︵‿ Epilogue ‿︵

2.4K 91 8
                                    

Bahagia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bahagia. Satu patah perkataan yang sangat senang untuk disebut. Tetapi, susah untuk kita hadapi. Mungkin orang selalu ingat bahawa kebahagiaan itu akan datang dengan sendirinya. Namun, dia salah. Kita juga akan lalui banyak fasa dan ujian untuk ke tahap bahagia.

Pelbagai insiden yang menimpa keluarga kecil ini hanya untuk mendapatkan kebahagiaan. Tetapi, mereka tahu bahawa kebahagiaan itu akan berakhir juga. Cepat atau lambat sahaja.

Rayyan diam menatap langit yang membiru itu. Senyuman manis terbit di bibirnya tatkala melihat awan yang bergerak.

Sudah tiga tahun sejak peristiwa hitam itu berlaku. Dan tempoh untuk dia hadap itu terlalu panjang tidak terkata. Dia masih lagi menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku. Tetapi di dalam masa yang sama juga, dia disuruh untuk mengikhlaskan segalanya. Meskipun dia tidak mampu.

"Rayyan." Lelaki itu mengalihkan pandangan ke arah Riyas yang melabuhkan punggung di sebelahnya. Alhamdulillah, sepanjang tempoh tiga tahun ini, Riyas banyak membantunya dalam segala benda.

Untuk itu, dia bersyukur kerana punyai seorang adik.

Biasanya seorang adik memerlukan seorang abang untuk dia pimpin. Tetapi kini, seorang abang pula yang sangat memerlukan seorang adik.

"Kau okey ke? Masam aje muka," komen Riyas. Selepas itu, Riyas mengaduh sakit tatkala terasa pinggangnya dicubit kasar oleh Rayyan. Dia rasa ingin ketawa sahaja memandang wajah abangnya yang sedang menikam tajam wajahnya itu.

"Diam. Mandulkan kau nanti baru tahu." Garang Rayyan berkata. Hampir sahaja Riyas tergelak kalau tak dia tahan. Takut nanti apa yang abangnya cakap itu betul pula.

Banyak betul perubahan yang dia lihat pada diri abang kembarnya ini. Dia sudah tidak sedingin dahulu. Dia tidak 24 jam marah sahaja. Rayyan kerap balik ke rumah.

Tak lama selepas Riyas melayan perasaan, dia terkejut seketika apabila ada gerakan kasar di sebelahnya. Terkelip-kelip Riyas menatap wajah Rayyan yang tiba-tiba sahaja bangun itu.

"Kau kenapa?" tanya Riyas. Dahinya berkerut. Pelik apabila abangnya itu bangun pula.

"Nak balik. Aku penat dengar suara kau." Riyas tergeleng sendiri melihat abangnya yang tak sabar sangat nak balik rumah itu.

Bibirnya selepas itu tersenyum. Syukur sangat bila abangnya berubah. Untuk mereka berdua ingin hidup bahagia itu, banyak ujian yang perlu dia lalui. Dan semestinya ujian itu lagi berat buat mereka.

Riyas tersenyum manis.

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now