Prolog - TCO?

5 0 0
                                        

[You Don't Stand A Chance]

TIN kosong yang ada di tanah itu disepak jauh. Seorang lelaki muda sedang mengikuti laluan pejalan kaki sehingga berada di sebuah taman perumahan yang sangatlah asing baginya.

"Hmm... Hmmm..."

Sambil bersiul, matanya memandang sekeliling. Merenung setiap perumahan di situ. Tiada apa yang menarik selain daripada anjing yang sedang berlari mengejar rama-rama di rumah yang dia hadap sekarang ni dan juga seekor kucing yang sedang duduk di atas tembok batu sambil 'judge' dia atas bawah.

"Haih."

Satu keluhan berat dilepaskan. Dia tak suka buat kerja ni tapi kerja wajiblah diselesaikan. Lebih-lebih lagi apabila dia bekerja sebagai orang bawahan sahaja.

"The sooner, the better." katanya.

Kring! Kring!

Telefon pintarnya yang berbunyi itu diangkat lalu dibawa ke hujung telinga. Dapat dengar suara serak dari hujung talian.

"Assalammualaikum, moshi moshi?" jawabnya.

"Ejen 527, Hizashi. Laporkan diri ke pangkalan Organisasi ACE dalam 10 minit dari sekarang." kata seseorang di sebalik talian.

"Ceh, dengan salam aku tak dijawab. Apalah. Kau ni Islam atas ic je ke?" kata Ejen 527 atau dikenali sebagai Hizashi.

"Ejen 527, Hizashi. Laporkan diri ke pangkal—" kata-kata orang di dalam tu dipotong oleh Hizashi.

"Ya, ya. Lepas siap kerja aku, aku baliklah sial. Sabar boleh tak? Kang tak siap kerja ni, aku pula kena marah. Haih. Dah lah aku gerak dulu..." Hizashi segera memutuskan talian telefon itu.

Tangan kanan Hizashi yang berada di dalam poket seluar dibawa keluar bersama dengan sebuah loket emas yang bersimbolkan sebuah bintang.

Hizashi melihat sekeliling lalu matanya tertumpu pada seorang budak perempuan yang mungkin usianya lebih muda dari dia, sedang berjalan bersama dengan ibunya.

Bibirnya tersenyum sinis.

"Perfect timing."

Tangan digenggam erat. Gigi Hizashi berubah tajam dan kuku dia menjadi panjang. Baru sahaja dia hendak menyerang keluarga tersebut, sebuah kereta meluncur laju di hadapannya dan berhenti.

Nasib baik dia sempat mengelak kalau tak, mesti dah arwah dia dekat sini. Eh, tapi dia boleh mati ke? Fikir Hizashi. Ah tak kisahlah. Pemandu itu menurunkan tingkap keretanya dan menjerit kuat ke arah Hizashi.

"Woi! Lain kali nak melintas, pandanglah kiri kanan! Jangan main lintas je macam jalan ni bapak kau punya! Budak tak guna!" jerit pemandu itu lalu dia pergi begitu sahaja.

"Tch." pandangan Hizashi kini dialihkan kepada keluarga tadi.

Kerana tiada pilihan lain, dia terpaksa menunggu keluarga itu membeli aiskrim. Dia berjalan perlahan ke arah keluarga itu dan berhenti satu meter dari mereka.

"Ibu... Nak aiskrim tu!"

"Tapi sayang, kita kan dah makan aiskrim semalam? Ingat tak?" kata ibunya.

"Nak juga! Waaa!"

Anaknya mula meragam. Dia sengaja duduk di tanah dan menghentak tanah itu dengan tangannya.

"Sayang. Jangan macam ni..." kata ibunya. Malu dengan tatapan orang lalu lalang di situ.

"Waaa!! Nak aiskrim! Nak!" anaknya masih tidak berhenti.

'Mengada.' ujar Hizashi di dalam hati.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 16 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Langit Ungu (OG)Where stories live. Discover now