SPECIAL CHAPTER 1

Start from the beginning
                                    

"Okey cintaku." jawab Zakery lembut. Dia memutarkan lagu slow jazz di tv yang terletak dibilik mereka. Dia meletakkan cawan diatas meja lalu menghulurkan tangannya kearah sang isteri. Dia ingin meredakan kegelisahan hati Ayra berkenaan anak-anaknya itu.

Ayra tersenyum melihat keletah Zakery yang cuba mengambil hatinya. Dia juga turut meletakkan minumannya diatas meja lalu huluran itu disahut. Pinggangnya dirangkul dan langkah mereka mula seirama. Perlahan dan mendayu tariannya sekaligus menghanyutkan perasaan mereka dan mula mengimbau kembali kenangan cinta yang telah bersemi selama 19 tahun. Usia perkahwinan mereka langsung tidak terasa kerana hari-harinya sentiasa disulam cinta.

**********

GAUN labuh berwarna merah jambu disarungkan ketubuhnya. Wajahnya yang putih susu menonjolkan lagi auranya. Wajahnya tidak perlu ditatarias dengan makeup yang tebal krana kecantikkan aslinya sudah menampakkan wajahnya yang cantik. Lipmatte berwarna merah jambu dioleskan dibibir munggilnya. Tudung dikemaskan agar penampilannya rapi.

Dania Mikayla menghela nafasnya perlahan. Jantungnya berdebar untuk pernampilan pertamanya setelah sekian lama dia mengasingkan diri sendirian. Sejak di sekolah rendah, Dania sering mendapat tumpuan orang sekelilingnya disebabkan wajahnya yang cantik dan statusnya sebagai anak orang yang berpengaruh. Kadang-kala wartawan sering menganggu privasinya. Oleh kerana umurnya yang masih muda, dia tidak dapat menerima tekanan itu dan berasa rimas dengan perhatian yang diberi. Dia mula meminta kedua orang tuanya agar memberikan dia pembelajaran dirumah dan membayar guru peribadi untuk mengajarnya dalam akademik.

Kini, usianya telah mencecah 18 tahun, sudah tiba masa bagi dirinya untuk menapak satu lagi langkah ke hadapan. Dia perlu tampil ke dunia luar untuk menempuh alam universiti pula. Jika bukan sekarang, bila lagi?

TUK! TUK!

"Dania, waktu majlis nak start dah ni." suara Ayra diluar pintu kedengaran.

"Okey mama. I'm coming!" sahut Dania lalu melangkah laju kearah pintu. Dengan debaran yang dirasai, dia memulakan langkah itu dengan bismillah.

SUDAH hampir satu jam majlis itu berjalan. Tetamu yang dijemput adalah rakan-rakan terdekat dan pekerja-pekerja Berkat Holding sahaja bagi meraikan ulangtahun pasangan kembar itu yang ke 18 tahun. Wartawan sudah dihalang dari mula untuk memberikan ruang yang selesa buat Dania yang tidak suka akan kehidupan glamour ayahnya sebagai ahli koporat yang berpengaruh dan terkenal diseluruh negara.

"Setelah acara potong kek dan jamuan makan sebentar tadi, kini tibalah masanya untuk kita saksikan kejutan khas yang akan ditujukan buat Dato Zakery Adam dan Datin Ayra Maisarah." ucap pengacara majlis yang disambut dengan tepukan. Ayra sedikit bingung, ini majlis anaknya, mengapa kejutan itu ditujukan untuknya.

Suasana dewan itu menjadi senyap tatkala lampu dimalapkan. Hanya beberapa sportlight sahaja yang terpasang untuk beberapa sudut. Salah satu sportlight itu pula mula tertumpu pada individu yang muncul dari belakang pentas sekaligus memeranjatkan pasangan dua sejoli itu. Dahinya berkerut kehairanan, Dania Mikayla tampil diatas pentas? Dihadapan ramai orang?

Jantung Dania berdegup kencang. Walapun sudah beberapa kali dia berlatih dengan guru peribadinya, dia masih gugup. Mikrofon diatas pentas itu dicapai. Wajah nya dipaksakan senyum.

