7 : zhaf, please?

36 4 20
                                    

" Iris! " 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Iris! " 

Wajah Layla bertukar biru. Dadanya berdebar, tubuhnya berpeluh sejuk. Untuk pertama kali setelah sekian lama, seseorang memanggilnya dengan nama panggilan itu. Dia takut. Dia tak tahu apa yang patut dia lakukan. 

Layla hanya kaku, manakala lelaki itu mendapatkan dia dengan senyuman tergaris di wajahnya. 

" Macam mana..? " 

Lelaki itu tertawa kecil. Dia menundukkan sedikit tubuhnya, membuatkan paras mata mereka setara. Layla gugup melihat jarak muka mereka yang dekat. 

" Didn't I tell you? Fate will let us meet again. " 

Mata Layla membulat mendengar kata-kata terpacul keluar daripada bibir lelaki itu. Ya, dia ingat ayat itu. 

May fate let us meet again in the future. 

Love, 
K. 

Ayat dalam emel yang dia dapat itu. Lelaki ni yang send emel itu! 

" Excuse me, sir, " satu tangan menjalar di antara Layla dan lelaki itu, dan langsung menolak 'sedikit' lelaki itu ke belakang. Lelaki itu terpaksa mengudur beberapa tapak dengan riak keliru terpapar di wajah.

" Please refrain yourself from getting too close to my partner. Tak manis orang tengok. " Zhafrul menyampuk.

Dengan selamba, dia berdiri di sebelah Layla dan melingkarkan tangannya pada bahu gadis itu. Muka Layla yang sudah biru tadi kini bertukar purple. Kalau tadi elok dia rasa gerun, sekarang dia rasa seram sejuk dek kerana lengan Zhafrul. 

" Partner? Oh you mean, business partner? " lelaki itu balas, sinis. 

Zhafrul menjeling. 

"You must be Encik Zhafrul Hadi, don't you? The rumor has it going that you're such a busy man, but it seems to me, you've got so much time to spare after all.. By looking at how you're still here. " sambung lelaki itu selamba, yang juga membawa maksud, 'Kau mesti takde kerja kan sebab tu kau tak berambos lagi'.

Tangannya dihulur untuk berjabat, dan Zhafrul pun menyambut. 

" Same goes to you, Encik Kasyaf Jali. I thought you had a tight schedule, your secretary had a lot of trouble coming here in your regard instead. Tapi encik datang tepat-tepat waktu contract signing process kita habis. Interesting schedule arrangement, I could say. " bidas Zhafrul tenang, yang juga bermaksud, 'baik datang tahun depan je sial'.

Terus diorang masing-masing gelak bisnes. 

Layla yang masih lagi tersekat dengan lengan Zhafrul hanya berdiam. Dia memandang lelaki di depannya dengan penuh ragu-ragu. 

Kasyaf Jali. CEO Sutra Company, dan juga merupakan orang yang tahu tentang identiti Layla sebagai 'Iris'. Dia tak tahu apa niat sebenar lelaki ini, tetapi apa pun ia, dia kena pastikan lelaki ni takkan buka mulut mengenai hal itu pada sesiapa. 

Demi Iris. 

Demi dirinya. 

" Zhaf. " 

Zhafrul laju menoleh. 'Zhaf'? Layla panggil dia gunakan nickname dan bukannya 'Zhafrul Hadi', 'anjing', 'setan', 'bangsat', 'pundek'. 'lancau', etc? Minah ni kena sampuk ke?

" Kau tunggu kat luar kejap. I wanna have a conversation with him. Just only two of us. "

Sah, kena sampuk.

Senyuman Kasyaf semakin lebar mendengar kata-kata Layla. Tak banyak songeh, lelaki itupun terus memberi isyarat mata kepada Cassandra untuk lakukan perkara yang sama, dan wanita itupun menurut.

Yang tinggal cumalah Zhafrul yang tak faham bahasa.

