Bab 14

407 31 10
                                    

Seperti yang dijanjikan dulu, hari ini Tuan Omar sendiri yang teman May ke Metro Driving Academy untuk lakukan ujian komputer. Berawal daripada kursus KPP, kini May menduduki ujian teori undang-undang pula. Sementara itu, Tuan Omar hanya duduk menunggu di luar.

Lebih kurang dalam 45 minit, Tuan Omar disapa oleh May dengan wajah yang penuh ceria.

"May lulus!"

"Alhamdulillah..." sahut Tuan Omar penuh rasa syukur.

"Okay, let's go ayah! Tak sabarnya nak usha kereta baru..."

"Amboi, baru ujian komputer dah fikir terus pasal kereta." Tuan Omar tertawa kecil melihat karenah anaknya.

May juga ketawa sama. Dipautnya lengan si ayah sambil berjalan menuju ke kereta yang dipandu oleh Pak Ayub tadi.

"Boleh May bawa?" terangkat kening May bagi menguji reaksi ayahnya. Pak Ayub pula sekadar tersenyum senang melihat ke arah dua anak beranak itu.

Serta-merta Tuan Omar menggeleng laju. Jangan buat kerja gila!

"May tu belum test drive. Jangan nak mengada." peringatan itu mengundang tawa May lagi.

"Alaa, drive aje pun... bukannya susah mana." dengan penuh bangga dia berkata demikian.

Perjalanan ke NG Careta kemungkinan hanya makan masa dalam 20 minit menurut Tuan Omar kepada May. Sepanjang itu, cuma ayahnya dan Pak Ayub sahaja yang saling bertukar perbualan. May lebih selesa berdiam seraya membelek laman facebook.

Tatkala tayar MPV Alphard putih milik Tuan Omar membelok ke sebuah perusahaan kereta import, May yang memandang dari dalam kereta sedikit terpempan. Ingat lagi ayat Noah dulu 'aku jual kereta'. Nohhh! May ingatkan Noah jual kereta tempatan rupanya berderet kereta import tersusun elok dalam kedainya yang keseluruhan bercermin kaca. Kalau dia pilih salah satu daripada yang display itu memang botak ayahnya nak bayar bulan-bulan. Tak tahu lah kalau beli cash, mahunya ayah let go terus restoran dia buat cover harga!

Dari jauh lagi kelihatan si tuan kedai sudah sambut tetamu vvip yang datang dengan senyuman.

Turun saja dari kereta May makin kagum dengan apa yang dilihatnya. Kedai saudara tirinya ini bukan calang-calang 'kedai'. Jauh benar dari sangkaan May sebelum ini.

"Weh, kalau aku request mahukan porche kuning tu agak-agak ayah bagi tak?" May bisik kepada Noah setelah Tuan Omar dan Pak Ayub terlebih dahulu masuk ke dalam.

"Boleh aje kau request dekat ayah. Rasanya ayah masih mampu nak beli satu lagi kereta mewah tapi ayah kena lah gadai dulu restoran dia."

Haaa, kan dah cakap tadi...

May dan Noah sama-sama gelak selepas itu. Mereka berdua mengiringi langkah si ayah yang membelek satu demi satu kereta buatan negara luar. Dari kiri, ke kanan, dari depan, ke belakang mereka berdua ikut saja pergerakkan Tuan Omar.

"Berapa ringgit?" Tuan Omar memakukan kaki di situ sambil mengelus-elus badan kereta yang berwarna merah menyala.

Terbuka luas mata May mendengar pertanyaan ayahnya, serupa tanya harga nasi lemak add on telur mata.

"Nice question, ayah. Ini yang paling 'baby' kat sini. Bugatti Chiron. Tak ada lah mahal sangat. Bawah RM14 juta saja."

"Bugatti ni dari dulu lagi ayah berkenan nak ada satu tapi bila ingat balik yang tersadai di rumah kita, lupakan ajelah. Banyak-banyak bukan boleh bawa mati, silap-silap boleh dibangkit oleh Tuhan selepas mati kelak."

"Bugatti ni ada aje yang murah ayah. Apa salahnya kalau ayah tunaikan permintaan hati, lagipun ayah boleh jual balik kereta lama ayah yang tak pakai tu." mudahnya jawapan Noah.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now