five

27 3 0
                                    

Lepas sahaja bayangan lelaki itu menghilang, pantas masing-masing mengheret kerusi dan berkumpul dekat satu meja yang sama . Semua pelajar lelaki membentuk bulatan besar. Pelajar perempuan malas sertai kumpulan mereka. Lebih suka sambung tidur siang sahaja di belakang kelas. Siap bawa keluar tilam, selimut dan bantal gebu lagi dari almari kelas.

"Zill yang tiba-tiba tumbuk pelajar kelas sebelah tanpa sebab sampai pecah bibir dia." Pelajar lelaki pertama memulakan topik perbualan yang baru sahaja tercetus. Pelajar baru dah pandai buat masalah. Cari gaduh dengan geng sebelah pula tu. Dia ada tersalah makan ubat ke apa masa rehat tadi?

"Aku tak pasti Zill omel pasal apa tapi aku rasa bukan salah dia. Zill bukan sama perangai macam kelas sebelah tu." Sambung pelajar kedua, yang duduk belakang Zill. Dia percaya bahawa Zill tidak bersalah dalam kes ini!

Nasib baiklah kawan sekelas Aufa pandai tutup mulut semua mata-mata saksi dekat luar kelas sebelum sampai di telinga pengetua atau cikgu disiplin. Pakai cara apa? Adalah.

Biarlah antara kelas mereka dan kelas sebelah sahaja yang mengetahui rahsia ini. Tidak perlu libatkan orang dewasa.

"Apa yang kelas sebelah buat sampai Zill marah macam tu sekali? Seram gila tengok muka dia." Pelajar ketiga agak trauma selepas menyaksikan riak muka kawan sekelasnya. Mata Zill seolah-olah berapi. Ketat satu mukanya. Merah padam muka lelaki itu saat melayangkan penumbuk sebanyak 3 kali pada pipi mangsa tersebut.

Mujur tiada kecederaan serius yang berlaku.
Zill tidak pula meronta-ronta supaya dilepaskan dari pegangan kawan-kawan sekelas dia. Termengah-mengah nafas dia, mengawal amarah yang membuak-buak.

"Aku dengar hidung Zill kena tumbuk sampai patah!"

Baru seorang lagi ingin mencelah namun mulut kekal ditutup tatkala menangkap bunyi barang jatuh. Semua memandang Aufa yang sudah terpacak di hadapan pintu kelas bertingkap yang masih tertutup. Aufa menarik tangan semula yang mahu menolak pintu itu ketepi. Tidak jadi nak masuk kelas sebaliknua mengambil langkah pecut, ingin mencari susuk lelaki tersebut.

Pelajar perempuan sekelas dia yang terjaga dari tidur lena memandang jauh bekas makanan yang tidak sengaja jatuh dari tangan Aufa. Habis terburai semua sisa baki nasi dan lauk-pauk.

...

Aufa menghembus nafas lelah. Dia melabuhkan punggung pada anak tangga paling atas. Ke mana perginya lelaki tu? Aufa berada di tangga tandas lelaki. Kata orang dalam. Dia tak ada dekat sini. Aufa berdiri semula.

"Ka...lau aku jadi dia. Waktu aku tengah sedih dan ingin bersendirian, aku akan pergi ke tempat mana sekarang?" jari dipetik tiba-tiba menandakan dia akhirnya dapat meneka lelaki itu berada di mana sekarang. Aufa menyambung perjalanannya.

Kalau tekaan aku tepat, akan aku berhenti ponteng kelas!

Gadis itu tiba di hadapan pintu kelas lama yang pernah dijejaki Aufa dahulu. Tak adalah lama sangat, baru je sebulan yang lalu. Lagipun tempat inilah kali pertama mereka berdua berjumpa!

Aufa tersenyum lebar lantas daun pintu ditarik.

...

Kepala Zill tertunduk ke bawah. Memandang lantai yang sudah berpasir. Dua belah bahunya turut berada di atas lututnya membuatkan riak wajah dia tidak kelihatan.
Duduk dalam keadaan kelas yang suram. Namun tubuhnya terhinjut tatkala matanya dijemput oleh satu garisan cahaya lurus yang bersinar terang dan serentak muncul figura seorang gadis.

Laju Aufa mendekati Zill namun cepat-cepat Aufa menghentikan langkahnya. Dia berdiri sedikit jauh. Hampir terlupa tentang ikhtilat. Astaghfirullahalzim. Terlalu teruja kerana berjaya menjumpai di mana Zill bersembunyi.

Tak sia-sia aku ada bakat cari dan menyorok kan?

Pintu kelas dibiar terbuka luas. Tidak mahu mengambil risiko jika ada orang melihat mereka berdua-dua di situ. Sempat Aufa menolak kesemua kerusi kayu yang menghalang cahaya masuk ke dalam ruang kelas ini. Aufa berpusing belakang dan pada masa yang sama, Zill mengangkat mukanya sekejap sebelum berpaling ke arah lain. Ternaik dua-dua belah kening lurus Aufa.

"Eh, kau nangis?" Aufa menunduk kan sedikit tubuhnya. Kepala dah bergerak ke kanan sikit. Menatap wajah jejaka itu yang penuh dengan banjir air mata.

"Aku..." Makin deras air mata dia. Kepala terdongak ke belakang. Dahi Zill bertemu dengan dinding kelas di belakangnya. Terundur Aufa setapak ke belakang. Terkejut. lelaki itu menjerit sekuat hati secara tiba-tiba.

"Aku tak pernah lagi belasah anak orang! Kalau muka dia hancur macam mana? Macam mana kalau atok tahu aku buat masalah dekat sekolah? Macam mana kalau mak ayah dia nak saman? First time tahu tak? First time!"

Habis keluar semua air mata jantan dia. Terkesima Aufa sesaat. Tak pelik kalau dia boleh jadi macam ni sebab dia pun manusia. Ada perasaan bersalah dan kecewa.

Tergeleng-geleng kepala Aufa.

"Dah-dah. Lap air mata kau tu, kau nangis depan aku tak apa tapi jangan sampai orang lain nampak. Nanti habis muka kau masuk berita sekolah. Tajuk depan surat khabar seorang pelajar lelaki menangis tersedu-sedan selepas belasah salah satu pelajar kelas sebelah. Nak?" maaf. Aku tak pandai nak pujuk orang.

Zill serta merta berhenti mengaung.
"Tak nak!" nada suara dia sungguh persis seperti kanak-kanak riang. Alahai.

"Dah jom keluar. Kau pergi tandas dulu. Cuci muka kau," selamba tolong memakaikan cermin mata hitam dan memberikan sekali topeng mulut. Gila ke nak tolong pakaikan?

Baju belakang Aufa ditarik Zill, perlahan. Langkah kaki terhenti. Lama-lama besar sebelah juga baju aku ni.

"Ya?" jari telunjuk kiri dan jari telunjuk kanan saling bertemu. Zill bermain-main dengan jari sendiri. Berkerut dahi Aufa. Dia nak apa?

"Erm...boleh tak temankan aku?"

"Aku tunggu dekat luar." Pintu yang sudah terbelah dua dipijak Aufa seraya menendang ke tepi. Menghalang mereka nak lalu dekat situ. Aufa melihat ke belakang sekilas.
Jangan-jangan dia salah satu pelajar taekwondo.

-To be continued-

Mischief MakerWhere stories live. Discover now