"Makcik. Lepaskan tangan saya. Makcik salah faham ni. Saya sebenarnya nak bunu—" kata-katanya dipotong lagi.

"Takpe, anak. Yang ni makcik belanja kamu okay? Kamu tak perlu susah-susah pun nak bayar balik.." senyuman kecil terukir di bibir makcik itu.

Hizashi terkedu. Tak pernah lagi dalam seumur hidupnya, dia dilayan dengan baik seperti ini. Hidupnya yang dulu kosong, hitam, gelap diterangi dengan senyuman makcik ini.

Dia berhenti menarik dan meronta serta membiarkan sahaja makcik itu memegang erat tangannya.

"Ini dia. Dua aiskrim goreng coklat. Ini yang terakhir kan?" tanya pakcik itu.

"Yup. Terima kasih banyak-banyak ya. Maaf ganggu pakcik berkemas tadi." kata makcik itu, menghulurkan sekali wang aiskrim itu.

"Eh, takpe. Nasib saya belum tutup lagi kedai ni hahaha. Okaylah, saya nak balik ni." pakcik itu menyambut huluran wang itu.

"Terima kasih sekali lagi."

Makcik itu menarik anaknya dan juga Hizashi yang terkaku tadi. Setelah jauh sedikit dari kedai tadi, makcik itu menghulurkan aiskrim itu kepadanya.

"Nah, anak. Jadi anak yang baik okay?" kata makcik itu. Dia mengusap lembut kepalaku.

Hatinya bergetar hebat. Adakah ini yang dipanggil kasih sayang? Kasih sayang seorang ibu? Yang dia dambakan dari kecil?

"Baik, makcik. Terima kasih bany—"

Sskk!

Krakk!

Dush!

Sekelip mata, kepala makcik itu bergolek ke arah kakinya. Begitu juga badan anaknya yang terbelah dua.

"Ma... Makcik...?" Hizashi terdiam.

Hangat matanya. Air mata mengalir secara perlahan. Dia merenung kepala makcik itu. Senyuman makcik itu masih lagi terlakar di bibirnya.

Bezanya, darah membuak-buak keluar dari leher makcik itu. Hizashi berasa mual. Dia menutup mulutnya.

"Ejen 527! Eh? Kau nangis ke Ejen 527? HAHA! Kau nangis sebab manusia ni ke? Wah! Perkara baru ni!" tegur seseorang.

Hizashi menoleh ke belakang. Dia melihat rakan sekerjanya sedang berjalan menghampirinya.

"Bhahaha! Patut ke aku bagitahu semua orang? Hahaha!" rakannya itu gelakkan dirinya sambil merakam video dia yang sedang mengelap air mata.

Darah yang mengalir tadi membasahi kakinya. Hangat. Dia masih dapat rasakan sentuhan makcik itu tadi.

"Rileks dulu, Ejen 527. Manusia je kot, tu pun nak drama sangat ke?" rakannya itu mengerutkan dahi. Pelik dengan perangai Hizashi yang sedari tadi berdiam diri.

Dia berjalan ke arah Hizashi lalu memegang bahu Hizashi. "Ejen 527? Hello??"

Hizashi tersedar lalu merenung tajam rakannya itu. Badannya bergetar hebat.

"Kau! Kau tak guna!!"

Hizashi berubah menjadi bentuk raksasa dan segera menyerang rakan sekerjanya itu. Terkejut juga si rakan.

"Eh, eh! Woi! Ini aku weh! Dah tak ingat ke aku siapa?" katanya.

Dia sedaya upaya cuba untuk mengelak serangan Hizashi yang bertubi-tubi menghala ke arahnya.

"Ejen 5— 527! Dengar dulu! Aku tak sengaja, okay? Aku tak tahu pula makcik ni kawan kau! Waaa!"

Dia menundukkan badannya sehingga hanya sedikit hujung rambutnya dipotong oleh kuku Hizashi yang panjang itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 16 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Langit Ungu (OG)Where stories live. Discover now