"Apa kau gila? Dulu nak belajar main pedang sekarang nak mati?" Gempa menyoal tidak percaya. Wajah datar Halilintar ditatapnya.

Halilintar mula menarik ros merah di dalam pasu sebelah katilnya. Diputar-putar kecil.

"Sepatutnya abang ajar aku main pedang dari awal." Terdiam Gempa dibuatnya. Bibir diketap kuat.

Acap kali bertatapan dengan mata merah milik Halilintar, Gempa jadi tidak tahu berbicara apa. Mata merah yang indah, umpama ros merah yang bermekaran. Namun kadang mirip darah, yang terlalu banyak terluka sehingga tatapannya tajam terus.

Dan Halilintar ingin membunuh dirinya, apa yang harus dia lakukan?

Buk! Keringat yang terus mengalir diseka kasar oleh Gempa. Mata kuning keemasannya tajam memandang samsak tinju, melepaskan segala kemarahannya dengan bertinju.

Ini kawasannya.

"Aku terima surat yang minta aku mati. Jadi aku perlu mati, kan?"

Adik lelakinya yang terlalu polos.

Terbuka samsak tinjunya hingga terkeluar isi. Nafasnya turun naik, balutan pada kedua-dua tangan dibuka lalu dilempar ke lantai. Gempa fikir adik lelakinya cuma bermain dengan kata-kata, kalau benar Halilintar berniat ingin membunuh diri...

Dia harus siap sedia. Hal ini benar-bebar membuatnya gila. Dikancing kemeja berserta vest hitam. Tali leher berwarna merah jambu dipasang, sempat minyak wangi disembur di bahagian leher dan tangannya.

Tidak lupa dengan blazer hitamnya.

"Ah, ketua. Pagi!" sapa Thorn yang kebetulan melihat Gempa keluar dari kelab tinju.

Sengaja dia mengikuti langkah Gempa. Hari ini wajah ketuanya tegas sekali, seperti ada sesuatu yang berlaku. Mata hijau bersihnya mula melihat-lihat wajah Gempa, ingin memastikan.

"Ketua okey?" soal Thorn ingin tahu. Gempa mula membuka pintu kamar yang khas untuk ahli Sakura. Thorn masuk ke dalamnya.

"Mana Blaze? Dia sengaja nak lambatkan mesyuarat ke apa?" soal Gempa agak kesal. Punggung dihempas kasar pada kerusi beroda.

Ice yang sedang tidur di atas sofa mula mencelikkan mata. Makhluk mana yang membuat bising di pagi hari yang cerah ini? Mengganggu tidurnya sahaja. Lelaki beriris biru aqua itu mula duduk bersila di atas sofa, agak terkejut melihat Gempa dan Thorn ada di sini.

"Ice, mana Blaze? Kau yang paling rapat dengan budak tu." Terangkat kening Ice. Mulutnya yang menguap ditekup dengan tangan.

"Kau tak tahu semalam tunang Blaze meninggal dunia? Hari ni dia tak dapat hadir."

Gempa tergamam. Bawah bibir diketap, siapa sahaja tidak tahu Blaze amat mencintai tunangannya? Bahkan sanggup membeli hadiah mahal dengan mencuri duit untuk menghias kamar Sakura kerana ayahnya sudah tidak mahu meminjam duit.

Asteria satu-satunya perempuan yang menerima segala kekurangan Blaze. Gadis cantik itu bahkan jatuh hati dengan lelaki bermasalah seperti Blaze. Katanya lepas habis sekolah, ingin berkahwin dan segera punya anak. Namun semua itu tidak akan menjadi kenyataan.

"Panggil aku ketua. Buat masa sekarang kita bermesyuarat tanpa Blaze, kalau dia dah membaik, suruh dia datang semula ke sekolah. Hari ni tangguh dulu mesyuarat."

