Dah nak jadi mama pun cengeng betul. Alahai isteri. Nasib sayang.

"Alolo sayang abang ni.." Dikucup dahi Tasneem.

"Abang."

"Hm."

"Sakit."

"Abang peluk kuat sangat ke? Sorry sayang." Pantas Malique melepaskan pelukan. Diusap-usap wajah Tasneem.

Tapi Tasneem merasa lebih sakit. Mukanya berkerut-kerut menahan rasa sakit yang dia rasa sekarang. Rasa macam nak patah semua tulang badan dia ini.

"Abang.. sakit.." Merengek Tasneem mengadu sakit.

"Sakit dekat mana?" Soal Malique kelam-kabut.

"Perut. S-sakit.. sa-sangat.." Adu Tasneem lagi. Dipegang bahagian perutnya.

"Kita pergi hospital sayang." Tanpa banyak kata, Malique mencempung tubuh si isteri.

~~~~~~~~~~

Malique setia mengenggam erat tangan Tasneem dan berselawat di tepi telinga Tasneem. Sudah dua jam Tasneem menjerit dan bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat pertama mereka.

Malique rasa kesian melihat keadaan isterinya yang begini. Kalau lah sakit tu berpindah ke dia. Dah lama Malique ambil. Tapi tak boleh. Yang mampu Malique buat hanya lah berdoa agar urusan isterinya ini dimudahkan oleh Allah.

Selepas itu, Malique cuba untuk menenangkan Tasneem. Sesekali pasti bibirnya dilabuhkan di dahi Tasneem. Dahi Tasneem turut sama di lap. Berpeluh dahi isterinya biarpun bilik operation itu sudah terpasang dengan aircond.

"Abang, sakit.." Merintih suara Tasneem mengadu rasa sakitnya.

Air matanya sedari tadi tidak berhenti mengalir.

"Shh.. sayang kuat. Abang tahu sayang boleh." Dicium ubun-ubun Tasneem bagaikan menyalurkan semangat buat Tasneem.

"T-tapi Haura d-dah t-tak larat.." Sayu suara Tasneem. Dia menggelengkan kepalanya. Dipandang sayu wajah suaminya. Suaranya pun sudah bertukar lemah.

Memang Tasneem dah tak larat sangat. Dia dah tak mampu.

"Please, sayang. You can do it. Abang yakin dengan sayang. Abang sentiasa ada dengan sayang. Kita dah janji sayang. Sayang kena kuat." Runtun hati Malique apabila Tasneem memberitahu yang dia dah tak mampu.

Apa yang Malique rasakan sekarang ada lah takut. Takut kehilangan Tasneem.

"Puan, sikit lagi. Push. Dah nampak kepala baby." Arah doktor wanita tersebut.

"Urgh!!" Tasneem mengeram kuat. Dia mengenggam erat tangan suaminya.

'Ya Allah, kau permudahkan lah urusan isteriku.' Doa Malique di dalam hati.

Tak henti-henti dia memanjatkan doa agar isteri dan anaknya selamat.

"Abang, Haura m-minta ampun k-kalau H-Haura ada buat s-salah." Ucap Tasneem seraya memandang suaminya dengan mata yang bergenang dengan air mata.

"Sayang takda salah. Berhenti bercakap sayang. Fokus sekarang."

"Puan, push. Saya kira sampai 3. Dan puan kena push sekuat yang mungkin. 1.. 2.. 3."

"Arghhhh!!" Sejurus itu, kedengaran suara tangisan kuat bayi perempuan yang selamat dilahirkan dengan berat 3.65kg.

Tercungap-cungap nafas Tasneem kerana terlalu penat. Malique mengalirkan air matanya. Dicium dahi Tasneem berkali-kali. Selepas itu, dilekapkan dahinya dengan dahi Tasneem.

"Thank you, sayang. Thank you so much and I love you." Dikucup kedua mata Tasneem.

Terpejam seketika mata Tasneem. Takda kata yang mampu dia luah. Usai itu, Tasneem berpaling memandang anaknya yang sedang dibersihkan oleh nurse sebelum dia melihat nurse itu membawa anaknya ke arah dia.

Nurse tadi meletakkan anak perempuannya di atas dada Tasneem. Tasneem mengucup dahi anaknya berulang kali. Sungguh dia sangat bersyukur. Malique pun sama mencium pipi anaknya.

"Anak kita." Kata Tasneem sambil mengusap pipi anaknya.

"Iya, sayang. Anak kita." Sesudah itu, Malique mencium lagi dahi anak perempuannya serta dahi isterinya.

~~~~~~~~~~

Malique setia duduk di kerusi yang diletakkan di sebelah katil wad pesakit. Tangannya dari tadi tidak melepaskan genggaman tangan Tasneem. Erat. Sangat erat.

Sesekali pasti dia mencium tangan isterinya. Dipandang wajah Tasneem yang sedang lena itu. Malique tak boleh nak tidur.

Dia masih terbayang kesakitan Tasneem yang hendak melahirkan anak mereka tadi. Sungguh dia tak sanggup. Dia takut. Tangannya naik membelai pipi Tasneem.

"Abang tak boleh bayangkan hidup abang kalau abang hilang sayang." Ujar Malique sambil mencium lagi tangan Tasneem.

"Bangun sayang. Abang rindu." Pinta Malique selari membelai pipi Tasneem.

Perlahan-lahan Malique meletakkan kepalanya di sisi katil sambil matanya tunak merenung wajah cantik Tasneem. Tangan Tasneem masih lagi tidak dilepaskan. Dicium-cium tangan isterinya seraya menghidu bauan wangian di tangan Tasneem.

Selepas beberapa minit, Malique dapat merasa bahawa jemari Tasneem bergerak. Lantas dia mengangkat kepalanya.

"Sayang." Panggil Malique.

Tasneem membuka matanya dan dikerdipkan matanya beberapa kali apabila terasa silau. Usai itu, dia menoleh memandang suaminya. Dia tersenyum nipis saat melihat wajah kacak si suami. Apa lagi melihat mata berkaca suaminya.

"A-abang." Susah payah Tasneem memanggil sang suami. Tangannya naik ingin membelai pipi Malique.

Malique yang mengerti dengan tindakan isterinya langsung merapatkan wajahnya dengan tangan Tasneem. Dibiarkan Tasneem yang membelai pipinya itu. Setitis air mata jantannya jatuh terkena telapak tangan si isteri.

"Kenapa menangis?" Soal Tasneem perlahan.

"Abang happy. Abang happy sayang dah sedar." Jujur Malique sembari mencium dahi Tasneem.

Terpejam seketika mata Tasneem.

"Mana baby?" Tanya Tasneem. Tak sabar nak jumpa anak mereka.

"Nanti abang suruh nurse bawa baby datang sini. Okay?" Mengangguk perlahan Tasneem.

"Thank you, sayang." Dikucup nipis bibir Tasneem lalu diusap lembut bibir nipis tersebut.

"No problem." Balas Tasneem.

Sesudah itu, Malique melekapkan dahi mereka bersama. Saling bertatapan mata. Malique menggeselkan hidungnya dengan hidung Tasneem.


Tbc..

Dah bersalin🥹
Itu tandanya.. cerita pun dah nak di penghujung🥲

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

His Love [C]Where stories live. Discover now