Part 2

242 17 1
                                    

FOKUS diberikan pada buku rujukan di hadapan mata. Menilik setiap data yang tertulis. Dihadam ke dalam memori. Tidak mahu satu pun data penting tertinggal.

Peperiksaan akhir semester bakal tiba tidak lama lagi. Pelajar yang tidak pernah gagal mendapat gelaran dekan setiap semester tidak akan membiarkan semester akhir berakhir dengan kegagalan.  

Lalu masa yang ada digunakan sehabis baik untuk memastikan rekod yang dipegang selama ini tidak berubah. Kebetulan hampir 2 minggu hidupnya tidak diganggu sesiapa. Mustahil untuk dia membuang masa.

"Tengku kau mana?" soal Juju dengan nada mengejek bila melihat teman sebilik begitu fokus menelaah. Langsung tidak sesuai dengan imej yang dibawa.

Rambut kuning yang diwarnakan, singlet hitam dan seluar pendek separas pinggul yang membalut tubuh si teman jelas menunjukkan status perempuan murahan. Perempuan yang sanggup menjual diri demi wang lelaki kaya.

"Dato' kau mana?"
Soalan dibalas dengan soalan. Mata tidak beralih dari buku rujukan. Fokus tidak terganggu dengan soalan itu. Langsung tidak menjejaskan emosi. Seolah soalan itu tidak punya kaitan dengan dirinya.

"Isteri dia dah mula bising. So, minggu ni dia tak panggil aku datang," balas Juju bersahaja.
Dia sama sahaja seperti si teman. Menjadi perempuan simpanan. Menggadai diri demi kemewahan dunia.

Perkara biasa yang dilakukan gadis-gadis yang mahu cepat merasa duit poket tebal. Hanya lelaki-lelaki miang mampu memberikan mereka apa yang diinginkan.

Pun begitu dia tahu si teman tidak mempunyai fikiran yang sama. Si teman jelas tidak suka diganggu oleh si tengku. Lebih senang menghabiskan waktu menelaah buku di hadapan mata.

Kalau tidak dipanggil jangan harap si teman akan memunculkan diri. Dia pula sebaliknya. Mahu sentiasa dipanggil.

Masakan tidak bila setiap kali dipanggil baru dia akan menerima duit poket dari si dato'. Bimbang jika tidak dipanggil dia perlu mencari paha yang lebih tebal untuk dipeluk. 

Boring!

"Outstation," balas Nadyia acuh tak acuh.
Tiada kerinduan yang bergema dalam nada si teman. Si tengku nyata tidak mampu menembusi tembok hati yang dibina Nadyia.

"No wonder."
Juju menjongket kening. Kalau si tengku berada di ibu kota, mana mungkin temannya itu dapat pulang ke bilik mereka. Setiap malam pasti menuntut layanan istimewa si teman.

Lelaki muda nyata berbeza dari lelaki tua. Cukup bertenaga untuk beraksi di ranjang.
Malang sekali dia sukar untuk menawan lelaki muda. Lelaki muda tidak suka menyimpan. Hanya suka bermain untuk seketika.

Dia mahukan lelaki yang sanggup menyimpannya supaya duit poket bulanannya tidak putus. Bukan lelaki muda yang cepat berubah citarasa.

Mujur sahaja lelaki tua yang dipilihnya masih sedap dipandang mata. Tidak boroi seperti lelaki tua lain. Wajah juga tidak terlalu berkedut. Sekurang-kurangnya tidak meloyakan tekak ketika terpaksa melayan keinginan si dato'.

"Tak rindu?"

"Rindu?" Sinis nada bergema. Seolah soalan seperti itu langsung tidak patut diutarakan.

"He's hot," tingkah Juju.
Kalau dia berada di tempat Nadyia, tentu sahaja dia ingin berada di sisi si tengku setiap waktu. Lelaki yang mampu mencairkan mana-mana gadis yang memandang. Hanya kedinginan lelaki itu membuat tidak ramai yang berani mendekat.

Si tengku tidak mudah didekati. Tidak mudah menerima gadis yang menawarkan diri. Jika tidak dia sudah lama mengambil kesempatan menggoda si tengku.

Jika bukan dia yang memberi maklumat tentang si tengku, mana mungkin si teman yang tidak tahu apa-apa tentang dunia lelaki ternama tahu tentang kewujudan si tengku. 

"Kau nak dia ke?" soal Nadyia berpaling ke arah Juju. Tidak lagi meneruskan fokus bila terus-terusan diganggu dengan soalan demi soalan.

"Kalau aku aje yang nak..." Ayat itu digantung tanpa perlu dihabiskan.

"Kontrak aku dah nak tamat. Kau boleh cuba nasib," tutur Nadyia tenang. Langsung tidak terasa terikat dengan lelaki yang sudah lebih setahun berkongsi bantal dengannya. Bagai berbicara tentang lelaki asing.

"Kau tak nak sambung?"

"Not interested."

"He's hot," tekan Juju.
Sungguh dia tidak faham bagaimana si teman langsung tidak terpikat dengan lelaki seperti si tengku. Kalau dia berada di tempat Nadyia, sudah lama mencair tanpa dapat diselamatkan lagi.

"I don't care," balas Nadyia sinis mengembalikan fokus pada buku rujukan. Tidak lagi berminat untuk meneruskan bicara yang dirasakan membuang masa.

Apa gunanya kalau lelaki itu begitu menawan sekalipun?

Sungguh dia tidak berminat untuk terus terikat melayan nafsu si tengku. Masa depannya terlalu berharga untuk dibiarkan di tangan seorang lelaki!

Nadyia Untuk Seorang TengkuWhere stories live. Discover now