eight

33 2 0
                                    

Berkerut muka menahan kesakitan yang dirasai. Perut ditekan-tekan lebih kuat. Perit. Ibarat perutnya dicucuk pisau bertubi-bertubi. Aduh, dalam banyak-banyak kelab, kelab persatuan bahasa ini jugalah kau nak datang. Kenapa tak datang waktu cuti semalam sahaja?

Kalendar kelas dilihat sekilas. Sedar-sedar sahaja hari ini ialah tahun terakhir mereka bersekolah di sini. Tidak akan ku rindu kalian semua kecuali cikgu yang sudi terima baik buruk aku. Hastag, main game puas-puas lepas terima sijil sekolah. Aufa menyembunyikan gelak tawa jahatnya. Takut pula ada orang nampak dan salah faham. Walaupun tiada  guna pun sembunyi nanti semua pandang buruk juga.

Dengan badan membongkok ke hadapan, kaki digagahkan jua mendekati salah satu cikgu kelab tersebut. Para cikgu sedang membandingkan idea siapa yang paling sesuai dijadikan topik utama untuk perjumpaan kelab persatuan terakhir mereka petang ini.

"Cik...gu, izin kan saya pergi ke bilik kesihatan. Boleh?"

"Boleh tapi seseorang kena bawa awaklah senang nak tahu awak nak pergi ponteng ke pergi bilik kesihatan." Jelas cikgu. Bukan bermaksud cikgu tidak mempercayai Aufa  namun untuk langkah berjaga-jaga. Macamlah beliau tidak tahu apa yang pelajar lain lakukan kepada Aufa ketika mereka tiada di bawah pengawasan dia. Dengar sahaja arahan cikgu itu. Serentak dua tangan pelajar lelaki diangkat tinggi ke udara.

"Saya boleh..." tidak sempat berdiri dari tempatnya, satu suara lain menyapa gegendang telinga cikgu. Lantas cikgu berpaling ke kanan.

"...Saya boleh, cikgu!" Sampuk Zill terlebih dahulu. Senyap-senyap lidah dijelir ke arah Syamil yang sudah cemberut ketika cikgu memandang Aufa semula.

Cikgu menghela nafas panjang. Lelah.

"Pelajar perempuan yang lain tak wujud ke?" Sengaja cikgu mengajukan soalan seperti itu. Ingat tak perasan ke bagaimana pandangan mereka terhadap Aufa dari tadi. Pandangan membosankan.

"Tak laratlah cikgu. Lagipun bilik kesihatan tu bapak jauh. Dah macam nak bagi kita orang merentas desa je." Alasan tidak masuk akal. Sebelum ini rajin je keluar masuk tandas walhal bersebelahan bilik kesihatan juga. Nampak sangat benci berjalan bersama Aufa. Tergeleng-geleng kepala cikgu dibuatnya.

"Hmm, tak apalah kalau semua dah cakap macam tu." Acuh tak acuh cikgu melayan karenah pelajar-pelajarnya.

"Kamu berdua sila pergi cepat dan balik cepat ya. Jangan lama sangat berdua-duaan. Tak elok dipandang orang." kepala anak murid lelaki akur pesanan beliau manakala anak murid perempuan mengangguk dalam diam.

Kaki yang terhinjut-hinjut setia mara ke hadapan walaupun agak susah, meninggalkan jejaka itu di belakang.

"Nak aku tolong tak?" Mata Aufa mengecil. Tolong apa? Tolong papah aku?

"Tak payah. Perut aku yang sakit bukan kaki." Tolak Aufa, kasar macam biasa. Alaa aku nak minta tolong bawakan beg dia je. Dia fikir aku nak tolong apa tadi? Keluh hati Zill.

"Yelah, aku jalan dulu. Kau tolong follow aku dari belakang." Zill mengalah. Tidak mahu mencetuskan kemarahan gadis itu lagi.

...

"Aku peliklah." Akhirnya kedengaran suara milik gadis itu setelah lama mendiamkan diri.
Banyak persoalan mengelirukan bermain di fikiran Aufa. Cara Zill memandang diri dia selama ini. Contohnya situasi sekarang.

"Apa yang pelik? Boleh aku tahu?" Lembut Zill menegur dari jauh. Saat Zill menoleh Aufa, mata gadis itu kekal menunduk ke bawah. Memandang tali kasut yang sudah terjuntai.

"Bukan kau benci aku ke?" Berkerut habis kening Aufa.

Zill menapak laju ke arah Aufa, berjalan keluar dari bilik kesihatan bersama ubat sakit perut di tangan kiri dan botol mineral. Baru nak mengambil tempat di sebelah, terus sebelah kaki melutut ke lantai. "Siapa cakap aku bencikan kau? Mana ada."

Tali kasut kiri kanan. diambil lalu disatukan bersama. Mula mengikat tali kasut Aufa. Sepi seketika sebelum Aufa menyambung ayat dia tiba-tiba tergantung kerana dia agak terperanjat melihat kelakuan lelaki ini.

Sakit jantung kita!

Nyaris-nyaris dia nak lari masuk bilik kesihatan. Manalah tahu ada ubat khas untuk Zill. Ajal nak datang awal ke? baik semacam je ni.

"Dah selama ni kau kacau dan cari aku di merata-rata tempat tu apa?" Selesai mengikat tali kasut lalu Zill bergegas bangun dan menjauhkan jarak mereka berdua.

"Aku nak berkawan dengan kau, tak kan tak boleh?" Terhenti sekejap dua belah ibu jari yang ingin mengeluarkan ubat tersebut. Anak mata Zill mengintai wajah tegang Aufa sekilas.

"Aku minta maaf," tubuh berbalik. Membelakangkan Aufa yang sedang menelan ubat bersama air dalam mulut.

"Kenapa kau minta maaf?" Sisa air di tepi bibir dilap lembut. Baru nak meneguk sebotol lagi.

"Aku baru tahu alasan kau selalu ponteng kelas." Aufa terbatuk kuat. Perlahan-lahan Zill berbalik semula melihat mata gadis itu sudah berkaca-kaca. Hilang terus wajah ketat tadi. Botol mineral dipegang, jatuh dari tempat asalnya.

-To be continued-

Mischief Maker✔️Where stories live. Discover now