"I tak boleh bencikan ibubapa i.. i langsung tak boleh lenyapkan mereka dari hati i.. semarah-marahnya i pada mereka, i tetap sayang pada mereka.. kenapa.. kenapa susah sangat i nak benci you, mom?"

Menitis air mata Puan Elena mendengar esakan si anak. Dia menghampiri Eryna lalu memeluk tubuh anaknya itu.

Eryna terus menghambur tangisan di bahu ibunya. Tuan Eric menghampiri Eryna lalu mengusap kepala anaknya itu.

Eryna mendongak memandang bapanya. "Kenapa dad? Kenapa i tak boleh benci you? Kenapa i tak boleh marah you? Kenapa dad? Kenapa hati i macam ni?..

...kenapa diri i terlalu baik macam ni? I dah berjanji pada diri i untuk cekalkan diri agar tidak mudah kasihan pada orang lain. Tapi sekarang kenapa hati i terlalu lembut pada you dan mom?"

Tuan Eric senyum dengan mata berkaca. Diseka air mata di pipi Eryna. Puan Elena pula setia menggosok badan si anak. Dia juga menangis mendengar itu.

"Itu kerana kita mempunyai ikatan yang kuat iaitu ibubapa dan anak.. sejahat-jahatnya seorang anak, pasti mereka tidak mampu membenci ibubapa mereka..

...begitu juga dengan ibubapa.. walaupun kami marah pada Eryna, tapi kami tetap sayang Eryna.. because we're family.. kita ada hubungan cinta yang kuat dan kukuh.. kerana itu kita tidak mampu bergaduh serta membenci antara satu sama lain.."

Makin mengalir air mata Eryna ketika ini. Dia mengangguk mendengar itu.

Tuan Eric senyum bahagia. Dibelai kepala si anak. Dia kenal anaknya.. Eryna mempunyai hati nurani.. mana mungkin Eryna mampu menyimpan dendam terlalu lama terhadap mereka.

"Maafkan mom dan dad.. kami bersalah pada Eryna.. kami bukan ibubapa yang baik.. kami berjanji kami akan tebus segalanya selepas ini.. Eryna jangan benci kami ya? Kami sedih bila satu-satunya anak kami membenci kami..

....mom minta maaf kerana pernah halau Eryna dulu.. mom minta maaf sebab tampar Eryna.. mom minta maaf kerana herdik serta tuduh Eryna macam-macam.. ampunkan mom ya? Mom bersalah.."

Ujar Puan Elena dengan esakan. Eryna mengangguk. Dibalas pelukan ibunya dengan tangisannya.

"Eryna maafkan mom.. Eryna maafkan dad.. Eryna maafkan semua.. Eryna taknak bergaduh.. Eryna taknak kita saling membenci.. Eryna nak keluarga yang sempurna.. tolong.. jangan jauhkan diri dari Eryna lagi.."

Tuan Eric senyum. Dipeluk anak serta isterinya itu.

"Of course.. dad janji dad takkan menjauh lagi dengan Eryna.. selepas ini, Eryna datang la rumah kita.. pintu selalu terbuka untuk Eryna.."

Eryna senyum. Tangan kanan dipanjangkan memeluk si bapa manakala tangan kiri memeluk ibunya.

Alhamdulillah.. selepas sahaja Eryna melahirkan anaknya, dia terfikir, sebesar ini kah pengorbanan ibu yang melahirkannya?

Sebesar inikah kesusahan bapanya menjaga serta mencari duit demi menyaranya? Sekarang dia sudah menjadi ibu..

Dia sudah faham erti kasih sayang.. sudah faham mengapa ibubapanya memarahinya ketika dia salah memilih pasangan dulu..

Eryna.. sudah faham akan segalanya..

Mr Edward dan Dylan yang memerhati anak-beranak yang sedang berpelukan itu disebalik pintu wad hanya senyum sahaja.

Sedari tadi mereka tiba di wad Eryna namun mereka tidak masuk ke dalam wad itu untuk memberi ruang Eryna serta ibubapanya berbaik.

"Alhamdulillah.." berkerut kejap dahi Dylan mendengar ucapan itu dari Mr Edward. Dia terus menoleh ke arah Mr Edward dengan riak tertanya-tanya.

Mr Edward tergelak. Ditepuk bahu cucu menantunya itu.

"What? I cuma ucap syukur je. Salah ke?"

Terkedip-kedip mata Dylan ketika ini. "Tak salah.. cuma.. yeah.. takde apa lah." Dylan senyum kekok dihadapan Mr Edward. Mr Edward senyum.

"Allah maha Esa.. Allah maha berkuasa. KeranaNya lah hubungan anak menantu i rapat kembali dengan cucu i."

Sekali lagi Dylan menoleh ke arah Mr Edward. Tersenyum dia mendengar itu. "Grandpa.."

Mr Edward senyum. "I suka tengok keharmonian agama you. I yakin Tuhan you yang menerbitkan keharmonian ini dalam keluarga you. Jadi.. apa salahnya kalau i belajar Islam dengan cara memasuki Islam, right?"

Lebar senyuman Dylan mendengar itu. "Grandpa.. convert to Islam?"

Mr Edward senyum. "Yes i am.. i ada kawan di Malaysia.. dia merupakan ketua pusat tahfiz.. i ada berjumpa dia tadi.. hampir menangis i kerana i dah lama tak berjumpa dia.."

Dylan senyum. "Jadi.. grandpa masuk Islam, dengan bantuan dia?"

Mr Edward senyum. "Betul.. Haji Saqeef menceritakan segalanya tentang Islam pada i.. lama juga kami berbual kisah lama.. dan selepas itu, i terharu dan berminat dengan kisah Nabi-Nabi you zaman dulu..

...i beritahu Haji Saqeef bahawa i nak masuk Islam. Dia menangis teresak-esak tadi.. dia suka bila i masuk ke dalam agamanya.. dan selepas itu, i terus mengucap dua kalimah syahadah.. Haji Saqeef beritahu i bahawa i sudah masuk Islam setelah menyebut itu.."

Dylan senyum. "Alhamdulillah.. can i hug you?" Mr Edward gelak. "Sure.. kenapa takut sangat?" Dylan sengih. Dia mengerling Richard yang sedang memandangnya.

Mr Edward gelak setelah memahami itu. "Nahh.. you're my family.. dia takkan acu pistol pada you."

Dylan senyum. Dia terus memeluk Mr Edward dengan senyuman bahagia. Mr Edward gelak perlahan. Dibalas pelukan cucu menantunya itu.

Dylan senyum lebar. Dia mengucap syukur dalam hatinya.

Alhamdulillah.. semuanya atas kehendakMu ya Allah.. aku bersyukur..

Aku diberikan anak olehMu.. dan isteriku sudah berbaik dengan ibubapanya.. dan dalam masa yang sama, atok mertuaku sudah masuk ke dalam Islam dengan bantuanMu dan hidayahMu..

Alhamdulillah..

Syukur ke hadrat Ilahi..

TBC🤍
Haji Saqeef merupakan bapa kepada Safeeya dalam cerita Magical Of Love.

VOTE AND COMMENT❤️

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now