"Haih. Boleh, tapi dengar cakap ibu okay? Dah dapat nanti, makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh." kata ibunya, menasihati anaknya itu.

"Baik ibu!"

Budak perempuan itu melompat kegembiraan. Teruja kerana ibunya membelikan aiskrim kegemaran dia iaitu coklat dan vanilla. Hizashi menganalisa semua maklumat yang dia peroleh.

Setelah ibunya membayar aiskrim anaknya, mereka berdua berjalan pergi melalui jalan di mana Hizashi berdiri di situ. Membelakangi keluarga tersebut.

Sekali lagi, fisiknya mula berubah. Dia mengeluarkan kuku yang panjang berkilat dan gigi yang tajam.

Jantung wanita itu difokuskan dan direnung tajam. Tidak mungkin makcik ini akan terlepas dari serangannya ini. Dengan sekali tikaman, pasti makcik ini akan mati. Fikir Hizashi.

Tangan laju dihayunkan ke arah jantung makcik itu. Memberikan Hizashi peluang untuk membunuh makcik itu kerana makcik itu tidak perasan kehadirannya.

'Mati itu pasti, makcik. Haha.' gelaknya di dalam hati.

"Anak nak aiskrim juga ke?"

Tangan Hizashi terhenti seketika setelah mendengar suara makcik itu. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Melihat wajah makcik itu. Suaranya terdengar sangat biasa di telinganya.

"Wait, the fuck?" tangannya diturunkan dan fisik Hizashi berubah biasa semula. Menjadi manusia biasa. Tangannya terketar-ketar, direnung oleh makcik itu.

Redup. Mengingatkan dia dengan seseorang yang amatlah dia kenali. Suara, rupa paras, bentuk badan. Amatlah sama. Hizashi menelan air liurnya.

"Makcik tanya, anak nak aiskrim juga ke? Sebab makcik tengok anak asyik pandang aiskrim dekat tangan anak makcik tu.." katanya.

"Tak makcik, saya—"

"Kalau anak mahu satu, makcik boleh je belikan. Lagipun, tak mahal mana pun aiskrim tu." katanya lagi.

Hizashi terkedu. "Tak. Makcik salah faham ni. Saya—"

Anak perempuannya memandang ke arah Hizashi dengan senyuman kecil. Kasihan akan dirinya barangkali. Like hell she would.

"Meh sini." makcik itu menarik tangannya lalu mereka bertiga kembali ke kedai bergerak yang menjual aiskrim tadi.

Nampaknya kedai tersebut hampir tutup kerana pakcik yang menjual aiskrim itu sedang mengemas kedainya.

"Eh, pakcik! Kejap! Tunggu kejap!" jerit makcik itu.

"Makcik, tak, tak. Makcik salah faham ni!" Hizashi mencuba untuk melepaskan dirinya tetapi pegangan makcik itu sangat kuat sehingga dia tiada pilihan lain selain mengikuti langkah makcik itu.

"Kenapa ni? Saya nak tutup kedai saya ni." ujar pakcik itu. Dia nampak macam nak marah tapi mungkin ditahan.

"Maaf, saya nak beli satu je lagi. Aiskrim goreng coklat tu saya nak dua, boleh?" pinta makcik itu.

"Makcik. Saya tak nak aiskrim lah!" kata Hizashi.

Bukan ini yang dia mahukan. Kepalanya berpinar. Mata Hizashi menjadi kabur.

'Tak. Bukan ini yang aku mahukan. Tak! Tak!' Hizashi cuba menahan dirinya dari berubah sekarang.

"Tak mengapa. Makcik belikan okay? Makcik tahu anak lapar... Maaf sebab makcik belikan aiskrim je..." riak mukanya berubah sedih.

'Tch, sial betullah.' bisik hati kecil Hizashi.

"Baik. Minta tunggu sebentar ya. Saya nak keluarkan aiskrim ni sekejap." kata pakcik itu. Tanpa membuang masa, dia mengambil skop aiskrim dan menyiapkan pesanan makcik itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 16 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Langit Ungu (OG)Where stories live. Discover now