{CHAPTER 6}

50 8 2
                                    

"Erggh"... Lunara mengeliatkan tubuhnya seraya berguling-guling diatas tilam yang empuk itu.

Bukk!

Lunara segera membuka kelopak matanya. Apabila merasakan bahawa dia terlanggar sesuatu. Ya, dia memang terlanggar sesuatu, suaminya.

"E... err, s... sorry" tergagap-gagap Lunara dibuatnya. Dengan muka bengis suaminya lagi

"Erm"...kata Aldric dengan suara mendatar.

Lunara hanya mengangguk kepalanya sekali. Dan dia terus berlalu ke cermin yang berada dibilik itu.

Saat Lunara melihat dirinya dihadapan cermin. Terjerit kecil dia dibuatnya apabila baju yang dipakainya sudah berubah.

"Aku yang tukar baju kau"  kata Aldric seraya dia mula turun dari katil.

"Allah Luna. Kau ni pun satu, siapa suruh tak tukar baju. Kan dah kena tukar dengan suami sendiri. Ahh malunya!!" Lunara bermonolog dengan dirinya sendiri.

Aldric mendekati Lunara. Setapak demi setapak Lunara menjauhkan dirinya daripada Aldric.

"Kenapa, takut? Malu?" tanya Aldric.

"S... saya, saya nak mandi dulu. Bye!" Lunara segera berlari menuju ke bilik air.

"Comel, coppp! Buah hati aku lagi comel" Aldric meramas rambut perang miliknya.

***

"Lambat ye Luna bangun hari ni" kata Anuar kepada Wadya.

Belum sempat wadya mahu menjawab soalan Anuar. Ada satu suara yang sudah menyampuk.

"Pengantin baru kan, biasa la tu. Mesti best kan malam pertama diaorang malam tadi" kata Aydar dengan riak wajah miang dia tu.

"Mana la aku tahu. Kau pergi la tanya Luna sendiri" kata Anuar.

Zrrr!

Zrrr!

Telefon milik Anuar menjerit minta diangkat. Dengan pantasnya, dia menjawab panggilan itu dan berlalu pergi dari Mummynya dan Aydar.

"Kenapa Zir? Nak buat ape? Owhh okay-okay. Nanti aku datang" jawab Anuar.

Anuar meninggalkan mereka berdua begitu sahaja. Dia menaiki superbike Yamaha R1 miliknya, dan terus memecut keluar.

"Lah, Anuar nak pergi mana Mummy?" tanya Aydar.

"Entah" hanya itu yang dijawab oleh Wadya.

"Mummy!"  jerit Lunara sambil berlari anak menuju kearah Wadya.

"Aihh Luna. Lewat bangun hari ni" Wadya mencuit bahu Lunara sekilas.

"Huh? Lewat ke?" Lunara mengerling jam dinding yang berada di ruang tamu itu.

"Owhh, hehe. Patutlah, dah pukul 11:00a.m. rupanya" Lunara menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Mana suami kamu?" tanya Wadya.

"Di... dia, dia tengah mandi" kata Lunara dengan tergagap-gagap.

Aydar memandang Lunara dengan senyuman miang. Dia sudah dapat tahu, apa yang terjadi diantara adiknya dan Aldric.

Lunara mencari kelibat Daddynya dan abang-abangnya. Memang tidak perlu tanya kepada sesiapa, dia sudah tahu dimana mereka berada.

"Eh Aldric? Kamu nak pergi mana, segak bergaya ni?" tanya Wadya.

𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐦𝐮 𝐀𝐤𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧| 𝐨𝐠Where stories live. Discover now