Bab 12

2.2K 183 10
                                    

"Memang setiap kali opening, nak kena tunggu mamat miang ni ke, hah?!"
Kausar mendengus geram.
Konon katanya, nak ambil dan hantar pergi U. Tapi tak tepat masa. Lambat.

"Dah la aircon pun tak buka!"
Rungut Kausar. Ceh, sempat lagi, ya.

Kalau si Farhan tu kerja grab, memang kita bagi rating buruk!

Tiba tiba, susuk tubuh yang sedikit longlai mula terlihat di pandangan Kausar. Baju yang sedikit, kotor. Rambut yang serabai dan berbau asing.

Kausar cuba untuk mengenal pasti bau apa yang ada pada Farhan. Iya, susuk tubuh yang longlai tadu adalah Farhan.

Bau... A-ara-?!

"Sayang bau apa tu?"
Soal Farhan apabila Kausar seperti meneliti dirinya dari atas hingga kebawah.

"K-kau... M-minu-"

"Hmm? Apa ni, sayang... Rilex-"
Ucap Farhan seraya cuba untuk menyentuh bahu Kausar.

"Tolong!"
Dengan cepat Kausar menepis kasar tangan Farhan yang cuba menyentuh bahunya seraya meminta tolong.

Farhan mula bengang. Dia menekup mulut Kausar menggunakan tangannya dengan kuat.

Nafas terasa seperti dihentikan. Tubuh mulai keletihan.

Didalam hati, Kausar berharap akan ada yang menolongnya saat ini. Takut, sekaligus, kecewa kerana abangnya percaya kepada Farhan.

Apa yang Aryad mahu, sebenarnya?

Adakah dia sudah tahu sifat sebenar Farhan?

Pelbagai persoalan mula bermain diminda sebelum, tubuh mulai terjatuh ke bawah. Mata tertutup.
Pengsan.

Farhan yang perasan akan perubahan Kausar itu segera berhenti menekup mulut Kausar.
Tubuh yang terjatuh kebawah mula menarik minatnya.

Perlahan tudung yang disarung, dibuka. Aurat rambutnya semakin kelihatan.

Nafsu pula semakin mengelora.

Belum sempat tubuh gadis itu ditindih, satu tumbukan dikenakan dimukanya.

Pukk

Dapat dilihat seorang jejaka dengan baju kemeja hitam yang disinsing hingga ke siku.

Gigi diketap. Urat urat hijau mula timbul. Muka merah, menandakan dia sedang mengawal amarahnya.

Mata dikalihkan untuk melihat gadis yang terbaring lemah bersama tudung shawl yang telah terbuka.

Amarahnya semakin membuak buak. Tanpa dipinta, tumbukkan yang kuat dilepaskan di muka Farhan. Tubuh ditindih sambil tangan masih melepaskan tumbukkan ke mukanya.

"Apa masalah kau, bodoh?!"
Soal Farhan apabila mukanya sudah habis bengkak teruk kerana tumbukkan jejaka itu.

"Huh?"

"Kau nak tahu sangat kan?"

Langkahnya terhenti.

"KAU SENTUH TU BINI AKU, SIAL!"
Tumbukkan dilepaskan.

"BINI AKU!"
Tumbukkan dilepaskan sekali lagi. Tetapi lebih kuat berbanding sebelum ini.

Kausar yang terjaga kerana kebisingan itu, memaksa untuk membuka matanya, walaupun tubuhnya sungguh lemah ketika ini. Dia mahu melihat siapakah yang menyelamatkannya dari manusia kejam, itu.

Mata dapat menangkap susuk tubuh tegap milik Luth. Iya, Luth Rayyan. Suaminya.

"A-awak..."
Mulut digigihkan untuk membuka suara.

Luth Rayyan: His Happiness S2Where stories live. Discover now