EPILOG👠

18.1K 827 84
                                    



RUMAH Dylan dipenuhi ramai tetamu yang hadir ke majlis ulang tahun pertama Darren ketika ini. Hari ini, genap setahun umur Darren.

Dan Dylan serta Eryna mengadakan majlis hari lahir dirumahnya. Majlis kecil-kecilan sahaja, hanya menjemput rakan-rakan rapat serta anak-beranak sahaja.

"Uhuk uhuk uhuk.." Darwish batuk setelah melahap makanan. Delisha berdecit. Dia terus menepuk belakang badan lelaki itu.

"Tak senonoh la you ni. Jaga you dah macam jaga kanak-kanak ribena." Marah Delisha. Mana taknya? Dia datang ke sini untuk tenangkan fikiran sekaligus bermain dengan Elsa serta Darren.

Tapi tak sangka pula tiba-tiba sahaja dia menjadi 'babysitter' si lelaki dihadapannya ini. Elsa dan Darren? Sudah direbut ahli keluarga Eryna dan Dylan.

Siapa suruh comel sangat? Tak pasal-pasal jadi rebutan! Darwish ni takde orang nak rebut ke?! Bentak Delisha dalam hati.

Darwish sengih dileteri Delisha ketika ini. "Saya tak boleh jaga diri saya.. kalau awak jadi isteri saya, boleh? Saya jamin hidup saya lebih terjaga jika ada awak.."

Delisha menjeling Darwish yang sedang sengih kepadanya. Dia menjulingkan mata lalu diambil beg diatas mejanya.

"Malas la layan you ni. Menyampah." Delisha bangun dari duduknya lalu melangkah ke arah Eryna yang sedang berbicara bersama anak-beranak Dylan.

Darwish mencebik. "Elehh sombong.. gigit baru tahu.." gumam Darwish sendirian sambil mengunyah makanannya.

Dylan menepuk perlahan bahu sepupunya itu. Hampir tercekik Darwish dibuatnya tatkala Dylan menepuknya dengan tiba-tiba.

Dylan terkekeh ketawa. "Oops sorry. Tengah makan ke? Aku ingat ke tengah tengok video tak senonoh tadi.." ujar Dylan lalu dihenyak punggung ditepi Darwish. Darwish menjeling.

"Ish kau selalu fikir buruk pasal aku kan bang?" Dylan gelak mendengar itu. Dia menggeleng kepala lalu menoleh ke arah isterinya yang sedang ketawa bersama ibu saudaranya.

Terbit senyuman di bibirnya melihat kebahagiaan isteri tersayangnya. Direnung pula anak lelaki yang berada didalam dukungan Eryna.

Aihh.. muka Eryna sangat la Darren tu.. langsung tiada riak wajah dia. Hanya kening sahaja mengikutinya. Bibir? Mata? Pipi? Warna kulit? Rambut?

Semuanya keturunan Eryna.. sudahlah wajah Elsa pun seakan-akan Eryna, Darren pula dikira Eryna versi lelaki.

Nasib badan lah.. kena buat baby lain pula la supaya muka ikut dia hoho.

"Bang.. macam mana ek nak ambil hati perempuan macam si Eryna tu?" Berkerut dahi Dylan. Automatik dia memusingkan tubuh menghadap Darwish.

"Asal? Kau nak mengorat bini aku ke?"

Darwish berdecit. "Bukan la.. gila ke? Aku taknak la ambil risiko mengorat Eryna.. bodyguard dia ramai.." Darwish memuncung ke arah lelaki-lelaki berpakaian serba hitam yang sedang menjaga kawasan rumah mereka.

Bodyguard tersebut adalah anak buah Mr Edward.

Tercetus tawa Dylan mendengar itu. "Habis tu? Kenapa kau tanya macam tu?"

Darwish meletakkan sudu serta garfu diatas meja. "Tu.. Delisha tu.. sebiji perangai macam Eryna.. macam mana aku nak mengorat dia?" Darwish memuncungkan bibir ke arah Delisha yang sedang menangkap gambar bersama Elsa.

Dylan menoleh ke arah itu sekilas lalu memandang sepupunya kembali.

Dylan gelak. "Kau fikir mudah ke nak mengorat isteri aku tu? Susah tau? Nak-nak lagi Eryna tu ada trauma dalam perkahwinan.. aku nak mengorat dia pun makan masa tau? Dahlah aku pun pernah sakiti hati dia waktu kami bercinta dulu.."

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin