BAB 13 - MISI MEMIKAT SUAMI?

Start from the beginning
                                    

"Bukalah hati you untuk terima dia seikhlas hati. Belajarlah mencintai dia setulusnya. Even I still love you, but I tahu yang I tak layak untuk bahagiakan you. Semua ni terjadi atas izin Allah, mungkin papa jodoh you yang sebenar,Ayra. I ni hanya perantara dan satu persinggahan je. I...I will always pray for your happiness forever. Please, kecapi kebahagiaan you Ayra." ucap Daniel lembut. Dia tidak mahu ada lagi dendam yang tersisa. Biarlah pemergiaan dia kali ini membawa sejuta memori.

Air mata Ayra mula bergenang. Jiwanya diselubungi rasa serba salah. Dia sendiri tidak tahu, adakah rasa amarah itu masih tersisa atau hatinya sahaja tidak rela melepaskan lelaki yang menghancurkan hatinya terlepas begitu sahaja. Tapi hatinya untuk Zakery, dia masih tidak tahu.

"I don't know how to react for this confession. Honestly, I masih marah pada you Daniel. Easy to forgive but not to forget. Yang menyakiti mudah untuk melepaskan, tetapi yang disakiti, susah untuk dilupakan. But yahhhh, I will try my best untuk maafkan you. Maybe masa yang akan tentukan semua." ucap Ayra. Dia menghembuskan nafasnya. Berat terasa didada.

"My planning for this marriage ni, hmm I pun takde planning sebenarnya. Macam you yang takda exit plan masa you dengah I ,kali ni I pulak yang takda exit plan!" kata Ayra diselangi tawa. Hatinya tertawa sendiri, dulu Daniel sekarang aku!

"No need exit plan Ayra. Ada sebab Allah susun perkahwinan ni. Kita kena sama-sama redha dengan ketentuan ni. You trylah slow-slow belajar untuk terima papa and love him as he did. Mana tahu I dapat adik baru." sakat Daniel.  Dia ikhlas melepaskan gadis yang dicintainya. 

Wajah Ayra merona kemerahan. Adik baru? Maknanya anak Zakery dengan dirinya?

"Pandai-pandai je aek? You okey ke nak dapat adik baru ha? Jauh gila tau beza umur korang nanti." Ayra mula menjawab balik usikan itu. Dia cuba membuang rasa kekok diantara mereka. Nak buat macam mana, ex-boyfriend dah jadi anak tiri. Kenalah terima kan?

"Siapa yang nak dapat adik?" soal Zakery mencelah. Setelah menjawab panggilan telefon dari pejabatnya, dia terus berlalu ke arah mereka.

"Ni haa papa, Ayra tanya Daniel either Daniel okey ke tak dapat adik baru nanti walaupun umur kami nanti jauh beza." jawab Daniel tanpa segan silu. Kedatangan Zakery menambahkan lagi segan Ayra. Wajahnya semakin merah menahan malu.

"Then, you okey tak kalau dapat adik baru?" soal Zakery sengaja menambahkan lagi minyak kedalam api. Daniel ketawa kecil saat ditanya.

"Of course I okey pa. I can't wait for my little angle." ucap Daniel selamba. Dia mengenyitkan mata kearah Ayra. Zakery berdehem tatkala melihat anaknya mulai mesra. Ada sedikit cemburu yang mula terbit dihati. Dia merangkul bahu Ayra dan suaranya sedikit berbisik, tak kuat dan tak perlahan, cukup untuk didengari mereka.

"Sure Daniel. I will give you our little angle. Kena usaha lebih sikit je. Kan sayang?" Zakery sengaja memancing reaksi isterinya. Suasana kembali kekok. Ayra tersenyum kelat kearah Zakery, dia mula tidak selesa. Sementara Daniel pula, hanya berpura-pura ketawa demi menutup luka dihati. Bohonglah kalau tiada langsung iri hati yang dirasai.

TINGG!!!!

Telefon bimbit Daniel berbunyi menandakan ada pesanan masuk melalui aplikasi whatsapp. pesanan dari sahabatnya yang sudah menunggu di luar pagar. 

"Okeylah pa, I have to go. My friend dah kat luar tu. Take care pa, take care too Ayra." ucap Daniel lalu bingkas bangun dan menyalami tangan ayahnya sebelum berangkat pergi.

"Try to learn to call her 'mama' after this ya." pinta Zakery sambil menepuk bahunya. Daniel tersenyum dan hanya mengangguk. Ayra hanya melihat gelagat anak beranak disisi. Dia tidak berani untuk berkata apa-apa. Bayangan Daniel pun perlahan-lahan hilang dari pandangan.

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now