BAB 15 - MISSION ACCOMPLISHED

Start from the beginning
                                    

"Ayra tak makan sekali?" soal Zakery tatkala dia melihat Ayra langsung tidak makan bersama.

"Tak, Ayra kenyang tengok abang makan. Rasa macam indahnya dunia." ucap Ayra sambil tangannya menongkat dagu. Matanya menggoda dan merenung tajam kearah suaminya. Zakery terkedu dan tingkahnya serba tidak kena. Nak teruskan makan ke taknak?

"Hm, kalau macam tu makan ni.." Zakery terus menyuap makanan itu kedalam mulut Ayra. Ayra sedikit terperanjat dan spontan membuka mulutnya.

"Abang ni! Ayra dah makan lah sebelum datang tadi." ucap Ayra lalu mencapai minuman diatas meja. Habis je mengunyah, dia terus meminum air mineral itu manakala Zakery pula masih meneruskan suapan demi suapan.

"Lain kali kalau nak datang sini, tak payah makan kat rumah. Makan dengan abang sekali."

"Okey cinta! Tapi Ayra nak abang suap macam tadi tau. Rasa dimanjain gituh." ucap Ayra sambil meniru gaya Biksue bercakap. Ada saja kan ideanya untuk menyakat sang suami?

"Kalau abang suap sekali dengan racun macam mana?"

"Kalau racun tu dari abang, Ayra terima jelah. Mana tahu racun tu racun rindu. Terlepaslah rindu abang pada Ayra. Betul tak abang?" jawab Ayra selamba. Memang taknak kalah ya?

"Abang, Ayra nak minta izin nak pergi mall. Ayra nak shopping." pinta Ayra tanpa menunggu Zakery menjawab usikannya tadi.

"Pergilah. Hati-hati dan jangan balik lewat." Zakery memberikan amaran. Setelah mendapat keizinan, Ayra terus mendakap suaminya. Suatu kucupan singgah dipipi Zakery.

"Thankyou abang. Tapi Ayra nak duit!" pinta Ayra sambil menadah tangannya kearah Zakery tanpa segan silu.

"Duit?" Zakery kehairanan. Duit yang diberikan sudah habis ke?

"Ya duitlah. Abang sendiri cakap nak jadi banker Ayra. Ayra nak kikis abang lah ni. Lagipun abang tak pernah bagi Ayra duit, jadi Ayra mintalah sekarang." selamba sahaja jawapannya.

"Ayra, selama ini Ayra tak pernah tengok dalam box hitam atas meja solek Ayra ke?" soal Zakery inginkan kepastian.

"Box hitam? Yang custom ada nama kita ke? Oh, box tu Ayra biarkan je atas meja. Ayra dah kosongkan. Belum terfikir lagi nak buat apa dengan box tu. Kenapa dengan benda tu abang?" soal Ayra kehairanan. Apa kena mengena box tu dengan duit yang Ayra pinta?

Zakery menepuk dahinya. Memang sah selama tinggal serumah dengannya, Ayra langsung tidak membuka kotak itu.

"Ayra, abang letak duit cash RM5,000 untuk Ayra belanja mingguan. Masa first Ayra masuk dalam rumah tu dan kelmarin, abang ada letak duitnya. Abang ingat Ayra jimat cermat. Ayra memang tak pernah buka langsung ke?" mendengar penjelasan Zakery, Ayra menutup mulutnya kerana terkejut. Selama ni diatas mejanya ada duit?

"Seriously abang? Ayra tak pernah tahu!" jawab Ayra jujur. Kalau dua kali dah letak, maknanya dalam kotak itu ada RM10,000? Wah, kalau ini gajinya, dia rela menjadi surirumah sepenuh masa. Kerja dengan Zakery dulu pun, sebulan gajinya bersamaan dengan duit belanja yang diberikan Zakery selama seminggu. Baik duduk rumah lah kalau macam ni.

"Alaaaa. Kenapa abang tak cakap. Cancel lah shopping harini, esok baru shopping. Dah lah kad bank Ayra tinggal kat rumah." jawab Ayra jujur. Bibirnya mencebir. Menyesal tertinggal card holdernya, kalau tak dah boleh guna duitnya dahulu.

Zakery mengelap mulutnya yang sudah selesai makan dengan sapu tangan yang dibawa Ayra. Dia bingkas bangun lalu menuju kearah meja kerjanya. Dia membuka beg bimbitnya lalu mencapai card holder. Dia kembali semula ke samping Ayra dan menghulurkan sekeping AMEX Black Card kepada isterinya.

"Now, it's yours. Gunakan sebaiknya ya." ucap Zakery. Mata Ayra membulat saat ia menyambut huluran Zakery. Black card? Orang yang betul-betul kaya sahaja dapat memiliki kad exclusive ini. Bukan sebarang orang yang boleh memilikinya. Sekiranya pendapatan seseorang itu unlimited, dia sendiri akan dijemput oleh pihak bank untuk memegang Black Card ini. Card yang ditangannya itu juga tiada had limit pembelanjaan. Nak beli rumah jutaan ringgit on the spot pun tiada masalah. Ayra mengetahui hal ini kerana dia sendiri adalah pemegang AMEX Silver Card. Pemegang Black Card hanya individu yang ditawarkan sahaja berbeza dengan pemegang silver card yang perlu membuat permohonan dan mempunyai rekod card credit yang baik dengan pihak bank.

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now