BAB 26 - ENDLESS HAPPINESS

Start from the beginning
                                    

"Daniel Mikail, terima kasih kerana pernah hadir dan mengajar aku untuk bercinta. Dari kamu lah membawa pertemuan kami berdua sehinggalah terciptanya kasih dan sayang yang tak terhingga. Akan ku pegang erat janji itu untuk sentiasa membahagiakan Zakery. Kasihmu kepadanya begitu besar sehingga nyawa ditukar sebagai gantinya. Cintamu juga besar untuknya dari kasihku sehingga tidak dapat aku tandingi sampai bila-bila. Daniel, your little angle sekarang sudah hampir memasuki usia tiga tahun. Jika kamu masih ada, sudah tentu kamu akan menjadi seorang abang yang menjadi tempat untuk mereka bermanja. Percayalah, mereka akan sentiasa kenangkan mu sampai bila-bila. Semoga kamu tenang buat selama-lamanya, Daniel Mikail" - Ayra Maisarah

**********

ANGIN bertiup sepoi-sepoi bahasa, ombak bergelora menghempas pantai pabila tiba. Ayra memejamkan matanya dan menikmati udara yang nyaman. Sudah lama dia tidak berehat santai seperti ini.

Malam ini adalah malam ulangtahun perkahwinannya yang ke lima tahun. Untuk mencapai angka lima yang pertama, pelbagai dugaan yang menguji kekuatan cinta mereka. Disebabkan mereka kurang masa bersama kebelakangan ini, Zakery mengajaknya untuk berbulan madu di Pulau Perhentian, Terengganu. Mujur Alisa menawarkan dirinya untuk menjaga pasangan kembarnya itu. Dapatlah Alisa dan suami menumpang kasih kerana masih belum diberikan zuriat setelah berkahwin selama tiga tahun.

"Sayang, termenung apa tu?" sapa Zakery memecah suasana. Pinggang Ayra dirangkul dari belakang.

"Ayra tengah menikmati angin malam. Teringat pula kat Dania dengan Danish." ujar Ayra. Dia merindui keletah anak-anaknya.

"Abang pun rindu juga anak-anak. Tapi sekarang kan kita tengah honeymoon, why not kita fokus tentang kita. Sayang taknak ke bagi dorang adik baru." Zakery mula menggodanya. Kepalanya dilentokkan ke bahu Ayra.

Inilah Zakery Adam yang dikenalinya. Sudah lima tahu berkahwin, sikap Zakery masih sama. Gatalnya juga tetap sama dari dulu sampai lah sekarang.

"Huarghhh, mengantuk pula malam ni." Ayra berpura-pura menguap. Sengaja dia ingin mengenakan lelaki itu.

"Sayangggg.. Hari lain nak mengantuk takpe but not tonight ya. Malam ni our anniversary tau." kini giliran Zakery pula pura-pura merajuk. Ayra memusingkan badannya agar berhadapan dengan lelaki itu. Tangannya dipeluk ke tengkuk Zakery.

"Abang, terima kasih kerana sabar melayani sikap Ayra yang sentiasa berubah moodnya. Terima kasih sebab abang layan je kerenah Ayra dari dulu sampai sekarang. Abang tak pernah sekalipun merungut sepanjang kita kahwin. Ayra nak berada disisi abang hingga ke akhir hayat. Bukan harta atau rupa yang membuatkan Ayra setia, tapi cinta abang yang membuatkan Ayra bahagia disisi abang." ucap Ayra tulus. Zakery tersenyum lalu menguncup ubun-ubun isterinya.

"Abang pun nak ucapkan terima kasih pada Ayra kerana sudi melahirkan anak-anak abang yang comel tu. Terima kasih sayang sebab terima abang yang dah tua ni sebagai suami." mendengar kata-kata Zakery, Ayra mencubitnya manja.

"Aduhhhh. Kenapa cubit abang?"

"Eeee, kan dah cakap jangan sebut tua-tua tu. Abang sentiasa muda dimata Ayra. Tengoklah, uban pun segan nak naik kat rambut abang tau." bibir Ayra sengaja mencebir. Dulu dia sering mengejek lelaki itu orang tua. Tetapi lama kelamaan, dia tidak suka pula gelaran yang pernah diberinya dulu. Baginya, Zakery masih muda dan akan tua bersama-samanya nanti.

"Then, bolehlah kita tambah sorang lagi kan?" Zakery mula menduga. Ketika itu, wajah Ayra mula merona kemerahan. Dah lima tahu bergelar isteri kepada Zakery Adam, dia masih segan apabila lelaki itu mengusik dirinya. Debaran yang dirasakan masih tidak berubah dari malam pertama mereka bersama. Argh! Dengan lelaki itu, dia sememangnya kalah!

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now