Kalau dikenang.. agak sedih lah.

Tapi sekarang dah bertukar. Alhamdulillah.. Tasneem rasa bahagia sangat bila dikurniakan seorang anak perempuan yang Allah titipkan kepada dirinya dan Malique.

Tasneem turut sama bersyukur bila Allah memberikan jodoh yang baik dan suami yang baik buat diri dia.

Tersentak Tasneem apabila hidungnya dicuit dan badannya dipeluk dari belakang. Tasneem menoleh seketika sebelum dia menyandarkan kepalanya di bahu kekar Malique.

Rasa selesa.

"Sayang fikir apa?" Tanya Malique dengan nada suara perlahan. Takut anaknya terbangun. Karang susah nak tidurkan semula.

Tasneem diarahkan tinggal di villa Dato Sri Taarif dan Datin Sri Zarina. Macam biasa lah. Takkan korang tak faham dan tak tahu lagi. Bahaya kalau ditinggalkan diaorang ni. Jadi, Datin Sri Zarina harus menjadi komando untuk memantau.

"Fikir perkara lepas tentang anak kita." Beritahu Tasneem jujur.

Malique mengucup pipi Tasneem dan merehatkan dagunya di bahu Tasneem.

"Tak nak lah fikir dah. Doakan je yang baik-baik. Sekarang kan kita dah ada Kasih." Kata Malique selari memujuk si isteri.

Dia tahu. Mesti Tasneem akan teringat. Tapi dia tak nak Tasneem teringat perkara lepas. Yang dah berlalu, biarkan berlalu. Tak guna nak di ingatkan pun. Tak mendatangkan manfaat. Cuma mereka mampu mendoakan saja.

Itu adalah anak syurga mereka. Walaupun sekejap. Sekurang-kurangnya Dia pernah mengirimkan roh ke dalam rahim Tasneem. Anak yang pernah Tasneem kandungkan walaupun Tasneem dapat tahu hanya sehari. Dan sekurang-kurangnya Tasneem bahagia untuk waktu itu.

Tetapi kini, Allah mengirimkan lagi dan memberi kebahagiaan yang tak terhingga. Tasneem bersyukur.

"Haura cuma teringat. Tapi dalam masa yang sama Haura tahu.. di sebalik semua yang terjadi sebelum ni ada hikmahnya. Sekarang pun Allah beri Kasih pada kita." Tersenyum Tasneem seraya memalingkan kepalanya memandang katil baby.

Kasih tertidur pulas di dalam katil bayi. Lena saja dia tengok anaknya itu tidur. Seakan tiada yang menganggu. Comel.

"Betul. Kita patut bersyukur. Kerana dengannya kita bersyukur.. itu adalah tanda kebahagiaan. Macam ustaz yang pernah abang dengar ceramah dari mereka, kita ni nak bahagia senang je. Bersyukur dengan semua yang Allah dah beri. In syaa Allah.. kita akan bahagia di dunia dan akhirat." Jelas Malique panjang lebar.

Tasneem mengangguk mengerti. Jarang suami dia nak berceramah macam ni. Selalunya gatal saja kerja dia. Alhamdulillah.. kalau suami dia berubah.

"Baiklah ustaz Malique. Isterimu menurut perintah." Gurau Tasneem sambil merungkaikan pelukan Malique di pinggangnya.

Dia berpusing menghadap si suami. Handsome. Tasneem memegang kedua pipi Malique. Matanya menatap ke dalam mata Malique.

Mata ini yang sentiasa memandangnya dengan penuh perasaan cinta. Lelaki ini yang sentiasa mencurahkan sayang kepadanya dan sentiasa membahagiakan dia.

"Abang."

"Hm." Malique membalas tatapan mata Tasneem.

"Thank you for everything you've ever done for me. I have no words that I can say. But I am grateful and happy when you become my husband. Haura bahagia sangat sebab ada abang dalam hati Haura. Terima kasih dah jadi penguat Haura selepas arwah mama. Haura cinta abang. Cinta sangat-sangat." Berkaca mata Tasneem meluahkan apa yang dia rasa selama ini.