Ice hanya diam tidak membalas. Mata memandang ke arah lain, entah kenapa Gempa tiba-tiba berasa kesal. Sebenarnya dia sedang bercakap dengan dinding ke manusia? Thorn mula duduk berhadapan meja ketua menarik perhatian Gempa.

"Ketua, ketua! Adik ketua akan masuk Oak Valley, betul ke? Dia akan jadi ahli Sakura?" tanya Thorn ingin tahu. Tertelan air liur Gempa dibuatnya. Lelaki ini kelihatan bersemangat sekali.

Selimut digunakan untuk membalut tubuhnya, Ice mula memejam mata. Sambung tidurnya yang diganggu.

"Tapi ketua, adik ketua takkan berada dalam bahaya? Ini Oak Valley."

Gempa memukul kepala Thorn dengan beberapa dokumen di atas mejanya. Thorn mengaduh sakit, tidak menyangka Gempa sanggup memukulnya. Pen di dalam bekas dikeluarkan lalu mula mengerjakan sesuatu di atas kertas. Banyak kerja.

"Dia bukan anak kecil." Terangkat kening Thorn.

Mata kuning keemasannya. Benar, Halilintar bukan anak kecil yang sepatutnya dia khawatirkan. Gempa cukup melindungi Halilintar dari jauh, meskipun dia masih menganggap Halilintar tidak matang.

Apa boleh dia menjadi abang yang pura-pura tidak peduli tentang adik lelakinya? Gempa masih sakit hati dengan permintaan Halilintar yang menyuruhnya mengajar bunuh diri. Thorn hanya terdiam mendengar balasan Gempa, tidak lama itu bibir Thorn mengukir senyuman.

Dia mula berdiri dari terus duduk berhadapan Gempa.

"Ah, bosan. Tak ada siapa yang nak main dengan aku. Ketua, aku minta diri dulu. Have a nice day," ujar Thorn sempat menunduk hormat.

Kedua-dua kakinya berlari kecil dengan riang keluar dari kamar Sakura. Gempa tidak sedar terhibur dengan tingkah Thorn, belakang tubuh disandarkan pada kerusi beroda. Dia ingin cepat-cepat pergi bercuti.

Gempa melirik ke arah Ice yang sedap tidur. Siap berdengkur kuat lagi. Dokumen yang ada di atas meja dibaling tepat mengenai Ice. Pantang lihat orang yang tidak bekerja langsung.

"Auch!" Ice mengaduh sakit. Mata mencelik, ternyata dokumen dibaling mengenai dahinya. Mimpi punyalah indah, tiba-tiba Gempa mengganggunya.

"Kau pahal? Nak mati?" Ice menyoal bengang. Tidak kisah dengan Gempa yang merupakan pangkatnya lebih tinggi, dia benar-benar marah.

Gempa tersenyum senget.

"Diam dan buat kerja sekarang. Kau nak aku seorang yang buat benda menyusahkan ni? Sebelum aku mati, aku bawa kau orang semua mati sama-sama dengan aku. Adil, kan? Buat kerja, jangan banyak alasan!" Ternaik kedua-dua bahu Ice dibuatnya. Bawah bibir dikemam lembut.

Dimaki Gempa di dalam hati. Dia benar-benar ingin berhenti jadi ahli Sakura, lama-lama menjadi ahli buat Ice ingin gila. Apa benar ini kamar Sakura, tempat orang-orang terhebat terpilih?

Kamarnya sahaja penuh habuk, bahkan ada banyak tikus. Tingkap pecah gara-gara ulah Blaze dan Thorn, bahkan sofa menjadi tempat cakaran kucing milik Thorn. Bau busuknya ditutupi dengan minyak wangi, kadang Ice terfikir bagaimana manusia boleh hidup dan bekerja di dalam kamar ini.

 Bau busuknya ditutupi dengan minyak wangi, kadang Ice terfikir bagaimana manusia boleh hidup dan bekerja di dalam kamar ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Finished on Wednesday, 10 January 2024
Published on Friday, 2 February 2024

1272 words

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now