1

8.6K 18 1
                                    

" Aku dah cakap banyak kali !!! Basikal buruk kau ni sepatutnya dah lama dilemparkan aje dalam sungai tepi ni " kata Mia dengan muka yang berkerut dan tangan yang bercekak di pinggang.

" Basikal  ni hadiah dari arwah bapak aku la .. Kejap aku cuba betulkan lagi ya..." Nabilah masih cuba membetulkan rantai basikal nya yang asyik terjatuh sepanjang perjalanan mereka hendak ke sekolah pada pagi itu.

" Dah la.. Aku jalan kaki ajer la pergi sekolah.. Nanti lewat lagi, tak pasal-pasal nama aku naik lagi dekat bilik PK HEM gatal tu.." kata Mia kepada adik tirinya yang masih berusaha membetulkan basikal kesayangan nya.

" Ehhhhh !!! Jangan la macam tu.. Ni nasi lemak nak kena hantar dekat gerai Cik Rohana dulu.. Kita jalan sama-sama lah.. Aku tinggal dulu basikal ni dekat pondok tepi sawah tu." pujuk Nabilah supaya Mia tidak meninggalkan dirinya seorang diri.

" Ermmm  .. Jomlah la cepat ." Dengan muka yang menyampah Mia mengiyakan sahaja cadangan adik tiri yang umurnya sama dengan dirinya tetapi hanya berbeza bulan sahaja.

Melihat Mia sudah mengatur langkah meninggalkan diri nya, Nabilah dengan segera menuntun basikal nya sehingga ke sebuah  pondok yang terletak tidak jauh dari mereka.

" Tunggu lah aku kejap .. Ishhhh " setelah basikal nya disandar pada tiang pondok tersebut, Nabilah terus mencapai tiga beg platik yang mengandungi bungkusan nasi lemak yang sepatut nya dihantar ke gerai Cik Rohana sebelum mereka berdua ke sekolah.

Mia tidak memperdulikan Nabilah yang memang terkenalkan dengan perangai lembab nya.. Dibiarkan sahaja adik tirinya itu mengejar langkahnya..

Suasana gerai Cik Rohana pada pagi itu sudah mula meriah dengan jemaah masjid yang sedang sudah menjadi kebiasaan mengopi di gerai nya  selepas subuh.

" Pejabat Agama dah luluskan jumlah wang zakat  yang aku mintak tu.. Kamu jangan lah risau !!! Bahagian kamu semua ada.. Tapi bagi lah yang sepatutnya dulu dapat...Yang selebihnya baru kita agih-agihkan" kata Tok Abduh kepada beberapa orang kampung yang berada di depan nya.

" Assalamualaikum " mendengar suara si pemberi salam itu, Tok Abduh terus mengalihkan padangan nya ke arah seorang gadis tingkatan 5 yang baru sahaja melangkah kaki masuk ke dalam gerai itu dengan tangan yang mengjinjing tiga beg plastik.

" Waalaikumsalam!! Hahhhh !! Lambat hari ni kamu sampai. Cik Ana dok tunggu ajer dari tadi .Mana anak dara si Kamariah ni tak sampai-sampai lagi.. Pelanggan dok bertanya saja tadi tadi mana nasi lemak .. Pening Cik Ana nak menjawab nya" ngomel Cik Rohana si janda berhias yang menjadi pemilik gerai tersebut setelah arwah suami nya meninggal dunia.

" Maaf sangat-sangat Cik Ana !!! Basikal Nabilah buat hal pulak pagi ni.. Ni nasi lemak ... Nabilah pergi sekolah dulu ya .Takut pagar tutup " Setelah bungkusan nasi lemak yang dihulurkan itu disambut oleh Cik Rohana, Nabilah terus sahaja mahu mengundurkan diri nya.

Sebelum keluar dari gerai tersebut, Nabilah sempat juga menunduk hormat dan tersenyum manis kepada Tok Abduh, pemilik kilang padi yang besar di kampung tersebut yang ketika itu sedang mengalihkan padangan ke arah nya.

" Rajin betul lah budak Nabilah tu... Pagi tolong ibu nya buat nasi lemak.. Pastu ke sekolah pula..Balik petang ikut bapa tiri nya pergi meniaga dekat pasar malam lagi... " kata Cik Rohana semasa menghantar teh tarik pada orang kampung yang duduk semeja dengan Tok Abduh.

" Ehhhhhhh.. Rohana ... ni ambik duit ni... Hari ni aku rasa nak belanja semua orang kat sini.. " Dengan kelam kabut Tok Abduh menghulur kan duit kepada janda berhias itu lalu mempercepatkan langkah nya ke kereta beliau yang diparkir di hadapan gerai tersebut

" Amboiiiii... Bukan main kelam kabut orang kaya kampung kita tu.. Tak pernah-pernah nak belanja orang" kata seorang penduduk kampung.

" Tu lah... Orang tua tu kan kedekut taik hidung masin selalu nya.. Seronok semacam aja tu..Nak bernikah lagi ke tu" seloroh seorang lagi pelanggan di kedai itu.

Nabilah - Pautan NodaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin