four

17 4 0
                                    

Kepala disengetkan. Buku lima menahan pipinya daripada hilang keseimbangan. Aufa menghela nafas berat. Berat lagi dugaan dia kena hadap kehadiran seorang pelajar baharu mula masuk campur dalam hidupnya. Mesti dia ada niat jahat. Tengok muka dia pun dah tahu.

Aku tak suka dia sebab dialah suka rosakkan plan aku nak ponteng kelas. Semua tempat aku sorok semua dia dapat kesan! Jangan-jangan lelaki tu ada pasang cctv mini dekat mana-mana kawasan sekolah. Manalah tahu pengetua satu kepala dengan dia. Sama-sama nak membasmi aku supaya dapat keluarkan dari sekolah ini terus!

Sosej yang masih berwap-wap itu ditiup-tiup dahulu sebelum digigit kasar. Melepaskan kemarahannya. Aufa menjerit sekuat hati. Tidak memperdulikan semua pelajar di situ yang mahu beredar secepat mungkin. Aufa tidak pernah kisah langsung kalau tiada siapa tak nak berkawan dengannya sebab dia sendiri tahu bahawa...

Tiada seorang pun akan tahan dengan perangainya.

"Jangan tunjuk perangai bodoh kau dekat depan akulah. Kau pergi mati sana!"

Tiada seorang pun percayakan semua kata-kata dia.

"Cuba kau cakap dekat aku. Kenapa aku perlu percaya kata-kata dari seorang munafik!"

Dan...tiada satu pun manusia sudi jadi kawan kepada gadis bernama Aufa Delisha.

"Maaf. Aku tak berkawan dengan manusia yang tidak pandai jaga rahsia kawan baik sendiri."

Semua tuduhan mereka, dusta belaka. Aufa pula hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Bukan apa, Aufa cuba nak beritahu hal sebenar namun merekalah yang tidak mahu percaya. Mereka hanya bulat-bulat percaya terus apa-apa cerita palsu tentang Aufa. Contohnya macam sekarang. Tiada langsung perubahan.

Anak mata tergerak-gerak ke kiri dan ke kanan. Tanpa sengaja, pemerhatian Aufa terakam satu figura sedang menjinjing buku bertingkat-tingkat. Semua buku itu diikat dengan seutas tali merah. Pegangan pada tali tersebut dikuatkan. Sesekali, Zill tersenyum ringkas. Merendah hati saat cikgu memujinya kerana selalu dapat markah hampir sempurna untuk semua mata pelajaran. Aufa yang melihat itu, langsung menarik muka. Masih menaruh perasaan benci kepada jejaka itu.

Aku tak tahu apa masalah dia dengan aku sebenarnya. Ada aku curi seluar dalam kegemaran dia warna dark blue ke?

"Ish, Geram nya aku," sosej digigit berkali sampai tergigit jari dia sendiri. "Jari aku!"

"Tengok mischief maker tu, patutlah tak ada siapa suka dia." Pantas Aufa menghadiahkan renungan tajam buat satu suara yang menyapa gegendang telinganya.

"Eh, kau kat sana diam! aku tampar kau pakai sosej ni kang," belum sempat Aufa hendak bangkit, pelajar perempuan itu sudah awal-awal angkat kaki dahulu. Bibir Aufa dikemam, sikit lagi nak ketawa lepas. Sebenarnya Aufa berdiri sekejap sebab nak cuci tangan dia sahaja. Takut sungguh wajah pelajar tadi.

Husna berdecit. Dia melabuhkan punggung di sebelah kawan rapatnya, Haura.
"Kau tak pelik ke? asal senang pula lelaki kacak tu jumpa Aufa haritu? Kalau kita yang cari, alamatnya tunggu kita habis sekolah dia masih tak jumpa-jumpa!" Sindir Husna.

Husna dikenali sebagai pelajar yang suka sebarkan khabar angin. Tidak tahu sama ada betul ataupun dibuat-buat. Ramai sudah pelajar menjadi bahan lawak dia.

Haura yang tengah menyuap mee goreng itu cepat-cepat mengunyah dan menelannya. Manakala Hana yang turut berada di situ, elok sahaja menyedut susu kotak coklat itu menggunakan straw. Takdir nama depan dia orang bertiga sama huruf. Namun keperibadian Hana terbalik dengan kawan-kawannya. Tidak berminat bercakap buruk tentang orang lain. Lagi-lagi kawan sekelas.

"Alaa tak kan tak tahu, mesti ada sesuatu dia orang buat bukan-bukan sebelum balik kelas semula." Kedua-dua gadis itu tertawa kuat persis ketawa syaitan. Sengaja mereka berdua menguatkan suara supaya berbualan mereke didengari Aufa. Tangan Aufa sudah lama dikepal erat. Timbul urat-urat di lengan.

Secara tiba-tiba satu kerusi mendarat di tengah-tengah mereka berdua. Terus hilang wajah mengejek mereka. Masing-masing telan air liur. Mereka berdua terciduk dan laju menoleh ke arah pelakunya. Hana dah lama bersembunyi di sebalik tiang kantin. Tercampak kotak susu dia akibat terlalu terkejut.

"Aku nampak sekali lagi kau orang buka mulut, aku tak teragak-agak nak baling meja ini atau lebih teruk dari itu," tegas Aufa bersuara namun masih dalam nada rendah.

"Kau orang nak mengumpat pasal aku tak apa. Lagipun aku tak pernah kisah tapi jangan pernah libatkan dia," tatkala perkataan dia disebut, automatik bebola mata Aufa diputar sekali.

Kepala Hana tergeleng-geleng bersama tawa kecil.  "Ciri-ciri perempuan sudah jatuh cinta ya?" gumam Hana. Wah, menarik ni!

"D...Dasar minah gila!" tengking gadis berkain banjir itu. Berjalan keluar dari kawasan kantin menuju ke tandas. Haura mengikut langkah kaki kawan dia yang dihentak-hentak atas lantai sekolah.  Lubang lantai tu, kau baiki!

Bibir Aufa menjuih ke depan. "Ugut sikit, kecut perut." Hana berhenti melangkah, tubuh berpusing. Pandangan Aufa dan Hana bersatu. Tangan Hana naik melambai-lambai sambil tersenyum kelat lalu mengejar langkah kawan-kawannya yang sudah semakin jauh ke hadapan. Aufa tidak membalas, hanya menggaru kepala dia yang tiba-tiba gatal.
Dah kenapa?

-To be continued-

Mischief MakerWhere stories live. Discover now