"Hi everyone. First of all, I would like to thank you for coming to our birthday celebration. And the reason why I'm here is to give a special gift for my beloved parents. Selalunya, birthday girl dapat hadiah kan but this time Dania yang nak bagi hadiah untuk papa dan mama." ucap Dania sambil matanya tertumpu pada Ayra dan Zakery.

"Today, Dania akan hadiah sebuah lagu khas untuk menggambarkan perasaan Dania yang sebenar buat mereka. Dan Dania nak satu dunia tahu, I proud to be their daughter. Mama papa, dengar baik-baik tau bait-bait lagu ni." ucap Dania lagi lalu melangkah menuju kearah piano yang sudah diletakkan diatas pentas dari awal.

"Saya persembahkan lagu nyanyian dari Jax, Like My Father." usai Dania berkata-kata, jari jemarinya mula menari-nari memainkan irama merdu yang terhasil dari piano itu. Nyanyian merdunya mula kedengarna menyanyikan bait-bait lagu itu dengan penuh perasaan. Sesekali matanya melirik kearah kedua-dua orang tuanya.

I wanna come home to roses
And dirty little notes on Post-its
And when my hair starts turning gray
He'll say I'm like a fine wine, better with age
I guess I learned it from my parents
That true love starts with friendship
A kiss on the forehead, a date night
Fake an apology after a fight

I need a man who's patient and kind
Gets out of the car and holds the door
I wanna slow dance in the living room like
We're 18 at senior prom and grow
Old with someone who makes me feel young
I need a man who loves me like
My father loves my mom

And if he lives up to my father
Maybe he could teach our daughter
What it takes to love a queen
She should know she's royalty

I need a man who's patient and kind
Gets out of the car and holds the door
I wanna slow dance in the living room like
We're 18 at senior prom and grow
Old with someone who makes me feel young

I need a man who loves me like
My father loves my mom

TEPUKAN gemuruh mula meriuhkan suasana tatkala nyanyian itu berakhir. Ketika itu, Ayra dan Zakery mula mendapat perhatian saat pasangan itu menghampiri ruang pentas. Dania menuruni anak tangga itu berhati-hati lalu meluru laju kedalam pelukan ibunya. Air mata Ayra mula membasahi pipi. Dia tidak dapat menahan sebak tatkala lagu itu dimainkan. Danish yang berada disamping kembarnya di bawah pentas turut menghampiri ayahnya lalu mendakap tubuh orang tuanya itu. Suasana hiba mula terasa. Para tetamu yang hadir juga turut mengalirkan air mata terharu melihat keakraban ahli keluarga mereka.

Dari kejauhan, sepasang mata itu merenung tajam kearah gadis kecil itu. Senyuman mula terukir di hujung bibir. Untuk kedua kalinya, jantungnya mula berdetak ikut menari bersama. Pertemuan kembali setelah sekian lama tidak bertemu telah membuka satu lembaran baru dalam kamus hidupnya.

Dia memanggil seorang pelayan lalu memberikan segulung kertas kecil yang berisi nota untuk disampaikan kepada gadis itu. Ya, jatuh cinta pandang pertama beberapa tahun yang lepas membuatkan dirinya setia menanti sendirian. Tahun demi tahun dinantikan sehinggalah hari ini dia dipertemukan kembali dengan gadis itu.

SEDANG Dania ralit menikmati juadahnya selepas persembahannya sebentar tadi, tiba-tiba seorang pelayan menghampirinya lalu memberikan gulungan kertas itu kepadanya. Apabila ditanya siapakah pengirim itu, pelayan itu sendiri tidak mengecam siapa yang memintanya untuk menyampaikan. Namun, tanpa ia ketahui, pelayan itu sudah diingatkan agar merahsiakan identiti lelaki itu.

Dania menoleh kekiri dan kekanan, tiada sesiapa yang sedang melihatnya dan mencurigakan gelagatnya. Malah para tetamu sedang asyik menikmati persembahan nyanyian daripada beberapa orang artis di atas pentas. Ibu bapanya pula sedang sibuk melayani tetamu yang hadir.

Dia membuka gulungan kertas itu perlahan-lahan. Bait-bait kata itu dibaca satu per satu. Sepertinya dia tahu siapa pengirimnya, senyuman kecil mula terukir dihujung bibir..

"You voice is a gem. And I'm truly impressed. Hope will meet you soon princess" - your fans

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now