10 - SERUPA

Mulai dari awal
                                    

"Ehh tak perlu, saya tolong tak mengharapkan apa-apa pun. Pekara kecil sahaja tak perlu balas jasa. Sebelum awak tanya saya apa-apa, elok rasanya kita tahu nama masing-masing, bukan?" soal Dani cuba kembali kepada tujuan utama mereka.

"Hannah Syazlee. Awak boleh panggil Hannah saja."

"Daniall Qays. Panggil saja Dani."

'Daniall Qays itu bahaya!'

'Dia bukan Daniall Qays yang kau kenal dulu.'

'Aku kenal Daniall Qays itu siapa.'

'DANIALL QAYS!'


SUARA-SUARA aneh mula bermain-main di dalam kepala Syah berulang kali seperti pita rosak. Suara itu tidak berhenti menganggu fikirannya. Mata dipejam rapat, kepala dipegang dengan tangan kanan, kerutan di muka jelas kelihatan serabut mendengar suara-suara aneh yang entah datang dari mana. Tiba-tiba muka Dani terpancar dalam kotak fikiran sebelum suara-suara itu sama-sama berlalu pergi dengan bayangan wajah Dani.

Syah buka kembali matanya, Dani ditenung dengan penuh kerutan di wajahnya. Sama seperti yang didalam fikirannya tadi. Adakah mungkin benar Daniall Qays ini menjadi kunci kepada jawapan yang dia inginkan selama ini?

"Jadi apa awak nak tanya saya? Nampak macam penting." Dani membuka bicara antara dia dan Hannah. Fokus Dani kini tertumpu pada gadis dihadapannya

"Awak ada kenalan nama Syah?" Hannah malas mahu berlapik-lapik. Terus sahaja ke tujuan utama dia menegur Dani.

Mata Dani sedikit membesar, kening berkerut sedikit terkejut mendengar nama tersebut. Apa kaitannya gadis ini dengan Syah? Setahunya Syah tiada ahli keluarga lain selain pakciknya.

"Ada. Kawan baik saya. Mana awak kenal Syah ya?" soal Dani pula ingin tahu. Syah yang Dani kenal tidak ramai kenalannya. Ini merupakan sesuatu yang baru baginya.

"Kawan baik? Dia ini nak menipu pun agaklah. Kawan baik mana yang buli kawan baik sendiri. Gila." Dengus Syah. Entah kenapa rasa bencinya terhadap Dani membuak-buak selepas suara-suara aneh tadi menerjah akal fikiran. Semakin lama melihat Dani, semakin sakit hatinya.

Hannah juga fikirkan perkara yang sama. Kawan baik mana yang tergamak membuli kawan baiknya sendiri. Melainkan Dani ini memang gila.

"Ahh saya kenal dia sebab pernah bertegur dengan dia. Jiran lama saya," tipu Hannah. Harapnya Dani tidak syak apa-apa padanya dan mempercayai bulat-bulat penipuannya.

Dani hanya mengannguk mendengar penjelasan Hannah.

"Boleh saya tahu Syah di mana sekarang?" soal Hannah kembali.

"Syah sudah meninggal dunia. Kemalangan. Kena langgar lari dengan kereta," jelas Dani. Wajah ditunduk memandang meja memikirkan sesuatu yang lama tersimpan kemas dalam hatinya. Rahsia yang mampu merobek hatinya setiap kali teringatkan peristiwa hitam tersebut. Tragis dan sayu.

Sama! Syah yang diceritakan Dani sama dengan Syah yang diceritakan Farhani, kakak Fateen. Maka tidak disangkal lagi, Dani memang ada kaitan dengan Syah sewaktu dia masih bergelar manusia dan bukan roh miang siap dengan biul sebagai pakej tambahan. Dani memang bagai kunci kepada pintu-pintu rahsia kehidupan Syah.

"Boleh cerita lagi apa yang awak tahu tentang kematian Syah atau apa-apa sahaja tentang Syah?" Hannah menyambung bicara yang diselang sepi seketika tadi. Muka teruja tidak dapat disorok lagi. Jiwanya meronta-ronta inginkan jawapan yang lebih mendalam. Syah juga tidak kurang teruja terus dia terbang berhampiran betul dengan Dani. Mahu mendengar tiap bait kata Dani betul-betul.

"Tapi saya tak tahu kisah penuh, jadi saya cerita yang saya tahu saja, ya. Malam itu, seminggu selepas kertas terakhir SPM, Syah baru sahaja habis kerja sambilannya. Jadi tutor kalau tidak silap saya. Syah hidup susah, bondanya sakit dan meninggal kerana sakit tersebut waktu kertas pertama SPM. Sakit apa, saya tak tahu. Syah tak pernah cerita. Dia memang sejenis suka memendam sakit sendiri. Itu sebab Syah buat kerja sambilan sambil bersekolah. Dia kata dia dapat masuk ke sekolah saya pun kerana bantuan pakciknya. Pakcik Syah ada syarikat sendiri, besar juga syarikatnya. Tapi Syah tak suka menerima bantuan dari segi kewangan daripada pakciknya."

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang