarkan diriku di angkat dan sedar akan diriku yang selamat. Pemandangan ku yang terakhir adalah wajahnya yang tenang, terbayang segala memori dan aku hanya mampu tersenyum

Mataku terpejam....

His Anjell LifeHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin