"Awak... siapa?"

Dan pertemuan singkat ini buat gadis itu terbeliak matanya.

Dalam sekelip mata, hantu itu hilang.

+++

BLAZE Emerson.

Setelah beberapa tahun berlalu, Halilintar berjumpanya semula. Lelaki itu menghilangkan diri tanpa sebab, dan Halilintar turut diambil sebagai anak angkat oleh keluarga yang mempunyai kekayaan luar biasa.

Wajahnya tidak banyak berubah, namun ada yang aneh. Tiada senyuman di bibirnya.

"Kenapa dari tadi lelaki tu pandang aku?" bisik Blaze kepada Ice.

Ice mula menekup mulut menahan menguap. Sedar bahawa dari tadi Halilintar menatap Blaze bagai ingin memakannya sahaja. Blaze pasti suka dengan balasan seperti ini.

"Mungkin sebab kau kacak." Merah wajah Blaze mendengarnya. Belakang kepala digaru seraya tersengih-sengih.

"Aku kacak, eh? Aku rasa begitu, heheh." Ice cuba menahan muntahnya keluar, asalkan Blaze senang sudah cukup. Tetapi kenapa lelaki ini malah mengakuinya?

Gempa yang perasan Halilintar tidak berganjak sedikit pun mula menyuruh ahli Sakura berhenti meneruskan langkah. Bibirnya mengukir senyuman memandang Halilintar yang menunduk sedikit tanda hormat.

"Kenapa kau masih di sini? Kawan kau tak teman?" soal Gempa buat Halilintar angkat kepala memandang Gempa.

Kawan.

"Aku tak tahu alasannya, tapi kawan-kawan menjauhi aku."

Terbatuk-batuk Taufan mendengarnya buat mata tertuju ke arah lelaki itu. Taufan cuba menyorok wajah resah takut ketahuan diganti dengan senyuman. Mana mungkin dia ingin Gempa tahu bahawa Taufan yang menyebarkan gosip tentang Halilintar mempunyai keperibadian buruk.

Blaze menatap Halilintar lama, entah kenapa hatinya agak kesal. Bukankah lelaki itu agak kacak? Gempa si gila kerja itu mempunyai adik sekacak ini?

Blaze merasakan cahaya terlalu banyak mengenai Halilintar, menyilaukan.

"Kau nak aku arahkan bunuh mereka?"

"Hik!" Terkejut Taufan mendengarnya.

Halilintar lantas menggelengkan kepala.

"Aku tak suka abang terpaksa bermandikan darah sebab aku. Aku akan uruskan semua ni sendiri, jadi abang jangan risaukan aku," ujar Halilintar datar.

Thorn mengangkat keningnya. Ketua sedang berbicara dengan adiknya. Tertanya-tanya Gempa apabila Halilintar mula melangkah mendekati seseorang. Blaze yang perasan Halilintar mendekatinya mula membalas tatapan lelaki itu.

Mata mereka bertaut seketika.

"Kenapa... kau pandang aku?" soal Blaze agak tersekat-sekat. Apa dia mengenali lelaki ini?

Rasanya tidak. Tangan Halilintar yang ingin memegang rambutnya mula ditepis kasar oleh Blaze sehingga mengeluarkan api. Suasana mula riuh-rendah melihat mereka berdua seperti itu.

"Blaze!" jerit Gempa buat Blaze sedar apa yang sudah dia lakukan.

Tangan dikepal Blaze kuat. Tajam menatap Halilintar yang tidak terkesan dengan api tersebut.

"Apa kau nak buat? Kau cuba nak serang aku?" Blaze mula menyoal. Tangan kirinya bersiap sedia mengeluarkan api untuk menyerang Halilintar.

"Blaze! Hentikan!" Belakang tubuh Blaze dipeluk erat oleh Thorn, matanya sudah berkaca-kaca. Kenapa Blaze seperti ini?

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now