Sayu hati Eryna mendengar luahan suaminya itu. Dia terus memeluk erat leher sang suami. Dylan membalas pelukan Eryna. Dia terus membenamkan wajahnya ke ceruk leher Eryna lalu mula teresak disitu.

Eryna pula setia membelai rambut tebal sang suami.

"Shhh you overthinking sekarang biy.. takde apa lah.. i sihat. Baby pun sihat. Kita dah buat check up kan? Everthing just fine.."

Dylan mengangguk. "Lepas ni i akan ajak you pergi ke klinik seminggu sekali. I nak buat check up ibu dan anak.. i taknak ada apa-apa masalah kesihatan pada you berdua.. please.. ikut cakap i kali ni."

Eryna senyum. "Baik biy.. i follow you, okay? Jangan menangis lagi.. nanti baby nampak daddy dia menangis macam mana?"

Dylan gelak perlahan. Dipanggung kepala memandang isterinya yang setia senyum padanya.

"Elsa macam mana? Dia suka tak dia bakal jadi kakak?"

Eryna senyum dengan anggukan. Diseka air mata di pipi Dylan.

"Suka.. dia suka sangat.. dari tadi lagi dia asyik bercakap dengan adik dia. I gelak je dengar dia bercakap dengan baby tau? Elsa asyik usap je perut i tadi.."

Dylan senyum mendengarkan. "Good then.. ia bermakna Elsa dah bersedia jadi kakak.. lepas ni, nak proses adik kedua dia, boleh la kan?"

Eryna menjeling manja. Dipukul perlahan dada suaminya itu. Dylan gelak perlahan lalu memeluk erat tubuh Eryna. Kepala dilabuhkan ke dada sang isteri.

"I love so much Eryna.. no.. i mean, i really love you.. ingat pesan i, jaga kesihatan you demi i.. i love you damn much.."

Eryna senyum mendengar bisikan cinta itu. Dylan memeluknya sangat erat ketika ini seumpama menyalurkan rasa sayang padanya.

Tidak pernah lagi Dylan memeluknya erat sehingga tahap ini. Ia bermakna.. Dylan amat takut kehilangannya.

"Okay biy.. i will protect myself and our baby. Don't worry okay?" Eryna membelai rambut sang suami. Dylan mengeluh perlahan lalu mengangguk.

Dicium kejap dada isterinya. "Love you mummy.." Eryna senyum lebar. "I love you too daddy.." Eryna mencium lama kepala sang suami.

Sungguh dia mencintai lelaki ini.. lelaki inilah yang sentiasa bersama dengannya. Lelaki ini juga yang menemaninya saat dia merasai kehilangan dulu..

*:・゚✧*:・゚✧

DYLAN senyum melihat isterinya yang sedang mengajar Elsa melukis di ruang tamu. Dia menutup pintu rumah lalu langkah diatur ke arah kesayangannya itu.

Kusyuk saja Eryna mengajar Elsa ketika ini sehingga langsung tidak sedar bahawa Dylan sudah pulang dari tempat kerja.

Dylan menghampiri mereka berdua lalu berbisik ke telinga mereka.

"I'm home.." tersentak Eryna dan Elsa yang sedang fokus pada kerja mereka tadi. Elsa menoleh ke arah bapanya dengan bibir memuncung.

"Eee daddy.. terkejut i. Ish!" Elsa memukul lengan bapanya. Dylan tergelak. Dicium lama dahi anaknya lalu diusap kepala kecil itu.

Dylan menoleh ke arah Eryna lalu senyum. "Hye sayang.." Dylan mencium lama dahi Eryna. Eryna memejam mata dengan senyuman.

Dylan melepaskan ciuman didahi lalu dikucup sekilas bibir Eryna. Tangan mengusap kepala Eryna.

"I ada bawa balik buah mangga. You tell me that you want mangga right?" Bersinar mata Eryna mendengar itu.

Sememangnya dia ada meminta buah itu pada suaminya sebelum Dylan berangkat ke tempat kerja tadi. Tapi tak sangka pula Dylan terus mendapatkan buah itu secepat ini.

"Really? Nak!" Jerit Eryna lalu memeluk leher suaminya. Dylan gelak perlahan.

"Ya sayang.. sekejap i potongkan mangga untuk you.."

"It's okay i boleh buat sendiri.."

"No.. dah lupa ke janji kita, hm? You duduk je dirumah kalau tiada meeting. Kerja di pejabat tu you bagi Delisha uruskan jika tiada hal mustahak. Bila duduk dirumah, i nak you rehat dan santai seperti sekarang. Jangan mengada buat apa-apa kerja. Faham?"

Eryna memuncung mendengar itu. "I bosan.. takkan la masak pun you tak bagi?"

Dylan menggeleng dengan riak mendatar. "No. Memasak memenatkan. Kemas rumah memenatkan. Kalau you bosan, ambil buku dan baca. Or watching movie? Atau tidur? It's up to you. Tapi buat kerja rumah? It's a big no."

Eryna tersebik. Dia sudah terbiasa aktif kesana ke sini. Pergi ke pejabat, kemaskan biliknya sehingga bersih.. memasak pun ada walaupun sekali sekala.

Tapi sekarang? Suaminya terlalu protective sehingga dia susah untuk bergerak.

Hmm makan pun kena kawal.. semua perkara kena kawal sekarang ni.

Dylan menghela nafas perlahan melihat riak sebik isterinya. Dia menunduk lalu memaut dagu isterinya dan mendongakkan memandangnya.

"I love you Eryna.. you faham kan kenapa i jadi macam ni?" Bisiknya dengan renungan redup. Eryna merenung wajah suaminya. Senyuman tipis ditayangkan lalu dia mengangguk.

"I faham.. i tak terasa pun.." Dylan senyum. Dicium sekilas pipi Eryna. "Come.. tanggalkan tali leher i. You kata you bosan kan? So, just do something like this for me."

Dylan mengambil tangan Eryna lalu diletakkan ke tali lehernya. Eryna senyum. Dirungkaikan tali leher suaminya dengan jemari runcingnya.

Dylan senyum melihat wajah berseri isterinya itu. Kadang-kala tangan naik mengusap wajah isterinya.

Aihh.. seri ibu mengandung ni lain macam! Rasa comel sahaja! Cantik pula tu! Makin lawa!

Geram Dylan dibuatnya..

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now