⚔️ CROW 2 ⚔️

16 1 2
                                    

2 TAHUN KEMUDIAN21

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2 TAHUN KEMUDIAN
21.00
《JUMAAT》

TOK TOK TOK

"Silakan masuk". Kedengaran suara ibu Rara dari balik pintu.

"Ada apa ibu Rara panggil Alisya malam-malam?". Aku yang sudah mengenakan pakaian tidur hairan kenapa dipanggil olehya malam-malam buta macam ni. Jarang ibu Rara suka kacau anak-anak pada waktu malam.

"Duduk dulu Alisya. Ada hal yang ibu nak bincang sikit"

Aku duduk di sofa coklat yang memuatkan tiga orang dewasa duduk.

"Apa itu ibu?"

"Ini tentang Luca"

"Luca? Kenapa dengan dia". Aku berasa tidak sedap hati.

"Ada seseorang yang hendak mengambil Luca sebagai anak mereka"

DUMMMM

Hati aku sakit seperti dipanah petir. Luca adalah satu-satunya ahli keluarga yang aku ada disini dan sekarang ada orang yang nak ambil dia.

"Siapa dia ibu!? Siapa yang nak ambil Luca daripada saya? Saya tak terima". Air mata aku mula bertakung di bawah mata.

"Tenang Alisya, ibu faham Alisya sedih tapi ini demi kebaikan Luca. Dengan keluarga baru, Luca dapat ibu dan ayah yang dapat memberi kasih sayang kepadanya". Ibu Rara menerangkan nya sambil menunjuk wajah risau kepada aku

Perasaan aku bercampur aduk. Tidak dapat menerima ucapan nya.

"Tapi Alisya macam mana ibu!? Apa perasan Alisya bila Luca pergi. Satu-satu nya keluarga Alisya. Ibu Rara juga yang memberi tahu untuk membuka hati untuk berkawan dengan Luca. Sekarang ibu Rara minta Alisya lepaskan dia". Suara aku berubah serak dan air mata aku mula jatuh ke pipi.

Ibu Rara hendak memeluk aku namun lekas aku menepisnya.

Terkejut muka ibu Rara melihat perilaku aku terhadapnya.

"Sebab itu Alisya tidak suka membuka hati kepada sesiapa pun selepas Alisya dibuang oleh ayah. Disebabkan Alisya tahu benda ini akan terjadi suatu hari nanti!"

Ibu Rara tersentak dengan kenyataan nyata yang diucapkan oleh anak kecil yang kini sudah berumur 10 tahun dihadapannya ini.

"Tapi Alisya mesti relaka "

"ALISYA TAK RELA! ALISYA BENCI IBU"

Aku berlari keluar dari bilik itu sambil mengesat air mata aku yang sudah banjir dibasahi air mata.

Aku tak suka perasaan ini. Aku benci sangat-sangat.

Sementara di bilik itu ibu Rara terdiam seribu bahasa bahawa dia sudah membuat anak kecil yang dia sayangi menangis.

"Oh Alisya, ibu minta maaf tapi ini semua demi masa depan anak itu"

○•○•○•○•○•○

Crow Mask ManWhere stories live. Discover now