Bab 3

3.1K 240 12
                                    


Berdebar ingin membuka pintu didepannya. Dia dapat rasakan yang Luth Rayyan sedang mengajar kerana kedengaran suara garaunya. Suara yang selalu keras tapi lembut apabila bersamanya dahulu. Tipu kalau dia tidak cinta terhadap Luth Rayyan lagi. Tipu. Dia juga tidak tahu mengapa dia masih cintakan Luth Rayyan selepas apa yang pernah berlaku.

Tapi dia redha. Perlahan-lahan dia cuba untuk lupakan rasa itu. Dan dia dikurniakan cahaya mata. Auni yang merupakan anaknya bersama Luth Rayyan kini menambahkan rasa cintanya kepada Luth Rayyan.
Tapi itu dahulu. Semua perasan cinta, suka, bahagia sudah lama terpadam.

Perlahan-lahan tangan membuka pintu classnya. Kepala  menunduk kebawah. Berharap yang Luth Rayyan tidak mengetahui dirinya.
Dia tahu Luth Rayyan tidak melihat dirinya tempoh hari kerana dia duduk di belakang dan jauh sedikit dari pelajar-pelajar yang lain kecuali Mikaeyla dan Qaleesha.

Diam.

Tergendala penerangan Luth Rayyan tatkala mendengar pintu didorong dari luar.
Berkerut dahi Luth Rayyan.
Seseorang yang sedikit dia kenali.
Mungkin.
Luth mengangkat bahu. Tidak mahu mengambil tahu tentang itu lagi.

Luth melihat jam tangannya yang berwarna hitam emas itu.

"Late, Hm?"

"Sorry Sir, saya terlewat sebab hal peribadi."

Luth menjongket kening kanannya.

Familiar.
Mabye?

"Angkat muka awak semasa bercakap. Rude."

'Rude?'

"Sorr-"

"Mommy!!"

Terbeliak mata Kausar. Hampir luruh jantungnya apabila mendengar suara anaknya. Macam mana Auni boleh masuk sini?!

Clara, Mikaeyla dan Qaleesha pun tidak kalah terkejut. Qaleesha sudah terkejut beruk manakala Mikaeyla dan Clara sudah ternganga luas. Ini kalau lipas masuk pun lepas agaknya.

"Macam mana our's princess boleh terbabas kat sini, thoo?!"

"Tahu manalah akuu!" Qaleesha sudah mulai hilang waras. Tu yang subjek kelaut predikat ada kat kedai runcit tu.

"Haih panik sangat kau ni!" Mikaeyla berusaha menenangkan Clara dan Qaleesha. Jika ada apa-apa yang berlaku mereka sudah bersedia untuk menolong Kausar. Girl's power, Acehh.

Seorang lelaki berpakaian serba hitam mula memujuk Auni untuk balik ke kereta semula.
"Auni.. Puan Kausar nak work tu. Balik jom."

"No! Auni lupa nak bagi morning kiss dekat mommy!"

"Mommy!"

Kausar memandang kearah anaknya yang sudah bersedia untuk memberi morning kiss.
Kausar memberanikan diri untuk melutut didepan Auni bagi memudahkan Auni. Jujur. Malu yang terasa apabila banyak mata memandang kearahnya. Ada mata yang tajam ada juga mata yang comel melihat Auni.

Cupp

"Baii mommy! Asalamualaikum."
Ucap Auni seraya berlari kearah lelaki yang berpakaian serba hitam itu.

"Maaf Puan Kausar. Kami minta diri dahulu." Ucap lelaki itu sebelum menundukkan kepalanya tanda hormat kepada Kausar.
Anak majikannya.

Clara, Mikaeyla dan Qaleesha menarik nafas lega. Fuhh..

"Eh waittt!!"

Auni kembali kearah Mommynya.

Clara, Mikaeyla dan Qaleesha terkejut beruk dibuatnya. Apalagi princess nak ni??

"Where's daddy?"

Ok. Ini bukan terkejut beruk. Ini nenek beruk pun terkejut matt!!

Kausar mengerutkan dahi. Daddy?
"Kenapa Auni tanya macam tu sayang?"

"Sebab Aunty Qaleesha cakap daddy pun pegi work. So Auni nak jumpa daddy!"

Mata mandnag tepat kearah Qaleesha yang sedang tersengih kerang busuk. Yang ini betul betul busuk.

"Hoi asal kau bagitahu macam tu?" Soal Mikaeyla berbisik tapi mata masih fokus memandang adegan di depan. Rugi tak bawa popcorn.

"For the first time i nak cakap yang you ni memang menyusahkan." Hambek kau setepek kena dengan Clara. Padan muka kauu. Puas hati aku.

Qaleesha pasrah.

"Daddy tak ada sayang.."

"Huh?"
Suara garau yang sedang keliru dan mula bersuara itu mengalihkan perhatian Auni.
Seketika ceria wajah Auni.

"Daddy!"
Membulat mata Luth apabila Auni memeluk kakinya.

"Hug daddy!"
Luth hanya menuruti kehendak Auni. Dia membawa Auni ke dalam pelukannya. Auni terus mengucup lembut pipi Luth.
Terkejut Luth dibuatnya.

Kausar yang melihat adegan itupun terdiam. Beku. Segala memori manis bersama Luth semasa mereka masih bersama terus berputar di dirinya.
Tidak mampu menahan air mata yang sedikit demi sedikit terjatuh. Kausar memberanikan diri untuk mengangkat wajahnya. Dia berdiri tepat didepan Luth yang sedang mendukung erat Auni tetapi sedikit pun mata tidak melihat muka Luth Rayyan. Air mata terus mengalir deras. Kausar laju menyela air mata yang jatuh kepipinya. Tangan naik menyuakan tangan ke Auni untuk beralih ke dukungannya.

"Mommy are you crying? Did i make a mistake? Sorry mommy?" Tangan naik memegang leher ibunya yang dibaluti tudung shawl itu.

Luth terkedu. Diam. Dia tidak sangka bahawa gadis yang dicari-carinya dahulu sudah bergelar ibu. Jadi, Auni anaknya?
Iya. Dia pasti.
Dia ralit memandang wajah Kausar yang lembab dan bengkak sedikit akibat menangis.

Tiba-tiba tangan naik menyentuh wajah Kausar dan menyeka air mata gadis itu.

Semua yang sedang menyaksikan adegan itu ternganga luas mulut mereka melihat tindakan berani Luth Rayyan terhadap Kausar.

"Wow face to face nokk!" Qaleesha bersuara apabila menyaksikan adegan sebentar tadi.

"Oh my gosh. This's real? Umm, walaupun i bukan muslim tapi seingat i kalau touch touch macam tu cannot right?" Clara menyoal.

"Yup. Sebab dia orang boleh kahwin. So-"

"So that's mean daddy Auni is Sir Luth Rayyan?!"

"Shhh Please be queit Clara! Nasib baik kita je ada kat seat belakang ni tau!" Mikaeyla memberi peringatan kepada Clara yang sudah buat muka seposen. Huh.

"Bapak siyess aa?!?"

Bukk

"Eh kau ni memang nak bagi orang dengar ke apa?"

Qaleesha mula mengeluarkan  muka seposen kuasa tujuh. Fulamak macam Boboiboy lahh. Semat gile.

Kausar terkejut dengan tingkah laku spontan Luth Rayyan. Terus terbeliak matanya apabila tangan Luth Rayyan menyeka air matanya.
Dengan pantas Kausar merentap kasar tangan Luth Rayyan dari menyeka air matanya.

'Air mata aku takkan keluar kalau kau tak tinggalkan aku dulu, Luth Rayyan.'

Terus keluar Kausar dari class itu. Tidak mahu berlama-lama dengan lelaki yang pernah meninggalkannya. Pintu ditutup dengar kasar sehingga menghasilkan bunyi yang kuat.




Luth Rayyan: His Happiness S2Where stories live. Discover now