Dia tersangat bahagia. Tak pernah dia sebahagia ini selepas arwah mamanya meninggal.

"Don't cry, mama Kasih. Abang tahu sayang cantik bila menangis. Tapi tak nak lah. Malu Kasih tengok mama dia nangis." Tersenyum manis Malique saat mendengar luahan hati Tasneem.

Tangannya naik mengusap wajah Tasneem. Selepas itu, tangan kirinya jatuh dan memeluk pinggang ramping Tasneem.

Mencebik bibir Tasneem. Kita punya lah luah dan nak feeling-feeling sedih. Tak jadi pula. Hm.

"Thank you for telling me the truth. Thank you for loving me. Thank you for being my wife. Thank you for being my happiness. Thank you for being the woman I love the most. Thank you for teaching me the meaning of love. Thank you for brightening my days. And thank you for fighting for your life to give birth to our child. This one thing I will never be able to replace with anything. Abang pun cintakan sayang sangat-sangat." Mengalir air mata Tasneem mendengar balasan sang suami.

"Banyaknya thank you abang tu." Terketawa Malique mendengar bicara isterinya.

"Ikutkan banyak lagi ni. Tapi cukup lah. Karang di listkan ni. Sampai esok tak habis." Gurau Malique selari mencium dahi Tasneem.

"Abang tengok anak kita tu. Pipi dia merah-merah. Entah-entah dia nak cendol. Cuba abang pergi beli satu." Toya terus muka Malique.

Taktik ke ni? Saja guna nama anak demi nak kan cendol untuk diri sendiri.

"Tak payah nak mengada. Ini kalau umi tahu.. memang panas lah telinga sayang kena bebel nanti. Nak?" Dengan laju Tasneem menggelengkan kepalanya.

Seram.

Setelah itu, Malique dan Tasneem saling berpelukan sambil mereka memandang Kasih yang lena. Sesekali anak kecil itu merengek perlahan.

Comel saja ditengok. Dah lah muka sebijik macam Tasneem. Cuma bentuk bibir dan kening macam Malique.

Cair tengok anak sendiri.

'Ya Allah, Engkau kekalkan lah kebahagiaan ini. Kebahagiaan di mana hanya ada aku, suamiku dan anak-anak ku kelak. Kekalkan sehingga ke syurgaMu. Aamiin.' Doa Tasneem di dalam hatinya.

Diselesakan kepalanya menyandar di dada kekar Malique. Dapat dia dengar suara degupan jantung Malique. Tenang.

Malique menunduk mencium ubun-ubun isterinya. Dilabuhkan kucupan beberapa kali di puncak kepala Tasneem.

'Biarpun cerita kita sudah tamat. Kisah kita akan terus terukir sampai bila-bila. Kerana cinta dan sayang abang takkan pernah pudar. Terima kasih ya Allah.. kerana Engkau memberi aku seorang wanita yang baik dan menjadi bidadari dalam hidupku.' Tutur Malique di dalam hatinya.


END..

Dengan ini, saya susun sepuluh jari meminta maaf jika ada kurang dan lebih di dalam cerita ini. Kalau membosankan pun saya minta maaf. Ini hanya sekadar rekaan semata-mata. Jangan diambil serius di dalam cerita ini🥹.

Tamat sudah His Love. Saya betul tak sangka sebab ramai suka dengan cerita saya yang ini. Actually kan.. saya pernah terfikir nak delete cerita ni sebab rasa dah mengarut. Sampai saya tak nak dah sambung cerita ni. But I have to bila saya ingat korang semua tunggu saya sambung sampaikan ada yang tanya bila saya nak update this story💕. Saya terharu🫠. Thank you❤️. Tanpa korang, saya rasa cerita ni akan tergantung. Tapi korang bagi saya semangat.

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

His Love [C]Where stories live. Discover now