{CHAPTER 1}

165 19 2
                                    

Inilah dia Lunara Gulbatira , apabila dia broken. Laut lah tempatnya untuk menenangkan fikiran. Broken sebab apa? Baru lepas break la babe. Gwenchanayo ~

"Semua lelaki sama, curang je kerja. Tak tahu nak buat kerja lain ke? Nak juga jadi macam abang - abang 'AT' tu" gumam Lunara perlahan.

I hope you're happy ~

I wish you are the bless really ~

Belum sempat lagu itu habis, Lunara terdahulu mengangkat telefon miliknya yang dari tadi menjerit minta untuk diangkat. Maklumlah orang baru lepas break, ringtone sekali yang jadi mangsa.

"Hmm... Siapa disana? Saya disini sentiasa comel. Eh? Babe, kenapa kau call aku ni?"

"Kau tak payah nak ber babe-babe sangat eh. Kau balik sekarang, sebelum aku yang pergi amik kau. Broken tu letak tepi dulu, yang penting sekarang kau balik rumah."

Yup, inilah dia kawan yang sangat prihatin. Nama diberi Faris Faryan, umur? Tua Lunara setahun. Kawan dari sekolah rendah. Dialah satu - satunya kawan yang masih setia disisi Lunara,yang lain? Semua dah hilang. Sebenarnya malas nak promote dia ni, tapi takpa lah demimu kawan.

Lunara menyimpan telefon miliknya di dalam poket seluar. Lalu Lunara bergegas mendapatkan basikalnya, dan terus pulang ke rumah.

Ting tong!

"Assalamualaikum... Mummy Daddy, where are you? Your daughter is here!!" jerit Lunara.

"Baaa!!!

Terjerit kecil Lunara tatkala dirinya disentuh seseorang daripada belakang. Siapa lagi kalau bukan Faris si 'bengap'. Bukan selalu kutuk kawan sendiri, muahehehe.

" Faris Faryan bin Firman Faryan! Kau ni kenapa eh? Terkejutkan orang. Buatnya aku ada sakit jantung, tak ke mati aku ni?" Lunara menahan amarahnya.

"Alaa... Lek ah, gurau-gurau manjah gituw. By the way, kau macam mana? Dah habis broken ke?"

"kau rasa? Tengok mata aku ni. Dah terang lagi bersuluh pun, tetap tak nampak ke. Cik abang? Dah la aku nak naik atas, nak mandi lepastu solat."

Lunara mengorak langkah untuk memasuki biliknya. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu yang amat penting. Lunara berpatah balik ke arah Faris yang masih setia berada di atas sofa.

" Faris, lupa nak tanya. Mana Mummy dengan Daddy?

"owhh... Diaorang cakap ada kerja sikit dekat office tu. Malam ni diaorang balik. Jadi, Mummy dengan Daddy kau pesan suruh aku jaga anak kesayangan dia ni"

"owhhh yeke.. Okay lah bye aku nak naik atas dulu. Jaga rumah ni elok-elok ye." Lunara membuat flying kiss kepada Faris dan terus berlalu ke biliknya.

"Comel ek kau ni, untung siapa yang dapat kau Luna. Nak harapkan aku ni... memang tak sepadan lah dengan kau"  Faris membuat andaian sendiri.

***

Selesai sahaja Lunara mengenakan pakaian. Dia mengambil telefon bimbitnya dan terus berada diatas katil.

"Marilah kita mengstalk ig Mr. Crush. Hihihi" gelak Lunara dengan penuh teruja.

Setelah membuka ig jejaka itu. Lunara berasa jantungnya seperti mahu tercabut, akibat melihat update yang paling latest daripada jejaka itu.

Gambar jejaka itu bersama dengan perempuan. Lihat daripada gambar itu, seperti pasangan kekasih. Yang amatlah mesra dari jumlah penjarakan yang amat rapat.

"Ish... rapat - rapat sangat tu. Tak ada hari esok ke? Dah la pakai baju tak cukup kain. Aku pun freehair juga, tapi tiada la macam perempuan ni" perasan cemburu mula menghantui Lunara.

Lunara berdiri dihadapan cermin biliknya. Dia membelek-belek tubuh sendiri. Lalu dia mengikat rambutnya dengan gaya Messy bun.

Lunara mengorak langkah keluar dari biliknya, dan terus pergi ke tingkat bawah rumah. Dia mencari - mencari dimanakah sosok kawannya, Faris.

"Budak ni kalau tiada dekat sini, mesti dia dekat tempat favourite dia" sejurus itu  Lunara pergi ke tempat dimana Faris berada sekarang .

Lunara mengatur langkah untuk pergi ke halaman belakang rumahnya. Yup, dan betul sangkaan Lunara. Faris berada disitu sambil merendamkan kakinya didalam kolam mandi. Lunara meluru ke arah Faris dan terus duduk ditepinya.

"Luna... eh? Kenapa muka kau monyok semacam je. Broken fasal lelaki tak guna tu lagi ke?"

"kau ni, tak habis - habis fasal dia. Aku dah move on la. Aku broken sebab benda lain okay" Lunara menjeling Firas.

"Wah... bombastic side eye, habistu sebab apa? Cer cerita dekat aku. Mana tahu aku boleh bantu."

"Nanti lah aku cerita, dah nak maghrib ni aku masuk dulu ye. Kau tu, jangan duduk lama-lama sangat dekat situ. Nanti..." Lunara membiarkan ayatnya tergantung disitu.

"Yelah-yelah, Ay-ay kapten Luna" Faris membuat tabik hormat seperti tentera.


To be continued...

Jangan lupa vote!




𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐦𝐮 𝐀𝐤𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧| 𝐨𝐠Where stories live. Discover now