4 : undelivered truth

32 5 16
                                    

Allahuakhbar~ Allahuakhbar~ 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Allahuakhbar~ Allahuakhbar~ 

Layla terjaga sebaik saja mendengar alunan azan subuh berkumandang. Dengan terpisat-pisat, dia bangun dari katil, matanya jatuh pada refleksi wajahnya pada cermin biliknya. Dia terus terkejut. 

" Dang, mata aku bengkak teruk.. " gumam Layla, sambil membelek matanya yang bengkak. Semalam dia menangis sehingga dia tidur. Itu kali kedua dia menangis seteruk itu selepas bergaduh dengan Zhafrul. 

Kali pertama dia menangis lepas bergaduh adalah disebabkan dia rasa serbasalah dengan Syaqiel. Dia masih ingat lagi yang dia secara tak sengaja tolak Syaqiel ketika bertumbuk dengan Zhafrul, itupun Syaqiel cuma luka sikit kat tapak tangan. Berkali-kali dia ajak nak belanja lelaki itu tetapi dengan penuh sopannya lelaki itu menolak. 

Matanya jatuh pula laptopnya yang masih terbuka di atas katil. 

Terpampang di situ merupakan emel luahan hatinya malam tadi. 

____________________

To: @ejenzaindontdeservetodiee
Subject: ---

hari ni zhafrul marah aku. aku tak tahu knp dia emo semacam padahal aku tak cari pasal pun dgn dia. aku tgh comfort hannah je, and tetiba dia melenting. 

it's true what he said, im not even apart of the production team, and yet tiap hari aku menempek kat set. honestly idk why i did that either. on the project ive worked on before this, aku tak penah buat perangai macam ni.

in fact, most of the time, aku rasa aku yg paling liat skali nk pergi set kalau other directors panggil aku utk 'discuss' bcs i know that my voice wouldnt be heard. being young and also a woman in this industry, ppl always look down on me and use it as an insult to me.

tapi dgn zhafrul lain. 

a fight with him is merely a fight for a better art. and bukannya utk showing dominance or who's in more power. he's serious abt his work, and that's why he always has his own visions. even tho i dont want to admit it, his visions are better most of the times.

ppl might think that i hated him bcs i fight with him a lot, tapi sebenarnya ianya terbalik. i love working with him, sbb tu i fight with him a lot. 

he allows me to fight for what i want. 

i think it was my fault afterall, haha.

i took his kindness to my advantage, i got too comfortable, and it cause him discomfort. haha, teruk gila aku nangis skang sampaikan aku tak nmpk pun keyboard. i wonder if this email gonna have a lot of typos. 

dang. idk how to face him later.

sincerely,
layla 

__________________________

Layla termenung sebentar, tenggelam dalam karangan muhasabah diri yang ditulis oleh tangannya sendiri. Kalau Zhafrul baca emel dia ni, mesti mamat tu taubat dah tak cari pasal dengan dia dah. 

Layla sengih sendiri. 

' Tapi of course lah aku takkan bagi pun mamat tu nampak benda ni, ' gumam hati kecil gadis itu. Andai kata di masa akan datang hatinya tergerak nak meluahkan isi kandungan emel ni kepada Zhafrul, dia akan guna mulut sendiri. Dia takkan guna emel dah.

Tapi itulah, lambat lah lagi jawapnya. 

Jari Layla laju bergesel di touchpad laptop miliknya. Melihat masanya yang masih ada, dia membuka akaun emelnya lagi satu - akaun penerima emel makian tersebut. 

Dah menjadi habit untuk dia memastikan emel makian itu selamat sampai ke emel keduanya ( walaupun kadang-kadang ada juga masanya dia terlupa nak check ). 

Inbox untuk akaun @ejenzaindontdeservetodiee dibuka. 

" Hm? " Penulis muda itu kaku di hadapan laptopnya sendiri. Matanya membulat. Riak wajahnya penuh kejutan. 

Habis lah Layla.

* * * * * * * * *

Bip! Bip! Bip! 

Bunyi alarm berbunyi nyaring dari segenap ruang bilik hotel tersebut, langsung mengejutkan susuk yang bergulung di dalam comforter putih tersebut. Sebelah tangannya yang kekar menjalar keluar untuk mencapai phone miliknya, serentak itu menghentikan deringan yang bingit tersebut. 

Waktu yang terpapar di phone screen itu dibelek. 

8:30 AM. 

" Hah.. " keluhan lemah dilepaskan. 

Zhafrul akhirnya bangkit, menyerlahkan dirinya yang tak mengenakan apa-apa pakaian melainkan brief-nya di sebalik comforter itu. Kepalanya terasa berdenyut, manakalah tekaknya masih lagi tersisa rasa loya. Mana taknya, lepas sahaja sesi kaunseling dengan Syaqiel malam tadi, dia terus membawa haluannya ke bar kegemarannya, Euphoria Bar.

Pandangannya jatuh pada pakaian yang bersepah di atas lantai, dari pintu depan bilik hotel itu hingga ke kaki bilik. 

Dan tak ada pakaian wanita. 

' I guess I didn't messed up that bad, huh.. ' gumam hati Zhafrul. Separuh hatinya berasa lega memandangkan dia blacked out teruk dan langsung tak ingat apa-apa yang jadi malam tadi. Andai kata dia ada bawak balik perempuan waktu dia masih lagi separuh sedar dan tak bersedia, kemungkinan perempuan itu akan viralkan diri dia amat tinggi. Baguslah yang dia tak segila itu malam tadi. 

Tapi adalah juga rasa sayang tu.

Botol mineral yang tersedia di meja hotel tersebut diambil. Penutupnya dibuka lalu isinya diteguk.

Zhafrul bukannya jenis yang suka travel, andai kata dia nak 'healing' pun, paling-paling dia akan mandi air terjun tak pun naik turun bukit. Senang kata, kalau diberi pilihan, dia takkan bazirkan duit untuk tidur di hotel.

Melainkan untuk kerja, ataupun ada yang offer diri nak 'teman tidur'.

Hidupnya boleh tahan liar.

Namun dia cuba sedaya upaya untuk kekal menjadi manusia yang berwawasan. Tengok lah, dia pilih untuk tidur di hotel malam tadi memandangkan dia taknak memandu dalam keadaan mabuk. Haha, bare minimum. Dia tahu. 

Tetapi bukan tugas dia untuk menjadi sempurna dan disukai orang -- itu tugas selebriti. Tugas dia cumalah untuk hidangkan apa yang orang suka. 

Sebaik saja dia selesai mandi, pakaiannya yang bersepah di atas lantai itu dikutip satu persatu lalu disarung. Dia menghenyak punggungnya pada permukaan tilam, phone-nya dibelek sebentar.

Ada emel baru.

" Layla? " Zhafrul meneka.

Aplikasi bersimbol sampul surat merah-putih itu dibuka. Beberapa detik kemudian, lelaki itu kaku di posisinya. Hilang kata.


-TBC

Nemesis [ OG ]Where stories live. Discover now