{CHAPTER 19}

35 1 2
                                    

Lunara menghayunkan tangan kecilnya yang berada didalam genggaman Aldric. Aldric hanya ikut sahaja dengan karenah isterinya.

"Lepasni kita nak pergi mana sayang?"

"Erm...kita pergi Tealive. Saya nak beli air, haus." Kepalanya ditolehkan kearah Aldric sambil berjalan.

"Okay sayang."

Mereka berdua berjalan sehingga selamat tiba dihadapan kedai minuman itu. Lunara tidak keruan melihat bermacam-macam perisa minuman disitu.

"Abang. Saya nak perisa hazelnut chocolate tu." Pinta Lunara.

"Yang tu? Okay abang orderkan."

"Erm sedapnya... thank you abang."

"You're welcome my sayang."

Lunara dan Aldric meneruskan perjalanan mereka ke tempat parkir kereta. Sempat Lunara melihat karenah-karenah manusia yang berada di mall itu.

Tanpa Lunara sedar, dia sudah melanggar seseorang dibahunya. Tubuhnya tersentak kehadapan namun sempat disambut oleh Aldric sebelum Lunara mencium lantai mall itu.

"Excuse me. You tak ada mata ke? Habis rosak rambut I!"

"Sorry cik---" Sebelum Lunara menghabiskan ayatnya, Aldric sudah mencelah.

"Minta maaf cik. Isteri saya tak perasan, cik jangan macam ni cik. Isteri saya tengah mengandung ni. Hormat sikit cik."

"Owh? Ingat I kesah ke isteri you mengandung ke beranak ke. Masalahnya mata dia tu yang buta!" Nada suaranya naik seoktaf.

Kau---" Tangan kekar Aldric naik ingin menampar wanita itu. Tetapi sempat dihalang oleh wanita itu.

"Omg! You bie? Rindunya I dekat you. Lama kan kita tak jumpa." Kata wanita itu dengan nada yang lembut.

Lunara yang melihat pertelingkahan itu, menahan amarahnya. Wajah Aldric dan wanita itu dipandang selang-seli.

"Nana?!! Stop! Aku dah tak ada apa-apa dengan kau. Kau cuba nak intip aku kan?" Tangannya yang berada digenggaman Nana direntap kasar.

"Excuse me bie. I datang sini cuma nak beli barang keperluan I je. You nak teman I." Bahu sasa Aldric diusap oleh Nana.

Namun... sempat ditolak oleh Lunara.

"Who are you to touch my husband?!" Suara Lunara melonjak naik.

Aldric terjeda dengan perlakuan isterinya. Wajah Nana kembali dipandang dengan pandangan bengis.

"Auch sorry. Baby you berapa bulan?" Tubuh Lunara dipandang atas bawah. Nak tunjuk terpaling care!

"Kau tak payah nak masuk campur. Ini isteri aku, tak ada kena mengena dengan kau."

"Dah sayang jom. Jangan layan perempuan tak ada otak ni." Pergelangan tangan Lunara ditarik jauh dari Nana.

"Ingat bie! I still love you tau!" Jerit Nana.

***

"Sayang okay?" Tanya Aldric dengan rasa risau.

"Yes, I'm okay."

"Abang minta maaf. Abang tak patut bawa sayang keluar, kalau abang tahu perempuan tak guna tu nak kacau kita."

"Bukan salah abang pun. Benda dah nak jadi, kalau saya tak mengandung sekarang ni. Dah lama dah dia mati." Lunara sedaya upaya menahan amarahnya. Dia hanya fikirkan anak dalam kandungannya sekarang.

𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐦𝐮 𝐀𝐤𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧| 𝐨𝐠Where stories live. Discover now