𝗕𝗔𝗕 58

344 9 19
                                    

Keesokkan harinya.

Jam 4 pagi.

RING RING !!!

Dia terus bergegas bangun untuk pergi membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum menunaikan solat tahajud dan membaca bacaan Yasin untuk isterinya.

Jam 5 : 45 pagi  

" Allahuakbar , allahuakbar "

TOK , TOK

" Naqib kita solat subuh berjemaah, " kata Mikael.

" Okay. " Jawab Naqib menangguk.

Selepas selesai mereka semua selesai , Naqib terus masuk ke dalam bilik semula.

" Kotak apa ni ? " Tanya Naqib perlahan. Dia membuka kotak kecil yang berisi jam tangan coach itu.

Naqib terkejut.

" Ya Allah butterfly. Kenapa butterfly kena susahkan beli jam ni untuk abiy ? " Kata Naqib. Air matanya mula mengalir. Dia membuka note kecil yang berada di tepi kotak jam itu.

Assalamualaikum suamiku,

Happy birthday yang ke-32 tahun. Hana doakan semoga abiy panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Mesti abiy terkejut kan sebab Hana hadiahkan jam tangan tu ? Hehehe sebenarnya Hana dah beli jam tu sebelum Hana tunjukkan dekat abiy. Hana harap abiy pakai tau jam tu. Kalau ditakdirkan umur Hana tak panjang , abiy tolong jagakan anak anak ya. Hana tak kesah pun kalau abiy nak kahwin lagi seorang bila Hana dah takde nanti. Tapi tak paksa pun tau. Ha nanti jangan lupa tengok dalam phone Hana tau. Hana dah sediakan banyak surprised untuk syurga Hana ni. Muah sayang abiy dunia akhirat.

Salam sayang,
Bidadari tercinta.

Naqib menangis teresak esak membaca surat terakhir daripada isterinya itu.

" Abiy janji yang abiy takkan kahwin lagi satu walau macam mana sekalipun. Abiy takkan sesekali duakan Hana. Hana satu satunya isteri abiy dunia dan akhirat. Itu janji abiy, " kata Naqib.

TOK , TOK

" Masuk la, " kata Naqib.

" Eh rieq. Rieq buat apa dekat sini ? " Tanya Naqib. Dia meletakkan anaknya di atas ribanya itu.

" Kenapa semua orang nampak sedih ? Mana mummy ? " Tanya Hazrieq.

Naqib diam seketika.

" Mummy dah takde rieq. Mummy dah pergi jumpa tok ma dengan tok pa sekarang ni. " Jawab Naqib sayu.

Hazrieq terkejut.
" Hah ? "

" Mummy dah pergi jumpa tok ma dengan tok pa ? " Tanya Hazrieq.

" Ye rieq, " Naqib menangguk.

" Naqib pihak hospital ada call bagitahu hantar jenazah Hana pukul berapa ? " Tanya Puan Sabrina.

" Ada. Diaorang kata pukul 10. Kita buat solat jenazah dekat rumah je la umi. Naqib yang nak imamkan Hana. " Jawab Naqib menangguk.

" Ha yelah. Umi turun dulu ya. Nak sambung masak. Nanti turun makan ya, " kata Puan Sabrina.

" Baik umi, " Naqib menangguk.

" Rieq dah mandi ke ? " Tanya Naqib.

Hazrieq menangguk.

" Sekarang ni rieq pergi siap siap dulu. Abi nak mandikan adik kejap, " kata Naqib.

Her Perfect Husband Where stories live. Discover now