" Kau kenal mamat ni ke? " bisik Zhafrul kepada Layla. Gadis itu mengeluh perlahan. Of course, bukan Zhafrul lah kan kalau dia ikut je kata Layla?

" Zhaf, please? "

Panggilan manja 'Zhaf' + kata-kata keramat 'please' daripada Layla Sofia.

Okay, fine.

" Kau balik dengan aku auh. Jangan merayau. " pesan Zhafrul lagi sebelum beredar.

*********

Janggal.

Janggal lagi.

Untuk kali kedua hari ini, Layla berjaya letakkan diri dia dalam posisi tak selesa dengan berinteraksi dengan lelaki. Dia hanya merenung teh o' ais limau di tangannya ( dia tak order, Kasyaf yang paksa ).

" Are you close with him? " Kasyaf membuka mulut yang membuatkan Layla akhirnya angkat muka. Him? Kerutan di dahi gadis itu pun zahir.

Kasyaf menjuihkan bibirnya ke luar dinding kaca kafe itu. Layla pun menoleh untuk melihat apa ditunjuk lelaki itu, dan kelihatan kelibat direktor muda sedang bertepuk tampar dengan representatif syarikat Sutra.

" Zhafrul Hadi. " 

Oh.

" Tak. " laju Layla menjawap. Fokusnya kembali pada gelasnya yang masih tak disentuh.

Senyuman Kasyaf melebar lagi.

" Saya ada dengar yang awak dengan dia selalu bergaduh dekat set. Is he too much to handle? " Layla menjongket keningnya. Asal paparazzi sangat ayat dia? Mamat ni keje part-time wartawan gosip ke?

" Dia cuma buat apa yang dia fikir betul sebagai director. "

" By insulting your visions? "

Wah.

Siapa sangka CEO Sutra Company pun boleh tahan kuat membawang.

" Well, I insulted his visions too, Encik Kasyaf. Bukan dia sorang je fighter dalam set."

Kasyaf terdiam. Tak sangka dengan bold statement Layla baru bagi.

" Please, just Kasyaf is fine. "

" Kenapa Encik Kasyaf nak sponsor project ni? " Layla tak endahkan kata-kata CEO muda tersebut. Kali ini matanya memandang terus kepada Kasyaf.

" Saya pelik, kenapa syarikat batik terbesar Nusantara nak sponsor projek yang tak selari langsung dengan imej company? Bukannya 'Runaway Sidekick' berkitar dalam zaman ketamadunan Melayu Melaka ke apa. "

" Tapi disebabkan Zhafrul Hadi terlibat dalam projek ni, saya fikir tak apa lah. His influence isn't something that I could question. But then it seems to me just now, that you and Zhafrul don't get along. Jadi kenapa?  "

Sebiji sebiji Layla terangkan soalan dia. Punyalah tadi konon nervous nak buat kontrak dengan syarikat besar, sekali ni hah, dok sembur air liur dekat CEO Sutra Company dia.

"  Sebab ada awak, Cik Iris. " Kasyaf mengukir senyuman. Tenang saja lelaki itu membalas dengan jawapan yang begitu ringkas. Untuk orang lain, mungkin ayat itu kedengaran manis tetapi untuk Layla, ianya tak ubah seperti ugutan.

" Saya bukan Iris, Encik Kasyaf. Saya Layla. "

Cepat saja Kasyaf menggeleng.

" Awak boleh je jadi Layla dan Iris dalam masa yang sama. "

Layla tersentak. Hatinya terasa seperti dihiris sembilu. Dia dah sediakan jiwanya untuk hadap apa jenis ugutan lelaki itu akan beri, tetapi siapa sangka dia hanya diberi tamparan realiti.

Realiti yang Layla tak mahu hadap.

" Tak, tak boleh. Awak tak tahu apa-apa. " Layla langsung bangun dan tinggalkan Kasyaf berseorangan.






-TBC
( asal skema sgt english aku )

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 18, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nemesis [ OG ]Where stories live. Discover now