︵‿ Chapter 42 ‿︵

2.6K 111 8
                                    

"Abang? Kita nak pergi mana pulak ni?" Yaya mengerutkan dahi melihat perilaku suaminya yang seakan tidak tenteram itu

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

"Abang? Kita nak pergi mana pulak ni?" Yaya mengerutkan dahi melihat perilaku suaminya yang seakan tidak tenteram itu.

"Ikut aje boleh tak?! Jangan banyak cakap!" Kalut Fakir menjerkah isterinya, namun tanpa sedar jerkahan itu mampu mengguriskan hati seorang perempuan.

Tidak bentah layan perasaan sendiri, Yaya lekas mengambil baju-baju lalu dimasukkan ke dalam beg bagasi disediakan itu. Akan tetapi, perbuatannya terhenti seketika lalu dia berpaling ke arah suaminya, Fikri.

"Abang rasa... Adriana tak apa-apa ke?" tanya Yaya perlahan. Meskipun dia membenci adik iparnya, tetapi bukanlah ke tahap mahu membunuh adik iparnya sendiri. Dia masih lagi tahu erti dosa dan pahala. Walaupun sudah banyak ilmu agama yang dia tinggalkan.

Langkah Fikri terhenti mendengar soalan yang keluar dari mulut isterinya. Lantas, dia berpaling ke arah Yaya yang kelihatan serba salah.

"Dia berhak dapat pengajaran macam tu. Lagipun, hutang kita pun dah selesai, kan? Nak fikir apa lagi? Have fun ajelah." Selamba. Jawapan itu kedengaran sungguh selamba dan biadap di telinga Yaya.

Apa... apa yang membuatkan suaminya berubah drastik sehingga sebegini? Apa sebabnya? Adakah kerana dia sebagai seorang isteri tidak pernah menegur suaminya yang salah itu?

"Termenung apa lagi?! Cepatlah siap. Haish! Lembap betullah kau ni!" Sekali lagi, terasa jiwanya direntap kasar oleh suaminya sendiri. Yaya gigit bibir sehingga sudah memerah lalu kembali melipat baju dalam keadaan tergesa-gesa.

"Bang, kau dah ke? Cepat sikit!" Kini, suara Fakir pula mula kedengaran.

Baru sahaja Fikri mahu menjawab, ternyata pintu rumah sudah terkuak besar dari luar. Saat itu, susuk tubuh seorang gadis berpakaian hitam menyapa kornea mata.

"Kau siapa hah?!" Fikri menjerkah. Tetapi, dia terdiam apabila bibir gadis itu menyenget sinis.

"Fikri Zafril bin Hasan. Umur, 36 tahun. Menamatkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia. Berkahwin dengan seorang perempuan bernama Nur Yadiyah atau dikenali sebagai Yaya. This is you, am I right?" Beberapa keeping gambar dilemparkan tepat di wajah Fikri.

Yaya yang berada di situ juga terkedu melihat gambar-gambar itu. Ini... ini gambar di mana Fikri baring di atas katil tanpa seurat benang pada badannya waktu itu. Hati Yaya sakit melihatkan gambar itu.

"Berhutang dengan salah satu taiko besar akibat daripada permainan judi iaitu Leo," sambung gadis itu lagi sekali dengan senyuman sinis di bibir melihat wajah terkedu Fikri itu.

"Aku tanya... kau siapa hah?!" Gadis itu menjeling wajah lelaki di sebelah Fikri pula. Dia mendecit kecil.

"Name, Fakir Zafaril bin Hasan. Age, 30 years old. No further studied whether in Malaysia or other countries. Just follow his brother's until his death come. You. Am I right?" Kemudian, beberapa keeping gambar juga turut dilemparkan pada wajah Fakir.

THE KING : RAYYAN DARWISH जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें