Part 4

175 17 3
                                    

DERINGAN telefon bimbit mengganggu fokus si gadis yang tekun menelaah. Bertaut kening sesaat kala melihat nama yang tertera di skrin.

MY BANKER!

Itu nama yang disimpan dalam memori telefon bimbit. Nama yang cukup sesuai dengan fungsi si pemanggil. Lelaki yang menjadi sumber duit di kala diperlukan.  

Tangan terasa berat untuk menekan butang hijau menjawab panggilan yang tidak diundang. Lama dibiarkan tanpa berangkat.

Malangnya si pemanggil tetap menuntut jawapan. Ditarik nafas dalam-dalam. Dihela panjang. Butang hijau akhirnya ditekan.

Dia tahu dia tidak boleh mengelak bila dipanggil datang oleh lelaki itu. Perjanjian tetap perlu diikuti. Tidak boleh ingkar. Lagi pula dia yang memulakan semua perjanjian itu.

"Where are you?"
Suara garau bergema dingin di hujung talian. Disulam amarah bila panggilan dibiarkan lama tidak berjawab.

"Kolej." Sepatah balasan diberikan.

"Meet me tonight." Arahan dikeluarkan. Serupa Hitler. Tidak memberi ruang untuk sebarang bantahan.

"Don't be late," pesan suara di hujung talian memberi amaran. Seolah bimbang jika amaran tidak dikeluarkan, si gadis pasti melambatkan waktu pertemuan mereka. 

Nadyia tersenyum tawar. Tidak cuba menolak bila tahu lelaki itu tidak sudi mendengar sebarang penolakan.

"Okay," balas Nadyia sepatah. Tunduk dan akur.

"Good." Talian dimatikan begitu sahaja.

Nadyia menyandar tubuh di kerusi. Menghela nafas berat.

Dinding putih menjadi tatapan mata. Tidak lagi berminat untuk menelaah buku rujukan di hadapan mata. 

Tangan terkepal tanpa sedar. Sekali lagi nafas dihela seperti cuba melepaskan beban yang menghimpit dada.

"Dah tak lama, Nad." Bicara itu terletus di bibir. Memujuk diri untuk terus sabar. Pujukan yang sentiasa mampu membuatnya menelan kepahitan hidup. Meniupkan harapan walau jalan di hadapan mata dirasakan terlalu kelam.

"You will gain your freedom. Sikit masa aje lagi."
Mata dipejam sesaat sebelum dibuka kembali. Mencari fokus yang hilang.

Dia punya masa sebelum malam tiba. Lalu dia tidak boleh membuang masa. Terus menelaah dengan tekun.

Semester akhir penentu segalanya. Dia memerlukan keputusan cemerlang untuk membina kehidupan selepas ini.

Tidak perlu lagi bergantung pada sesiapa. Tidak lagi akan membiarkan nasibnya berada di tangan manusia lain.

Masa depannya masih cerah biar apa pun telah berlaku di dalam hidupnya. Dia akan terus mengorak langkah. Memadam kisah semalam. Biar tidak meninggalkan sebarang jejak.

Dia akan melakar masa depan sendiri. Melakar yang indah-indah sahaja. Hinggakan kepahitan semalam tidak lagi bersisa-sisa.

Semangat terasa membara di dada. Tidak sabar untuk memulakan hidup baru. Teruja untuk mengatur hidup jauh dari segala dosa dan noda. 

Saat ini senyuman indah terlakar di bibir. Senyuman yang mampu memukau sesiapa yang memandang. Senyuman yang datang dari sudut hati yang paling dalam. Bukan senyuman plastik yang selalu ditayang pada semua.

Sayang seribu kali sayang. Tiada siapa yang berpeluang menikmati senyuman indah itu.

Nadyia Untuk Seorang TengkuWhere stories live. Discover now