Part 1

472 27 6
                                    

DERAP langkah yang menghampiri buat ramai pengunjung kelab berpaling untuk melihat gerangan yang datang. Saat mereka berpaling tidak ramai yang dapat mengalihkan pandangan mata.

Makhluk seksi dipenuhi aura menggoda sudah cukup untuk membuat naluri lelaki meruntun hebat. Memukau mereka yang mudah terpedaya dengan nafsu sendiri.

Malang sekali si makhluk seksi seperti sudah punya destinasi yang ingin dituju. Dan destinasi itu membuatkan mereka yang lain terpaksa membatalkan hasrat untuk merapati. Hanya mampu menjadi pemerhati.

Langkah si makhluk seksi terhenti di hadapan lelaki tinggi lampai yang digeruni ramai. Lelaki yang punya status dan pengaruh. Status yang tidak berani diusik pengunjung yang lain.

Ini bukan pertama kali muncul makhluk seksi cuba menarik perhatian lelaki yang lebih senang menjadi pemerhati dari melayan gadis-gadis murahan di kelab malam. Dan tentunya bukan kali terakhir akan berlaku. 

Namun makhluk yang muncul kali ini punya aura yang berbeza. Punya kedinginan yang jelas tertera di mata. Kontras benar dengan aura seksi yang ditunjukkan di hadapan semua.

Masing-masing menanti penuh sabar. Ingin melihat reaksi dari lelaki tinggi lampai yang tidak mudah tergoda oleh makhluk bernama wanita.

Jika terlalu mudah tergoda, tentu sudah ramai wanita terkinja-kinja mengelilingi lelaki itu. Terlalu ramai yang sudi menyerahkan diri demi menumpang kekayaan dan status yang dimiliki.

Sayangnya si lelaki tidak tahu menghargai. Lebih senang menolak dari menerima.

Si makhluk seksi mendekatkan wajah ke telinga si lelaki tinggi lampai. Tiada ucapan pengenalan diberikan. Terus menyampaikan hajat di hati. Straight to the point!

"I am for sale," bisik si makhluk seksi dengan suara yang sengaja dilunakkan. Bergemersik mengusik pendengaran si lelaki tinggi lampai.

Mengecil sepasang mata hitam milik lelaki itu kala mendengar tawaran yang diutarakan. Jelas menginginkannya sebagai pembeli.

Dagu runcing si makhluk seksi dipaut kasar. Seraut wajah indah yang disolek rapi ditilik lama sebelum jatuh ke tubuh yang hanya dibalut dengan dress hitam bertali spaghetti.

Senyuman sinis bermain di bibir. Susuk tubuh di hadapan mata buat si lelaki sukar untuk mengalihkan pandangan. Cukup memuaskan hati. Buat bibir ringan menyatakan persetujuan.

"Follow me," balas si lelaki mengheret si gadis keluar dari kelab malam di mana mata-mata lelaki keranjang tidak lepas dari menjamah tubuh yang bakal menjadi miliknya seorang. 

Si makhluk seksi tidak membantah. Membuntuti langkah lelaki yang kini menjadi pemiliknya. Sekurang-kurangnya hanya untuk sementara.
Senyuman mengejek terpasak di bibir. Mengejek diri yang merendahkan maruah sendiri. Memijak harga diri.

'Argh, semua itu tidak penting lagi. Maruah? Apa gunanya maruah andai diri akan terdampar ke lembah yang lebih hina?!'

Jika dia perlu menjual diri, dia tentu akan memilih lelaki yang mampu memberikan apa yang dikehendakinya. Dan lelaki yang menjadi pilihan sekurang-kurangnya punya rupa paras yang cukup kacak. Tidak meloyakan tekak kala terpaksa melayan keinginan lelaki itu.

Mata dipejam rapat. Sekejapan dibuka semula, memancar dengan sinar kedinginan yang mampu membekukan sesiapa yang memandang.
Jalan yang dipilih mungkin pincang. Namun itu lebih baik dari membiarkan manusia lain menentukan nasibnya.

Dia tidak akan sesekali memberikan peluang itu pada manusia lain. Hanya dia yang akan menentukan nasib sendiri walau seburuk mana pun keadaan yang menimpa.

Tangan terkepal kemas cuba mengawal emosi yang mula bergolak. Kaki dipaksa terus melangkah. Melangkah ke arah kehidupan yang penuh noda.
Jalan yang cukup salah. Namun satu-satunya jalan yang masih terbentang di hadapan mata ketika ini.

Setitis mutiara jernih jatuh mencela wajah. Dikesat pantas tidak meninggalkan sisa. Tidak mahu kelihatan lemah di mata sesiapa. Tidak sama sekali!

Nadyia Untuk Seorang TengkuWhere stories live. Discover now