8 + oak valley

Mulai dari awal
                                    

Lelaki bernama Hayes itu, apa benar-benar wujud?

Halilintar mengetap bibir. Apa sebenarnya ini? Sedangkan dia merasakan itu bukan mimpi, benar-benar nyata. Lelaki itu menghilangkan diri, seolah-olah tidak wujud dalam hidupnya. Entah kenapa hati Halilintar sedikit terusik.

'Siapa sebenarnya kau, Hayes?'

+++

HALILINTAR mengetap bibir. Bahawa Hayes merupakan lelaki dalam mimpinya, entah kenapa Halilintar tidak suka. Tanda tanya yang masih belum ada jawapannya. Apa dia benar-benar gila? Tiada siapa yang akan percaya bahawa ada orang lain mendiami tubuhnya sebelum ini.

Itu kedengaran mengarut, bukan?

"Hali! Kau tak tunggu aku, hmph!" Spontan tubuhnya dipeluk erat oleh seseorang dari belakang. Halilintar berhenti melangkah.

"Kita dah jadi kawan, kan?"

Laju Halilintar menolak lelaki itu dari terus memeluknya. Terjatuh lelaki itu menarik perhatian para pelajar.

Sejak bila dia rapat dengan lelaki ini?

"Hali, kau sedang bergurau? Gurauan kau keterlaluan! Aku sampai terjatuh," omel Taufan tidak puas hati sambil berdecit kesal. Ada apa dengan mamat di hadapannya ini?

Halilintar mengetap bibir, meneruskan langkahnya dan memilih mengabaikan Taufan. Taufan tercengang, dia cepat-cepat bangkit lantas mengejar langkah Halilintar. Orang-orang yang melihat hanya mampu menekup mulut tidak percaya.

Tidak mungkin?

"Hali!" Pergelangan tangan Halilintar berjaya dicapai Taufan. Tercungap-cungap nafas lelaki beriris biru langit itu kerana mengejar Halilintar.

"Kau kenapa, hah?" soal Taufan. Halilintar menarik secara paksa tangannya dari ditarik Taufan.

Orang-orang mula berbisik.

"Jangan sentuh aku," ujarnya buat Taufan merinding tiba-tiba. Aura yang sama seperti waktu itu.

"Ke... kenapa? Kenapa kau macam ni? Aku ada buat salah?" soal Taufan tersekat-sekat, rasa takut. Ini bukan Halilintar yang dia ajak bersiar-siar di taman bunga ros.

Halilintar mendiamkan diri. Lelaki itu menyambung langkah meninggalkan Taufan yang mula dibisikkan oleh orang sekeliling. Taufan mengetap bibir menahan geram, apa dia baru sahaja dipermalukan?

Oleh lelaki itu?

"Wah, aku tak sangka dia tak ada rasa malu."

"Dia ingat Putera Ros Merah nak pandang dia?"

"Kyaa! Hari ini tuan Hali datang ke Oak Valley! Bukankah ini luar biasa? Kekacakannya betul-betul gila!"

Tangan digenggam Taufan membentuk penumbuk. Tidak apa-apa. Pangkatnya di sini lebih tinggi berbanding Halilintar. Dia tidak boleh terasa hanya kerana mendapat perlakuan begini daripada lelaki itu. Ini bukan dirinya.

Tetapi hatinya agak kesal.

Usai mendengar beberapa patah kata daripada guru dan ketua ahli Sakura, akhirnya masa untuk menuju ke kelasnya. Halilintar berjalan sambil matanya melihat telefon, melihat di mana kelasnya berada.

Keningnya terangkat saat tidak sedar sudah sampai ke kelas sendiri. Halilintar membuka pintu kelas sambil menjengukkan kepalanya.

"Siapa... kamu?" soal guru yang merangkap guru kelas. Halilintar berjalan mendekati guru buat guru tersebut menelan liur.

Anak ini kenapa terlalu mempesona? Sedangkan dia lelaki berdebar melihat Halilintar.

Halilintar menatap rakan-rakan sekelasnya. Jangan buat masalah, lakukan seperti yang abang inginkan. Jangan berlebihan, jangan menyusahkan.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang