"I temankan you."

"I boleh pergi sendiri," balas Nadyia menggeleng sekilas. Pantas mencipta jurang di antara mereka. Melangkah ke arah buffet mewah yang disediakan si penganjur majlis.

Entah kenapa hati berbisik yang bukan-bukan dengan tingkah si tengku.

Tidak betah berada bersama lelaki yang tiba-tiba sahaja berlagak seperti dia punya kepentingan di dalam hidup lelaki itu. Begitu prihatin bertanya jika dia mahu mengisi perut. Soalan yang tidak pernah ditanya sebelum ini.

Melihat si gadis yang laju benar melarikan diri buat tawa sinis terletus di bibir. Pun begitu Tengku Reza tidak cuba mengejar. Membiarkan sahaja si gadis membawa diri untuk seketika.

Fokusnya diberikan pada teman yang menjadi penganjur majlis. Memberi muka memandangkan mereka punya hubungan baik.

"YOU'RE his mistress." Suara garau yang bergema rapat di telinga buat piring kecil yang berisi kek di tangan hampir terlepas dari pegangan.

Desah nafas yang terasa menghembus leher buat Nadyia pantas mencipta jarak. Tidak selesa berada begitu rapat dengan lelaki asing.

Nadyia pantas berpaling. Berhadapan dengan lelaki yang entah datang dari mata. Lelaki yang tidak pernah dilihatnya.

Siapa?

"Karl," ucap lelaki itu dengan senyuman penuh makna.

Nadyia menjongket kening. Mempersoalkan lelaki itu.

"Nama I... Karl," ulang lelaki itu.

"I tak kenal you," balas Nadyia dingin. Mata menilik penampilan lelaki tinggi lampai di hadapan mata.

Not bad!

Paras yang dimiliki lelaki asing itu menarik untuk dipandang berkali-kali. Sepasang mata hitam lelaki itu merenung tepat ke arahnya. Jelas ingin menjadikannya mangsa.

"Tapi I kenal you," balas Karl bersahaja. Tertarik dengan tingkah si gadis dingin. Gadis yang ingin dipetik untuk menghangatkan malam-malamnya.

Dipandang si gadis dari atas ke bawah. Dari bawah ke atas. Seolah menilik barangan yang terletak di rak hiasan. Cuba menilai sama ada perlu dijadikan koleksi atau sebaliknya.

Tidak terdetik langsung di hati yang seorang gadis sepatutnya dilindungi. Bukan digunakan sekadar mahu memuaskan nafsu.

"You kenal I?" Terletus tawa sinis di bibir seolah mempersendakan kenyataan itu.

Di hadapan lelaki asing dia tidak perlu cuba melakonkan apa-apa watak. Hanya di hadapan si tengku dia rela berlakon.

Di hadapan lelaki yang tidak punya kepentingan di dalam hidupnya, dia langsung tidak berminat untuk berinteraksi. Lalu layanan dingin diberikan tanpa emosi.

"Reza mungkin dah mula bosan dengan you. Dia tak pernah simpan perempuan terlalu lama," tutur Karl senada. Seolah berbicara tentang cuaca hari ini. Bukan tentang isu si gadis yang menjual diri.

"Mungkin, huh?" soal Nadyia separuh mengejek.
Kenyataan lelaki itu tidak salah. Tengku Reza Aliyy sememangnya mudah bosan. Gadis yang disimpan biasanya akan dilepaskan dari kontrak walaupun tempoh belum tamat.

Dan dia berharap telahan lelaki itu benar. Mengharap si tengku sudah mula bosan dengannya. Bersedia untuk memilih perempuan lain.

Malang sekali tingkah si tengku tidak menunjukkan tanda seperti sudah bosan. Sebaliknya seperti ingin menyimpannya lebih lama. Menyebabkan hati diusik bimbang.

Dia tahu mustahil untuknya meloloskan diri jika si tengku berniat untuk menyekat langkahnya. Lelaki itu punya pengaruh yang besar. Dia pula hanya pipit yang menumpang kekayaan si enggang.

Jika si enggang tidak membenarkannya terbang dari sangkar, mana mungkin dia dapat membebaskan diri. Akan terus terkurung selama mana si enggang mahukannya berada di situ.

Memikirkan kemungkinan itu buat seluruh tubuhnya terasa dingin tiba-tiba. Dikepal jemari yang bergetar tanpa dapat dikawal.

     No! Kebebasannya bukan perkara yang boleh dipandang enteng. Tidak boleh dibiarkan berada di tangan si tengku.

    Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kembali bebas. Tengku Reza Aliyy tidak boleh terus menghalang langkahnya!

"My card," ucap Karl seraya menghulurkan sekeping kad hitam yang tertera tulisan berwarna keemasan yang hanya mengandungi nama dan nombor telefonnya.

Nadyia menjongket kening. Menyambut huluran kad itu. Mata mendarat sekilas pada sebaris nama yang tertulis di situ.

Raja Karl Hafiz, huh?

"Bila dia dah tak mahukan you... you boleh datang jumpa I."

Dagu si gadis dipaut lalu wajah mereka didekatkan. Membiarkan nafas menghembus lembut ke wajah masing-masing.

"I tak kisah simpan perempuan secantik you walaupun you dah jadi bekas dia," tutur Karl.

Bersahaja benar nadanya. Seolah bicaranya tidak akan melukakan hati seorang gadis. Bukan satu penghinaan. Sebaliknya satu penghargaan.

Rahang terketap rapat. Menahan amarah yang mula membara di dada. Dilayan seperti seorang pelacur buatnya terasa cukup terhina.

Dia tahu jalan yang dipilih sememangnya salah. Tidak bermakna dia boleh dibeli oleh sesiapa sahaja.
Walau api marak membakar dada, Nadyia tetap tidak menunjukkan sebarang emosi di wajah. Sudah terlalu selalu berlakon di hadapan si tengku, dia tentu sahaja bijak menutup emosi dari ditunjukkan pada khalayak ramai.

"Thank you," balas Nadyia tersenyum sinis.
Sepasang mata merenung dingin lelaki di hadapan mata sebelum berlalu pergi. Bimbang lakonannya tidak dapat bertahan lama. Bimbang tangannya naik ke wajah lelaki yang terlalu bersahaja menghinanya.

Hakikatnya lelaki itu tidak salah. Perempuan yang dianggap murah tentu sahaja mudah dibeli. Tiada siapa akan menganggapnya gadis baik bila sudi muncul di sisi Tengku Reza Aliyy.

Dia tahu benar tentang itu. Dan disebabkan itu hati menghamun hebat lelaki yang menjadi punca. Jika si tengku tidak mengheretnya bersama malam ini, tiada siapa akan tahu tentang kewujudannya.
Damn him!

Nadyia Untuk Seorang TengkuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora