"Sayang abang." Ucap Tasneem meluah perasaannya.

Terukir senyuman manis di bibir Malique. Dia melekapkan bibirnya dengan bibir Tasneem. Hanya melekap saja. Itu pun sudah mampu membuat pipi Tasneem memerah.

"Sayang Haura juga." Balas Malique seraya memeluk tubuh kecil Tasneem.

Tasneem merehatkan dagunya di bahu kekar Malique. Malique pula membenamkan wajahnya di ceruk leher Tasneem. Dihidu semaunya bauan wangian Tasneem.

"I love you, baby."

"I love you more, abang."

~~~~~~~~~~

Berpegangan tangan Tasneem dan Malique melangkah masuk ke dalam mall. Hari ini, mereka berdua hendak dating sampai sanggup ponteng kerja.

Dua-dua kata dekat PA masing-masing yang kononnya ada hal emergency.

Ini lah hal emergency tu. Emergency nak dating. Awat lah hampa dua ni gatai sangat? Haha.

Sedang elok mereka berjalan. Tiba-tiba langkah mereka berdua terhenti tatkala Tasneem berhenti dahulu sambil menarik tangan Malique. Berpaling kepala Malique memandang si isteri.

Dijungkitkan kedua keningnya bertanya kenapa.

"Kedai anak patung." Lambat-lambat Malique mengangguk. Kenapa pun dengan kedai anak patung tu? Ada apa? Elok saja dia tengok.

"Nak anak patung." Pinta Tasneem sambil memeluk lengan kekar Malique dan mengerdipkan matanya bagaikan anak kecil meminta bapa.

Terkejut juga Malique bila Tasneem minta dia anak patung. Tak pernah lagi Tasneem meminta barang begini. Dia menggaru sedikit dahinya.

"Sayang ni dah kenapa nak anak patung?" Mencebik bibir Tasneem apabila Malique bertanya begitu.

"Nak anak patung je. Nampak comel. Lagi-lagi teddy bear warna pink tu. Cute.. boleh lah." Tasneem mengembungkan pipinya dan memuncungkan sedikit bibirnya. Dipandang saja mata Malique.

Malique melepaskan keluhan apabila merenung riak wajah comel Tasneem. Ini yang dia malas ni. Mula lah Malique cair. Haih. Susah dapat bini comel macam ni.

Diusap pipi dan dahi Tasneem. Direnung wajah Tasneem. Kalau dah gini gayanya memang kena beli lah.

"Okay lah. Jom." Terus berubah wajah Tasneem. Dia menarik tangan suaminya ke arah kedai yang menjual anak-anak patung tersebut.

Malique sekadar mengekori saja langkah si isteri. Langsung tiada bantahan.

Masuk saja ke dalam kedai yang menjual anak patung itu, tangan Malique terus dilepaskan. Tasneem menghayunkan kakinya melangkah ke arah satu rak yang meletakkan banyak anak patung yang comel-comel di sana.

Malique memandang tangannya yang kosong tanpa genggaman tangan si kecil molek isterinya. Rasa tak percaya. Dia kena tinggal dengan Tasneem gara-gara anak patung.

Rasanya dia lagi menarik dari semua anak patung yang kedai ni jual. Haih.

Selepas itu, Malique menapak mendekati isterinya yang ralit melihat semua anak patung beruang yang terletak di semua rak-rak. Langsung tak pandang kiri dan kanan dah.

"Sayang suka anak patung yang mana?" Soal Malique seraya memasukkan kedua tangannya ke dalam kocek. Dipandang sisi wajah isterinya.

Cantik. Sangat cantik.

"Nak yang ni. Sayang suka yang ini." Tasneem menunjuk ke arah satu patung beruang yang berwarna coklat.

"Ni ada warna pink. Sayang tak nak warna pink?" Menggeleng Tasneem tidak mahu. Patung beruang berwarna coklat itu dipegang olehnya.

"Okay. Satu je?" Tanpa balasan, Malique mengambil patung beruang tersebut.

"Sekejap." Tasneem berpusing dan bergerak ke arah satu rak yang menempatkan banyak patung kecil.

"Nak ni." Tasneem mengangkat dua patung dan ditunjuk kepada Malique.

Terangkat kedua alis Malique memandang patung itu. Satu rama-rama dan satu lagi harimau. Dan itu bukan patung yang kosong. Ada gantungannya juga seperti keychain.

"Boleh, sayang. Ada lagi?" Tersenyum manis Tasneem. Dia meliarkan matanya.

Tak lama selepas itu, dia menggeleng kepala tanda tiada.

"Takda." Jawab Tasneem sepatah.

"Jom bayar." Malique kembali memegang tangan Tasneem. Karang hilang, naya dia nak mencari bini dia ni.

Selepas sahaja membuat pembayaran, Malique dan Tasneem bergerak melangkah mencari kedai makan yang berada di mall besar itu.

Tak lama kemudian, mereka masuk ke dalam kedai makan setelah disapa oleh salah seorang pekerja di kedai tersebut.

Malique dan Tasneem mengambil tempat yang berada agak di hujung penjuru kedai. Saja. Kata Malique boleh bermanja. Lagipun dekat situ tempatnya tersorok sikit.

Allah.. gatal sungguh lah.

Selesai saja memesan makanan, Malique memegang tangan Tasneem dan dia melentokkan kepalanya di atas meja. Mereka saling duduk secara berhadapan.

Tasneem memandang suaminya dengan intens. Tangannya naik membelai rambut Malique. Terbit senyuman nipis di bibir Tasneem.

"Abang okay?" Soal Tasneem.

"I'm tired." Jawab Malique perlahan.

"Rehat lah. Abang nak tidur ke ni?" Malique menggeleng sekejap.

"Semalam abang tidur pukul berapa?"

"3 pagi sayang. Lepas sayang tidur, abang sambung kerja abang." Terlepas keluhan di celah bibir Tasneem. Kesian suaminya penat.

Lantas Tasneem bangun sedikit dan mengucup puncak kepala Malique.

"Lepas ni jangan macam tu lagi. Abang kena rehat juga. Tak boleh fikir pasal kerja je. Abang suka ke buat sayang risau? Tak sayang Haura?" Pantas Malique mengangkat kepalanya dan dipandang redup wajah sang isteri.

Tangannya menarik tangan Tasneem dan dicium tangan si isteri dengan penuh sayang.

"Mesti lah abang sayang. Haura kan buah hati kesayangan abang. Abang tak boleh janji. Tapi in shaa Allah, abang tak buat. Abang akan rehat. Abang akan fikir tentang sayang je. Okay? Jangan marah tau baby." Terukir senyuman Tasneem. Suka bila Malique panggil dia baby.

Malique sekarang dah jarang nak panggil dia 'baby'. Hm.

"Haura ni sayang abang. Haura tak nak abang sakit. Kalau abang sakit, siapa nak bermanja dengan Haura? Siapa nak jadi tempat Haura untuk bermanja? Siapa nak layan kerenah manja Haura ni? Cuma abang je yang layan." Ujar Tasneem panjang lebar sambil mencebikkan bibirnya.

Tergelak perlahan Malique melihat wajah cemberut si isteri. Comel lah. Ini yang lemah. Dicuit puncak hidung Tasneem.

"Okay, okay.. nak manja rupanya. Manja betul isteri abang ni. Ini yang bertambah cinta dan sayang ni. I love you, my love." Tersipu malu Tasneem dibuatnya.

Memerah pipi dia. Tasneem mengemam rapat bibirnya dan ditundukkan sedikit wajahnya. Malu lah.

"I love you more, my.." Tasneem mengangkat wajahnya dan dipandang wajah sang suami. Malique menaikkan kedua keningnya menunggu sambungan ayat si isteri.

"Handsome husband." Dicubit perlahan kedua pipi Malique. Geram.

"Puji kita pun comel lah." Malique menongkatkan dagunya di atas meja.

Mata dia langsung tak lepas dari merenung wajah Tasneem. Tasneem pun tak nak kalah. Kini, mereka saling berpandang sesama sendiri.

Dari kata lain, bermain mata.

Haa.. kome berdua main lah mata tu sampai bila-bila. Tenung lah muka memasing. Author gerak lu.


Tbc..

Rindu tak? Hmm.. berhabuk agaknya dah cerita ni😂😂

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

His Love [C]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें