"Kau! Ejen 249, Kizuna. Kau memang..." Hizashi merenung setan di hadapannya ini.

"Sorry lah! Aku tak sengaja okay? Aku tak tahu yang kau sayang makcik tu... Maafkan aku, Ejen 527! " Ejen 249 a.k.a Kizuna segera membuat permohonan maaf kepada Hizashi.

Walaupun ranking dia lebih tinggi dari Hizashi, dia tetap tidak mahu membuat Hizashi marah kerana di hadapannya ini merupakan ketua bagi Executor Team.

Kizuna cuba untuk melutut tetapi tubuhnya ditarik ke atas semula. Hizashi menggeleng kepalanya perlahan.

"Ada yang kena tepuk kejap lagi ni. Bukan sebab manusia ni lah. Sebab aiskrim aku tu! Yang jatuh atas tanah tu! Kau ni, membazir je lah. Aku baru nak makan!" kata Hizashi.

Rahang Kizuna jatuh. Punyalah dia ingat Hizashi marah sebab dia pancung kepala makcik ni. Rupanya sebab aiskrim tu je.

"Lah! Aku ingat sebab makcik tu kau serang aku! Kau tahu tak aku baru je gunting rambut mat? Eii. Kurang diajar punya budak." Kizuna menggeleng perlahan.

Habis rambut kesayangannya. Dah lah rambut dia baru sahaja kemaskan dengan gel rambut yang baru dibelinya. Dan dia baru sahaja menggunting rambutnya di kedai. Dapat percuma pula tu.

"Bukan apa, Ejen 249. Kita ni bukannya dapat makan benda macam tu setiap hari. Setahun sekali je dapat merasa semua benda sedap tu." kata Hizashi. Dia merenung aiskrim tadi.

"Alah. Apa susah? Curi jelah dekat mana-mana kedai. Kan senang? Kah kah!" gelak Kizuna.

"Ejen 249. Kau nak nama kau ada dalam buku Hitam Organisasi Pertama atas melanggar undang-undang ke?" Hizashi mengangkat keningnya.

"Taknak." cepat-cepat Kizuna menggeleng kepalanya.

"Tahu pun. Eh, dah pukul berapa ni? Aku rasa aku dah lambat ni!" kata Hizashi.

"Erm? Oh! Kau kena laporkan diri dengan pangkalan, kan?" soal Kizuna.

"Yup. Sebabkan kau lah aku dah lambat. Oklah, ciau dulu! Tata tutu titi!" Hizashi berlari dan melompat tinggi ke bangunan di hadapannya.

"Eh, Ejen 527! Mayat ni macam mana?" jerit Kizuna.

Hizashi yang sudah berada di atas bangunan menoleh ke belakang, melihat Kizuna yang sedang memegang mayat itu. Dia merenung wajah makcik yang masih lagi dengan senyuman walaupun sudah mati.

Hizashi mengerutkan dahinya. "Huh? Kau yang bunuh, kau lah yang buang!" jeritnya.

"Alah! Ejen 527! Tolonglah aku! Nanti ada orang nampak macam mana?" kata Kizuna. Suaranya seperti hendak menangis.

"Tak nak! Bluerk!" Hizashi menjelir lidahnya.

Dia terus melompat dari bangunan ke bangunan yang lain, meninggalkan Kizuna yang terkejar-kejar nak buang mayat itu seorang diri tanpa diketahui oleh orang lain.














































































































































JAM menunjukkan pukul lima petang. Hizashi tiba di pangkalan Organisasi ACE. Dia berjalan masuk menggunakan akses mata dan juga cap jarinya. Cara ini adalah untuk menandakan kehadiran mereka. Sistem itu dicipta bagi memudahkan pangkalan mereka untuk melihat setiap data ejen mereka.

Setelah selesai mengesan mata dan jarinya, Hizashi berjalan masuk ke dalam dan melaporkan diri di kaunter pertanyaan.

"Ha! Ejen Puan Hasni. Saya, Ejen 527, Hizashi ingin melaporkan diri di Bahagian Medan Pertama." Hizashi menabik hormat.

"Engkau dari bahagian mana?" kata Hasni dengan loghat bahasa bakunya.

"Saya adalah dari bahagian Eksekutif, ketua pegawai kanan Executor Team dan juga Ahli Jawatankuasa Khas Manusiawi dan Keselamatan." kata Hizashi.

"Sila berikan kad akses dan kunci engkau dahulu. Saya ingin cek maklumat engkau." ujar Hasni.

"Baik, Ejen Puan Hasni!"

Hizashi menghulurkan kad akses dan kuncinya pada Hasni. Hasni menyambut kedua barang itu dan terus sahaja memeriksa kehadiran dan maklumat Hizashi.

"Let me guess. Engkau ada jumpa Ejen 249, Kizuna tadi kan?" soal Hasni.

"Err. Ah ya. Ada jumpa sekejap tadi. Lepas tu, saya terus gerak je. Tak ada tunggu dia pula. Kenapa ya?" balasnya. Hizashi menggaru kepalanya.

Hasni menggeleng perlahan. "Tiada apa-apa. Baiklah. Engkau boleh terus masuk ke bahagian Medan Pertama Eksekutif tu ya. Ingat, jangan lupa imbas kad akses engkau tu...." pesan Hasni.

"Baik, Ejen Puan Hasni!"

Hizashi menunduk hormat dan mencapai kad akses dan kuncinya. Dia bergerak menuju ke bilik yang sepatutnya dia pergi 10 minit yang lalu.

"Habislah aku..."

Hizashi tiba di hadapan pintu masuk tersebut. Dia mengetuk pintu itu dengan kuat.

"Assalammualaikum, tuan! Saya, Ejen 527—"

Kata-katanya terus dipotong dari suara dalam bilik tersebut.

"Masuk!" keras sahaja bunyinya.

"Habislah aku." kata Hizashi.

Dia membuka pintu itu perlahan-lahan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 16 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Langit Ungu (OG)Where stories live. Discover now