Bab 3

771 36 6
                                    

Masing-masing mengambil tempat di ruang tamu. Jauh sungguh kedudukan jarak dicipta. Seolah kalau duduk dekat saja di jamin akan kena renjatan.

Kali ini ada susuk tambahan, Noah perkenalkan dia sebagai isteri Novan. Gia Allana namanya. Nampak sopan dan lembut. Tak kurang juga cantik parasnya, patut saja rupa si Anas sangat helok. Yang tak heloknya mulut lancang dia tu. Gia sibuk melayan si anak yang bermain mainan kereta api berhadapan TV. Dia tak berniat nak masuk campur hal keluarga suaminya.

"Es rasa tak patut ada di sini, hmmm Es minta diri dulu ya?" lelaki itu angkat punggung. Dari tadi dia yang terlebih gelisah. Lebih-lebih lagi dengan statusnya sebagai orang luar. Canggung pula berlamaan dalam suasana tegang keluarga orang. Ada baiknya dia balik saja.

"Es tunggu. Tolong angkat barang dari kereta boleh?" Puan Amelia bersuara.

Lembut amat suaranya...

May kerut dahi. Hantu mana kah yang sedang rasuk mamanya itu. Lain sungguh auranya! Rasa seram pun ada. Hebat sungguh penangan lelaki bernama Es itu. Siapa dia ni ya? Adakah...

"Dia skandal mama ke?" May mendekati lalu menyoal perlahan ke telinga Noah.

Tercetus gelak ringkas dari bibir Noah. Mana mahunya nak gelak panjang, silap-silap boleh tembus muka dia dek tenungan tajam dari mama.

"Anak mama jugak..."

"Anak mana satu? Aku tak kenal pun."

"Habis Qadr tu kau kenal aje..."

"Logiklah sebab Qadr tu budak lagi. Ni dah tua bangka mesti lagi tua dari aku."

"Kita bertiga sebaya. Sekarang kau kena terima hakikat bahawa kita dah jadi kembar tiga." Noah sengih sedangkan member sebelah sudah terkial nak faham satu demi satu.

"Apa maksud kau ni. Cakap terus aje lah!" bosan. Noah kecil ke Noah besar sama saja, tetap menjengkelkan!

"Dia anak angkat mama."

"Hah, anak angkat? Oh... beria nak ambil anak orang, anak sendiri pulak dibuang." May mula buat muka.

Tanpa disedari ada beberapa pasang mata sedang menonton drama sebabak mereka berdua. Yang penting tak ada yang dapat mendengar kerana keduanya pakar dalam berbisik.

"Kau makin cantik lah aku tengok, kau dah ada boyfriend?" amat random ya anak-anak.

"Ayat buayaaaaa...." meleret nada May membalas lalu menjauhi Noah, dia kembali ke kedudukan asalnya tadi. Dia berdehem seketika, waduh kering sungguh tekak ini!

"Nah air."

Terkejut dia apabila dihulurkan air botol oleh lelaki bernama Es. Teragak juga dia mahu menyambut.

"Tugas Es dah selesai angkat barang mama, Es balik dulu ya..." dia minta diri.

Sempat mata May melirik menghantar pemergian Es ke arah motorbike nya. Penutup air botol yang sudah mendarat ke tangannya dipulas lalu diteguk airnya beberapa kali. Lega. Okay, sekarang dia dah punya semangat nak bertikam lidah.

"Atas alasan apa kau balik sini? Aku ingat kau sampai mati duduk dengan Hannah tu."

May senyum bersahaja. Haaa... Ini barulah mama yang dia kenal. Suara memetir. Muka garang. Aura pula macam mak tiri cinderella... Perfect! Tuan puan semua, ini lah the real self Puan Amelia!

"Ehhh... Ke mama lupa apa yang Ibu Hannah janji masa tu selagi dia hidup dia tak akan pulangkan May. Jadi bila mama nampak May sekarang, mama rasa apa sebabnya?" May jongket kening.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Kde žijí příběhy. Začni objevovat