seven

27 1 0
                                    

Tombol ditekan laju. Tangan ditadah untuk menampung air jernih yang mengalir deras melalui paip singki. Muka dibilas berkali-kali. Dua belah tapak tangan berhenti menyentuh permukaan muka ketika merasakan dirinya telah segar sepenuhnya.

Rambut basah ditolak ke belakang. Anak mata itu menatap pantulan dirinya. Hadir semula perbualan dia antara lelaki kelas sebelah tersebut.

"Kau yang tiba-tiba tumbuk aku dulu! Aku tak ada cari fasal dengan kau pun," jerkah Syamil seraya tepi bibir diseka kasar. Zill ketawa penuh sinis. Tak ada cari fasal?

"Kau ingat... aku tak dengar ke apa yang kau fikirkan tentang, Aufa?" air muka Syamil terus berubah.

"A...Aku tak maksudkan hal tu." Tersekat-sekat suara dia. Mata melilau memandang segenap kelasnya. Kini, semua pelajar termasuk dari kelas ke kelas tengah menyaksikan pertandingan yang diberikan nama... "penumbuk kasih sayang sesama manusia."

"Dasar manusia... Kau dah memalukan kaum Adam!" bisik Zill, hanya jelas didengar oleh telinga Syamil. Penumbuk terakhir dilepaskan. Tubuh Syamil terlentang jatuh di atas lantai kelas. Berbunyi tulang rahang.

Bayangan tadi serta merta hilang tatkala kepala Zill tiba-tiba berdenyut-denyut.
Rasa pening teramat. Kaki terhuyung-hayang berjalan keluar dari tandas. Aufa yang sedang duduk di tangga terus berdiri.

"Weh, hidung kau berdarah!" mendengar tutur kata Aufa, cepat-cepat Zill meletakkan tangannya di bawah hidung seraya menundukkan kepala ke hadapan.

Jejaka itu terlupa sebentar bahawa batang hidungnya ditumbuk-tumbuk seperti menumbuk bawang merah sewaktu bergaduh dengan lelaki kelas sebelah tersebut.

"Kau masuk balik tandas!" arah Aufa, panik melihat Zill tidak berganjak langsung daripada tempatnya.

.....

Baru sahaja kapas telah dibubuh dengan cecair kuning hendak mendarat di pipi tulang laju ditepis Zill. Sebagai balasan, Aufa menampar peha lelaki itu menggunakan papan besi. Sekali lagi Zill menjerit besar.

Kaki dia tidak sengaja tertendang kerusi roda yang diduduki oleh Aufa. Cepat-cepat Zill menarik kerusi roda itu menghadap dirinya yang duduk di atas katil pesakit. Tidak terlalu dekat. Satu depa. Masih ada batas!

Mata mereka bertemu sekilas sebelum Zill menundukkan kepala terlebih dahulu. Tangan sendiri yang gatal melakukan tindakan tersebut, ditampar manakala Jururawat di sebalik tirai putih berdiri tidak jauh hanya memerhati gelagat mereka berdua. Ha maksiat, maksiat!

Gadis itu buat-buat batuk. Sakit tekak pula. Lantas segelas air putih dicapai lalu diminum sehingga tinggal separuh. Sang pemerhati tergamam. Air aku tu!

"Duduk diam, diam." Suara ditekankan.

Bibir jejaka itu termuncung ke hadapan. Peha kiri digosok-gosok. Perit di bahagian situ.
Ish, garangnya. Terseksa bakal suami kau nanti eh.

Zill berdehem sejenak. "Tak payah. Aku boleh buat sendiri." Automatik Aufa melemparkan jelingan maut terus terkunci mulut Zill. Tahu takut. Tepislah aku lagi.

Sekilas wajah kecil Aufa dilihat, kawasan dahi dan hidung Aufa berpeluh. Zill senyap-senyap menggerakkan jari ke kanan untuk menekan butang kipas nombor dua terletak di atas meja di sebelah mereka berdua. Sekali lagi tangan menarik kipas itu supaya angin terkena ke arah gadis itu.

Aufa tidak sadar langsung kerana sedang menyelongkar sesuatu dalam beg sekolah biru laut. Zip beg ditutup semula setelah menjumpai benda yang ingin dicari.

Plaster.

Segera diletakkan di atas tapak tangan besar zill. Wajah Aufa dipandang hairan. Kening Aufa terangkat sebelah seolah-olah mengatakan "kenapa?"

"Terima kasih." Ucapnya, tulus. Terkelip-kelip mata besar Aufa. Dah kenapa?

Zill menggeleng kepala melihat reaksi gadis itu. Dia tertunduk, jari panjangnya terkial-kial membuka lipatan plaster itu. Kenapa susah sangat nak buka? Licin betul kertas!

Tiba-tiba Aufa terus merampas dan dengan mudah membuka plastik plaster itu. Selepas itu diserahkan semula pada jejaka itu. Memang taklah dia nak tolong lekatkan plaster  itu ditengah-tengah batang hidungnya. Dibuatnya jantung dia lari turun ke lutut macam mana?

"Sembuhkanlah hidung dia, sembuhkanlah. Kalau tidak nanti wajah dia nampak hodoh kalau hidung dia senget sebelah." Dah macam baca mantra pula. Berdekah Zill ketawa dekat situ. Pandai juga gadis ini buat lawak spontan.
Lagi terkejut, Aufa tersenyum nipis walaupun hanya sekali lalu sahaja.

-To be continued-

Maaf, lambat.

Mischief MakerWhere stories live. Discover now