𝗕𝗔𝗕 50

227 11 17
                                    

Keesokkan harinya.

Jam 6 pagi.

RING RING !!

Naqib terkejut dari lenanya apabila terdengar alarm yang dipasang itu berbunyi. Dia terus bergegas bangun untuk pergi membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum menunaikan solat subuh secara berjemaah.

" Nanti lepas sarapan tok dengan wan balik dulu ya. Esok tok dengan wan datang lagi. " Kata Haji Nik Ismail.

" Eh tak payah susah la tok , wan. Naqib boleh uruskan Hana sendiri. Bukan apa , naqi cuma takut tok dengan wan penat. Kalau tok duduk dekat rumah arwah mama papa , takdelah penat sangat. Sebab tak buat banyak kerja kan. " Jawab Naqib menggeleng.

" Betul ke ni nak uruskan Hana sorang sorang je ? " Tanya Hajah Nik Fatihah.

" Ye betul wan. " Naqib menangguk.

" Tapi , kalau wan tak percaya. Naqib boleh minta tolong umi baba. " Kata Naqib.

" Haih yelah kalau macam tu. " Kata Haji Nik Ismail dan Hajah Nik Fatihah menangguk.

" Tok dengan wan balik dengan siapa nanti ? " Tanya Naqib.

" Hayyan tolong ambilkan nanti. " Jawab Haji Nik Ismail.

Naqib hanya meng'o'kan bibirnya sahaja.

15 minit kemudian...

" Eh butterfly dah bangun ? " Tanya Naqib.

Hana menangguk.

" Nak pergi mana tu ? " Tanya Naqib.

" Mandi. " Jawab Hana.

" Kenapa tak panggil abiy tadi ? " Tanya Naqib. Keningnya diangkat.

" Kalau abiy tahu butterfly nak mandi , abiy boleh siapkan semua barang barang keperluan dekat dalam tandas tadi tau. " Kata Naqib.

" Takpelah. Hana taknak susahkan abiy je. " Jawab Hana menggeleng.

" Mana ada susah. Lagipun butterfly tanggungjawab abiy. Amanah yang abiy kena jaga sehingga akhir hayat abiy. " Kata Naqib.

" Meh abiy pimpinkan butterfly " kata Naqib sambil menghulurkan tangannya.

" Tapi--- "

" Takde tapi tapi. " Laju Naqib membantah.

" Yelah. " Hana menangguk. Dia terus memegang tangan suaminya itu untuk dia berjalan pergi ke tendas.

" Berjalan tu perlahan lahan sikit. Tandas tu tak lari pun. " Kata Naqib.

Hana menjeling.

Selepas selesai Hana membersihkan dirinya , dia hanya duduk di atas katil sambil menonton tv.

Jam 9 pagi.

TOK , TOK

" Masuk lah " kata Hana.

" Abiy letak dekat atas meja tu tau. " Kata Naqib.

Hana menangguk.

" Mana semua orang ? Kenapa Hana rasa sunyi je rumah ni " tanya Hana.

" Oh wan dengan atok dah balik. Diaorang pergi rumah mama papa. Sebab tengah hari nanti Zafran nak bawa future wife dia. " Jawab Naqib.

Hana hanya meng'o'kan bibirnya sahaja.

" What ? Future wife ? " Tanya Hana terkejut.

Naqib menangguk.

" Biar betul abiy ? " Tanya Hana yang masih terkejut.

" Ye betul. Dia sendiri yang bagitahu semalam. Abiy lupa nak bagitahu semalam. " Jawab Naqib menangguk. Dia tersengih.

Her Perfect Husband Où les histoires vivent. Découvrez maintenant