𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰 𝚂𝙰𝙼𝙿𝙰𝙸 𝚂𝚈𝚄𝚁𝙶𝙰 - 𝙿𝚁𝙾𝙻𝙾𝙶

1.4K 60 11
                                        

𝐇𝐔𝐉𝐀𝐍 lebat menambah suram suasana petang itu. Keadaan di jalan raya mulai kacau-bilau selepas bunyi rempuhan kuat yang mengejutkan orang ramai di sekitar. Seorang wanita, dalam pakaian serba putih yang kini kotor dan basah, tersungkur di atas jalan dengan darah mengalir dari dahinya. Dengan nafas yang tercungap-cungap, pandangannya kabur, namun hatinya terus mendesak untuk melihat sekeliling mencari seseorang.

Akhirnya, pandangannya tertancap pada satu titik seorang lelaki, tunangnya sendiri, yang kini terbaring kaku di bawah sebuah kereta yang terbalik. Wajahnya pucat, rambutnya basah akibat hujan, dan matanya masih terbuka lemah memandang ke arah tunangnya. Wanita itu mengengsot kearah lelaki itu cuba menggagahkan diri untuk menghampirinya walaupun setiap langkah membuat darah di dahinya mengalir semakin deras.

"Awak... Awak..." bisiknya dengan suara yang tersekat-sekat, cuba menggapai tangan tunangnya yang terkulai. Tapi jarak itu seakan memisahkan mereka, dan kelemahan tubuhnya membuatkan dia terhenti, hanya mampu menangis sambil memandang tunangnya yang semakin tenggelam dalam kabut matanya.

Dia tersedu, berbisik seakan ingin menyampaikan setiap rasa cinta dan penyesalan yang mungkin tidak sempat diungkapkan.

Dia tersedu, berbisik seakan ingin menyampaikan setiap rasa cinta dan penyesalan yang mungkin tidak sempat diungkapkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MIKA ARASYAH BIN DATO ARYAN?"

"Kita mulakan ye?" Tok Kadi menghulurkan tangan kepada Mika, namun Mika hanya membalas dengan pandangan sepi. Suasana menjadi canggung apabila mata semua yang hadir tertumpu ke arah Mika, tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.

Datin Maira, ibu kepada Mika, segera menepuk perlahan bahu anaknya.

"Mika, tok kadi tu tanya kamu. Tolong jangan malukan mummy..." bisik Datin Maira dengan lembut, cuba menyedarkan Mika.

"Ya, tok. Kita boleh mulakan sekarang," akhirnya Mika bersuara, dengan nada yang jelas berat hati. Dia menyambut tangan tok kadi dengan perlahan.

Di sudut lain, Nasha Irina berdoa dalam hati, berharap agar majlis akad nikah itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

"Mika Arasyah bin Dato Aryan, aku nikahkan dikau dengan Nasha Irina binti Abdullah dengan mas kahwinnya sebanyak RM10,000 tunai," ujar tok kadi dengan tenang.

"Aku.. Aku terima nikahnya Nasha Irina binti Abdullah dengan mas kahwinnya sebanyak RM10,000 tunai," jawab Mika, nadanya lantang dan jelas.

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah!" Lafaz sah itu bergema di dalam dewan, menandakan ikatan suci itu telah terjalin. Nasha yang mendengarnya menghela nafas berat dan terus memeluk erat ibunya.

Cinta Sampai Syurga [SLOW UPDATE]Stories to obsess over. Discover now