{CHAPTER 11}

51 8 0
                                    

7 jam kemudian

"Tira, bangun. Dah sampai dah ni" Qazir menggoncangkan tubuh Lunara.

"Erggh"...  Lunara menggosok kelopak matanya.

"Sekarang pukul berapa abang?" tanya Lunara seraya bangun dari tempat duduknya.

"5 pagi" jawab Qazir.

Lunara dan Qazir keluar dari perut kapal terbang. Mereka berdua berjalan ke sebuah kereta mahal yang berada di lapangan terbang itu.

Lunara dan Qazir selamat memasuki perut kereta tersebut.

"Perjalanan kita sejam lagi, nak pergi rumah Uncle Azzir dan Aunty Thirah. So, kauorang tidur la dulu" kata Anuar yang sedang berada dibahagian memandu.

"Erm okay" kata Qazir.

Lunara yang berada dibahagian belakang tempat duduk kereta, dia hanya terbaring lemah akibat letih.

Ting!

Password telefon dibuka. Nampak sahaja nama itu di kaca mata, Lunara sudah melepaskan keluhan berat.

[Aldric]

"Sayang, dah sampai ke tu?"

[You]

"Dah"

[Aldric]

"Nanti dah sampai rumah, jangan lupa breakfast tau. Love you"<3

Mesej itu hanya dibaca sahaja. Tidak mahu dia membalas mesej orang yang sudah menduakan dirinya.

"Aku tak percaya yang kau dah berubah Aldric" desis hati Lunara.

***

"Luna, lama betul ye Aunty tak jumpa kamu. Makin cantik pula tu" Thirah membelek tubuh Lunara depan belakang.

"Mana ada Aunty, biasa-biasa je" Lunara tersenyum dan dia menghulurkan tangannya kepada Thirah.

"Owhh, lupa pula Aunty nak suruh kamu salam Aunty. Dah terpukau sangat dah dengan kecantikan Luna" Thirah menyambut huluran Lunara.

Lunara hanya tersenyum manis kepada Aunty Thirah. Manakala dia mengukirkan senyuman biasa kepada Uncle Azzir.

"Ех кірейік. «Менің ойымша, ол осы төңірегінде көптен бері отыр" (Eh jom la masuk. Rasanya dah lama dah duduk tercegat dekat sini) kata Azzir.

Lunara, Anuar dan Qazir mengikut arahan Uncle Azzir. Mereka bertiga memasuki rumah yang serba mewah itu.

Uncle Azzir, dia tidak fasih berbahasa melayu. Kerana dia ialah orang Kazakhstan, sama juga dengan Daddy Lunara.

"Бик, сіз маған олардың үшеуіне арналған бөлме көрсеттіңіз" (Bik, kamu tunjukkan bilik untuk mereka bertiga ya) arah Thirah.

"Жақсы мадам" (Baik Puan) kata sarah

Lunara hanya mengikuti Sarah. Anuar dan Qazir pula, katanya ada hal mahu dibincangkan dengan Uncle Azzir.

Sarah membuku tombol pintu bilik itu. Dia mengambil bagasi Lunara dan memasukkan ke dalam bilik itu.

"Мадам бірінші болып келеді. Егер қандай да бір нәрсе қажет болса, төсек жанындағы түймені басыңыз" (Puan masuk dulu ya. Kalau Puan mahu apa-apa, Puan tekan butang disebelah katil Puan) kata Sarah.

𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐦𝐮 𝐀𝐤𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧| 𝐨𝐠Where stories live. Discover now