"Ada sayang, kejap." Sahut Luna sebelum dia bangun dan membuka pintu.

Wajah riang si kecil menyapa pengelihatannya sebaik sahaja pintu dibuka.

"Mummy, boleh tak tolong sikatkan rambut?" Kaylee menghulurkan sikat rambut yang diperbuat daripada bambu.

Rambut Kaylee yang kusut itu menjadi tatapan mata Luna.

"Boleh, sayang. Come, masuk dulu." Pelawa Luna sebelum menutup pintu setelah Kaylee masuk ke dalam bilik.

"Kenapa kusut sangat ni, Kaylee?" Soal Luna yang sedang mencapai sikat rambut dan coconut oil.

"Style rambut yang achu buatkan pagi tadi tu susah sangat nak buka." Terang si kecil sambil memuncungkan bibir. Habis dah rambut kita...

Luna menyapukan sedikit demi sedikit coconut oil pada rambut Kaylee supaya senang dia mahu leraikan kusutan. Setelah selesai, rambut Kaylee disikat rapi.

"Kaylee buat apa? Buli mummy ya?" Tanya Luth yang baru sahaja selesai mandi.

"Mana ada, daddy. Rambut Kaylee kusutlah. Sakit tau." Penuh penghayatan Kaylee mengadu.

Luth tersenyum sambil menggelengkan kepala.

"Itulah, lain kali botak je."

"Tak nak." Muncung si kecil itu dibuatnya.

⋆ ˚。⋆୨♡୧⋆ ˚。⋆

"Leulla apa benda ni?" Tanya Luna terkejut. Kotak baju tidur yang berada dalam genggaman dilihat tidak berkelip.

"Jangan bising la gila!" Leulla meletakkan satu jari di bibirnya isyarat 'diam.'

"Bila masa kau pergi beli benda ni?"

"Tadi la. Aku pergi dengan Mommy." Selamba Leulla membalas.

"Masalahnya, aku period tahu?"

"Hah? Period? Kau ni apa pasal pula datang bulan waktu first night?" Soal Leulla frust. Tak berlapik langsung kata-katanya. Mujur sahaja sekarang ini hanya mereka berdua yang ada di dalam bilik Leulla.

Ini semua disebabkan Leulla yang kononnya ada emergency case. Rupanya nak bagi baju tidur.

"Mana la aku tahu! Baru datang tadi. Abang kau tak minta, kau pula macam-macam eh." Ujar Luna yang mengundang keluhan Leulla.

"Kau simpan lah dulu. Aku beli 10." Paper bag dihulurkan kepada Luna untuk dia simpan kotak baju itu.

Ting!

Notifikasi yang datang dari Iphone milik Luna menarik perhatian kedua wanita itu. Lock screen dibuka lalu Luna terus melihat mesej yang baru dia terima.

Dari nombor yang tidak dia kenali.

"Selamat pengantin baru, or should I say pengantin huru-hara?"

Berkerut dahi Luna membaca mesej tersebut. Namun yang lebih mengejutkan, pengirim itu menghantarkan gambar dia dan Luth yang sangat mengaibkan.

Terus sahaja dia keluar dari bilik Leulla menuju ke bilik mereka. Luth yang masih belum tidur itu terkejut apabila pintu bilik dibuka dengan agak kuat.

"Sayang, what's wrong?" Tanya Luth apabila dia melihat wajah kusut isterinya.

"Someone sent me this." Kata Luna lalu dia meletakkan Iphone disebelah Luth. Rambutnya diraup kasar. Air mata yang ditahan sedari tadi akhirnya jatuh juga.

Laju sahaja Luth mendapatkan tubuh Luna sebelum dia memeluknya erat.

"Don't cry, baby. Everything's going to be fine. I promise. Have some rest." Pujuk Luth. Tubuh Luna dibaringkan di sebelahnya lalu dia perlahan-lahan menepuk bahagian pinggang Luna.

Setelah beberapa minit, akhirnya Luna tertidur juga. Luth bangun dari baringan lalu balcony menjadi destinasi seterusnya.

Dia mengeluarkan Iphone dari dalam poket dan bertindak menghubungi Ryker. Selang beberapa minit, panggilan disambungkan.

"Can you send me the details by tomorrow afternoon, Ryker?" Luth bertanya kepada Ryker yang merupakan pakar dalam bidang-bidang sebegini.

"Very well but don't you think this is all Lucien's dirty work, Luth?"

"Suspek pertama memang dia, Ryker. Tak ada yang lebih curiga selain Lucien."

"Tak habis-habis nak buat hal." Ryker berdecit.

Luth melepaskan dengusan kasar. Namun badannya kembali tegak apabila dia rasakan ada tangan yang melingkar di sekeliling pinggangnya.

Terus sahaja dia mematikan panggilan telefon dan memusingkan badan.

"Abang, kenapa tak tidur lagi?" Tanya Luna sambil melentokkan kepala pada dada bidang milik suaminya.

"Nothing. Come, lets get to bed now." Rambut Luna diusap lembut. Luth tersengih melihatkan satu perangai Luna yang baru dia terokai.

Manja!

Melihatkan tubuh Luna yang lembik itu terus sahaja Luth mencempung tubuh isterinya itu lalu dia terus menuju ke arah katil.

Tubuh Luna diletakkan perlahan-lahan sebelum satu ciuman dilabuhkan ke atas dahi.

"Sleep well, baby. May you have the sweetest dream tonight."

 I Want YouWhere stories live. Discover now