BAB 22 - AYRA DICULIK

Start from the beginning
                                    

"Ayra, harini kita shopping puas-puas okey. Akak nak lepaskan stress harini." ujar Husna dengan mimik muka yang stress.

"Kenapa akak stress?"

"Macam biasa lah Ayra. My mom tak habis-habis kerah akak kat kilang tu. Mentang-mentang sekarang ni akak dah balik, seboleh-bolehnya nak serahkan bisnes tu pada akak." rungut Husna kepenatan.

"Kan best tu dah ada family bussiness. Tinggal sambung je."

"Best tu memang best, tapi akak tak minat lah berbisnes ni. Walaupun akak dilahirkan dalam keluarga yang berbisnes, akak tak minat. Habiskan duit akak minat!" Husna berseloroh. Ayra tertawa kecil melihat gelagatnya.

"Okey, hari ni hari kita lepaskan stress. Ayra pun stress terperap dekat rumah. So today kita shopping!" ucap Ayra dengan penuh semangat.

"That's my girl!" jawab Husna menyokong semangat Ayra yang terlebih hyper. Dalam otaknya, sudah dirancang untuk menghabiskan duitnya ke mana.

**********

AYRA kelelahan kerana berjalan tanpa henti. Sudah hampir dua jam dia berjalan dari butik ke butik. Mujur ada bodyguard yang mengikutinya sekali, tidaklah dia terlalu letih kerana tidak perlu mengangkat paperbag hasil beli belahnya sendiri. Masa membeli tidak ingat dunia, nak membawanya baru tahu azabnya hendak memikul.

"Akak, jom kita singgah ke Zuss Coffee nak tak? Ayra penat lah." rengek Ayra manja. Bila didepan Husna, dia tidak perlu segan silu menunjukkan sikapnya.

"Alaaa kesiannya adik kakak ni. Ok jom!" Husna hanya menuruti permintaan Ayra yang sudah dianggap sebagai adik kandungnya sendiri.

Sampai sahaja di Zuss Coffee, Ayra memesan Spanish Latte manakala Husna pula memesan Greentea Latte. Untuk bodyguardnya, Ayra memesan minuman yang sama dengannya. Mereka berdua duduk berasingan dengan bodyguard itu untuk mendapatkan ruang privasi.

"Untunglah siap ada bodyguard tolong bawakan barang." usik Husna.

"Ish akak ni, sepupu akak lah tu risau sangat Ayra sendirian. Tu yang dia pasang bodyguard tu." ucap Ayra sambil menghirup minumannya. Dia benar-benar kehausan.

"Hai, shopping ke?" sapa Daniel yang kebetulan bertemu dengan mereka.

"Hei Daniel, buat apa kat sini?" soal Husna kembali. Dia terkejut melihat anak sepupunya yang secara kebetulan berada di mall yang sama.

"Come on auntie, mall ni kan tempat awam. Of course Daniel datang sini nak hang out with friends." jawab Daniel sambil menunjukkan rakan-rakannya diluar kedai. Semuanya lelaki.

"Oh yeke? Ni Daniel dari mana nak ke mana?" soal Husna lagi. Ayra hanya memerhatikan sahaja perbualan mereka sambil menyuap kek yang dipesan tadi.

"Daniel baru lepas tengok wayang tadi. Lepas ni shopping sikit then balik lah." jawab Daniel jujur.

"Ok lah, enjoy your day. Hati-hati" pesan Daniel lagi sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka berdua. Tanpa dia ketahui, ada bodyguard bersama mereka berdua.

"Sometime, jumpa family sendiri kat luar boleh rasa awkward tau." kata Husna sambil tertawa sendiri. Ayra hanya mendiamkan diri tanpa berkata-kata. Awkward? Bukan ke itu perkara biasa?

"Lepas ni Ayra nak ke mana? Sambung shopping or balik?" soal Husna. Barang yang Ayra beli banyak juga. Ada enam paper bag besar setakat ini.

"One more butik boleh tak kak? Ayra nak beli hadiah untuk abang."

"Ayra nak hadiahkan apa?"

"Belum decide lagi. Tapi Ayra rasa macam nak bagi abang wallet lah. Okey tak?" soal Ayra inginkan pendapatnya.

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now