HANLEA - BAB 22

1.6K 69 5
                                    

Berkilat hitam Mercedes-Maybach GLS600 milik Tan Sri Emran Nor memasuki perkarangan rumah agamnya. Berlari anak Yahya menuju ke arah kereta itu untuk membukakan pintu buat Tuan Besarnya itu.

Keluar lelaki tua itu dari kereta dan terus berlalu masuk ke dalam rumah. Telefon masih melekap di telinga cuba menghubungi seseorang.

Sesekali terdengar rengusan kasar Emran lepaskan. Sudah hampir 2 minggu dia tidak dapat menghubungi Harlina sejak kejadian dia memukul Eleanor di hotel. Harlina seperti mengelak dari dirinya.

Sungguh Harlina telah menambat hati lelakinya yang mendambakan seorang teman hidup. Walau usia sudah menginjak ke 53 tahun, usia yang boleh dikatakan sudah senja, dia tetap berasa sunyi. Tetapi traumanya pada perempuan masih lagi kuat. Dia anggap semua perempuan yang mendekatinya hanya mahukan wang dan pengkhianat. Begitu juga dengan lelaki yang mahu mendekati anak daranya Eleanor. Pasti mahukan sesuatu dari anaknya yang cantik itu.

Lelaki budiman dah pupus. Termasuklah dirinya.

Dibaca kembali segala mesej yang pernah dihantar pada Harlina. Semua telah dibaca oleh wanita itu tetapi tiada balasan. Panggilan dibiar tidak berjawab.

- Harley, answer my call. Or else, I'll
go to your house right now!

Ini sahaja cara terakhir untuk mengugut wanita itu. Dia tahu, Harlina bermati-matian tidak mahu hubungan mereka sampai ke pengetahuan anak sulung wanita itu yang sekarang berumur 17 tahun.

Kelihatan Harlina sedang online dan telah membaca mesejnya.

Bluetick!

Tidak sampai beberapa minit, dapat dia panggilan dari wanita itu setelah sekian lama.

"Emran, please jangan buat kerja gila. Don't come here!" sergah Harlina di hujung talian tanpa hello mahu pun salam.

"I ugut you macam tu, baru you nak call I? I call, mesej you macam orang gila Harley. Satu pun you tak respond! You yang buat I gila!" bentak Emran.

Mundar-mandir dia di hadapan lif rumah, tidak mahu naik ke biliknya lagi.

"Emran, kita stop sampai sini. I tak nak buat dosa lagi. Kalau you sekadar nak suka-suka je dengan I, I tak nak teruskan dah. I malu Emran. Kita bukan muda lagi," pinta Harlina lirih.

"Harley, jangan macam ni... I ada you je," rayu Emran.

"I dah berhenti kerja dekat kelab tu. I nak kerja jauh dari tempat yang dah temukan kita sebelum ni. I nak buang memori kita jauh-jauh Emran. I'm sorry. Tolong hormat keputusan I."

"Wait wait Harley! Give me a solid reason, why you want to leave me? A solid one please."

"I malu Emran. I malu dengan anak you. I malu dengan Cikgu Arif. Dia dah lah cikgu anak I. Tapi dia tahu kisah hitam I. Apa lah pandangan dia pada anak I lepas ni Emran. And, sumpah I nak bertaubat. I tak nak bergelumang dengan dosa. Please lepaskan I. Kalau you nak ganti rugi, I akan kerja and lunaskan semua hutang I dekat you. Segala hadiah dan duit yang you pernah bagi dekat I, I akan ganti. Tapi bagi I masa. I akan ganti!" sayu kedengaran suara Harlina merayu pada Emran.

Sungguh, 2 minggu dia cuba muhasabah dirinya, diperhati wajah kedua-dua anaknya, Umar dan Raiqal. Terasa sebak di hati melihat Umar yang baru 17 tahun sudah menggalas tanggungjawab menggantikan dirinya untuk menjaga Raiqal yang baru berusia 2 tahun.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon