Part 9

158 16 1
                                    

BIBIR diketap rapat. Menghalang diri dari mengucapkan bantahan walau hati mendongkol sebal. Tidak berminat untuk menurut arahan lelaki yang tiba-tiba mengajaknya makan di luar.

    Pun begitu, kaki terus melangkah membuntuti lelaki tinggi lampai itu. Arahan seorang Hitler perlu dituruti. Tidak mahu menaikkan kemarahan si tengku.

Entah mimpi apa agaknya? Tiba-tiba sudi menghabiskan masa bersamanya.
Mereka tidak pernah duduk bertentang mata di meja makan. 'Pertarungan' mereka hanya berlaku di atas katil. Selepas itu masing-masing akan membuat hal sendiri.

Dia cuma tempat melepaskan nafsu lelaki itu sahaja. Tidak lebih daripada itu. Lalu untuk apa membuang masa makan bersama?

Dan dia tidak pernah kisah dengan layanan dingin yang diterima. Dia sendiri tidak berminat untuk membina hubungan mesra di antara mereka.
Cukuplah lakonan yang terpaksa ditonjolkan ketika bersama lelaki itu. Tidak perlu berlakon mesra sepanjang hari.

Lelaki itu cuma akan muncul ketika malam sudah menjelma. Dan akan menghilang sebelum bayangan matahari muncul. Tiada masa untuk makan bersama.

Lalu ajakan lelaki itu buat kekeliruan timbul di fikiran. Lari dari kebiasaan mereka. Buat hati berdetik resah.

Sungguh dia tidak faham apa yang cuba dilakukan si tengku. Sungguh dia tidak suka dengan perubahan yang tidak akan memberi kepastian. Sebaliknya mengelirukan.

Mimpi apakah?
Ini bukan pertama kali lelaki itu terpaksa bekerja di luar kawasan. Cuma pertama kali lelaki itu sanggup mengambil cuti. Kononnya mahu menggantikan semula masa yang sepatutnya digunakan lelaki itu.
Rubbish!

Nadyia tergeleng sendiri. Cuba membuang keraguan di hati.

Manusia ada kalanya ingin mengubah aturan hidup. Bermain di luar kebiasaan. Tidak mahu terlalu terikat pada rutin harian yang akan mendatangkan kebosanan.

Mungkin lelaki itu sengaja mengubah rentak untuk kali ini. Tidak punya makna di sebaliknya.
Tangan terkepal sendiri. Hati yang berdetik resah membuat peluh sejuk merenik di dahi.

"What's wrong?"
Suara garau yang menyapa rapat di telinga buat langkah si gadis terhenti seketika.

"Nothing," balas Nadyia senada.

"Ikut I," arah Tengku Reza seraya meraih jemari runcing si gadis.

Sepasang mata hitam terpaku pada jemari yang berada di dalam genggaman si tengku. Seolah tindakan si tengku terlalu salah di mata. Buatnya terasa ingin merentap kembali jemari dari genggaman itu.

Ketapan di bibir semakin rapat. Pun begitu kaki dipaksa terus melangkah menuju ke restoran mewah yang hanya menerima pelanggan ternama.

Pelanggan yang berpoket tebal. Pelanggan yang jauh berbeza dari gadis kampung sepertinya. Buatnya sekali lagi ingin berhenti melangkah.

Bagaikan memahami apa yang bermain di hati si gadis, jemari di dalam genggaman ditarik memaksa si gadis mengikut jejaknya.

Si gadis yang tidak punya pilihan tidak lagi teragak-agak. Menelan rasa tidak selesa di dada. Menemani si tengku makan tanpa banyak bicara.

"Tak biasa, hurm?" soal si tengku bila si gadis diam tanpa cuba membuka mulut.

Ke mana pergi lakonan si gadis? Hanya di bilik tidur sahajakah si gadis sudi melakonkan watak?

Di luar bilik si gadis nampaknya lebih senang membisukan diri. Fokus hanya diberikan pada steak yang dihidang untuk santapan. Menyuap sedikit demi sedikit tanpa memandang ke arahnya. Seolah makanan di atas meja lebih menarik dari lelaki di hadapan mata.

Entah kenapa ada amarah yang mula membara dengan tingkah si gadis. Gadis-gadis sebelum ini menggunakan pelbagai cara untuk memujuknya keluar bersama. Hanya dia yang tidak berminat melayan.

Nadyia pula tidak pernah menuntut apa-apa. Tiada barangan kemas mahupun pakaian atau tas tangan berjenama yang dipinta walaupun dia tidak lokek memberi jika gadis itu sudi meminta.

Gadis itu bagai tidak punya nafsu. Mungkin wang 100 ribu lebih yang diberikan diguna dengan penuh cermat.

Dia pula merasakan duit bernilai lebih 100 ribu ringgit itu tidak cukup. Dia patut memberi tips tambahan pada gadis itu. Lagi pula layanan gadis itu cukup memuaskan hati.

"Erm, I tak biasa datang tempat macam ni," balas Nadyia jujur.

Tidak guna menipu bila dia bersama lelaki itu kerana duit. Bermakna dia bukannya datang dari golongan berada.

Dia tidak biasa meladeni hidup dengan kemewahan. Dia cuma gadis yang datang dari kampung.
Imej dan watak yang ditunjukkan di hadapan si tengku sekadar untuk menarik perhatian lelaki itu. Bukan dirinya yang sebenar.

"Tak biasa... boleh biasakan. I akan bawa you ke tempat macam ni lagi untuk you biasakan diri," balas Tengku Reza bersahaja.

Terkebil-kebil mata Nadyia mendengar usul itu. Terlalu janggal kedengaran di telinga bila terbit dari bibir lelaki dingin itu.

"Tak perlu," balas Nadyia tanpa berfikir panjang.
Dia tidak mahu membiasakan diri ke tempat begini bersama si tengku. Sebaliknya ingin menjauhkan diri secepat mungkin.

"Tak sudi temankan I, hurm?" Soalan yang terlontar jelas bersulam amaran. Malah renungan tajam turut dilemparkan ke arah si gadis.

Nadyia tersenyum sinis. Bila amaran diberi, mana mungkin dia mampu menolak lagi. Lalu senyuman sinis dimaniskan untuk tatapan si tengku.

"I lebih dari sudi temankan you," tutur Nadyia lembut.

    Lembut bicara si gadis tidak dapat menipunya. Dia tahu benar si gadis tidak rela. Pun begitu dia tidak akan mahu mendengar sebarang penolakan jika dia mahukan si gadis menemaninya.

    "Good girl," balas Tengku Reza. Dingin kedengaran. Buat si gadis kembali membisukan diri.

Nadyia Untuk Seorang TengkuWhere stories live. Discover now